BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Bertemu Dua Rakan Sejawatan Di New Delhi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Mohamad Bertemu Dua Rakan Sejawatan Di New Delhi​

52617eab29d4490d0ae04459ec1cb7546a07198f59e95

f8d11acea209d79e1c07fdb556d2db386a0719b39e4de

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov sempena Mesyuarat Menteri- Menteri Luar BRICS hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Rusia dan India di sela-sela hari kedua Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Rakan Kongsi BRICS 2026 di sini hari ini.

Dalam pertemuan pertama dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, kedua-dua pihak membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Rusia serta perkembangan semasa di Asia Barat, termasuk keperluan semua pihak mengutamakan dialog, diplomasi dan usaha meredakan ketegangan demi keamanan serta kestabilan serantau.

“Malaysia menghargai hubungan baik yang terjalin dengan Persekutuan Rusia dan komited untuk terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu dalam pertemuan dengan Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar, kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai pengukuhan kerjasama dalam kerangka BRICS, hubungan dua hala Malaysia-India serta isu serantau dan antarabangsa.

“Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh kerjasama strategik demi manfaat bersama,” katanya.

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Rakan Kongsi BRICS 2026 menghimpunkan menteri dan wakil negara anggota serta rakan BRICS bagi membincangkan perkembangan geopolitik global, kerjasama ekonomi dan isu melibatkan negara-negara Selatan Global.

 
Back
Top
Log in Register