BTC USD 85,533.8 Gold USD 4,131.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modem disambar petir

penah kena dulu. suis di plug xbukak tp plug modem xcabut. ada letupan kecil di modem. beli yg baru. skrg bunyi petir terus stop dan cabut plug.
 
aku pakai streamyx dulu

3 kali kena 2 kali modem jer

kali ke 3 komputer rosak modem rosak. xpakai dh streamyx
 
Langkah terbaik lepas kena sambar petir adalah telefon 100, talian bantuan TM.

Bila juruteknik datang akan buat pemeriksaan talian daripada DB sampai ke rumah.

Kalau telefon rosak pun dia akan tukar, kalau ada stok jadi tak perlu pergi TMPoint.

Ini kerana dikhuatiri talian telefon sudah rosak. Jadi walaupun ada signal DSL, sambungan internet dah tak stabil atau tak berapa laju.

Jangan risau, kalau juruteknik TM datang tak kena caj. Boleh tanya sekali masa telefon untuk kepastian. Dah lama tak telefon 100 semenjak guna Unifi jadi tak tahu sekarang camne.

Terima kasih tuan atas info yang sangat sangat berguna. Nasib baik lah saya buat post dulu tanya kalau tak terjun je pergi TM Point tak pasal pasal terus beli modem baru. Part juruteknik tu saya kena tegas sikit sebab kat sini juruteknik kuat makan duit. Harap harap diaorang berubah
 
ada apa2 cadangan tak nak beli surge protector yang okay.. extension plug yang ok...

tepek gambar lagi bagusss.

skrg guna streamyx +wifi.. android box....

cadangan boleh ikut pengalaman masing2... ataupun just nak bagi idea ..
saya tumpang ilmu tuan2 jer...

agen2 streamyx boleh ler bagi ilmu tu sket...
nak selamatkan kocek daaaa..

terima kasih semua

Saya bekas Streamyx Installer tuan. :D

Sendiri pun pernah guna Streamyx.

Semua pelanggan lepas modem terbakar akan tanya benda sama.

Saya kata sini, kilat ni kuasa Allah jadi tiada jaminan keselamatan. Kita hanya boleh cuba sekat. Kalau dia mai kuat, satu rumah punya talian hangus terbakar dan kena cabut pasang baru kos sendiri.

Ada satu rumah tauke cina yang pasang lightning protector RM8k pun habis rosak modem dan komputer dia. Mungkin kerana rumah dia banyak tokong. Wallahualam.

Saya sendiri guna 2 power AVR dengan built in surge protector.

Kira talian telefon tu lalu 2 kotak power AVR sebelum pecahan guna splitter kepada modem dan telefon.

Kalau nak beli, boleh cari yang jenis ELCB jadi tak perlu tukar fuse selalu bila terbakar.

Kenapa saya guna 2, kerana masa guna 1 tu bila kena kilat terlepas juga sampai rosak splitter.

Lepas pakai 2 baru rasa selamat sikit.

Tetapi saya pasti akan cabut wayar ke modem. Kalau terlupa tu kira baru bergantung kepada 2 surge protector built in dalam power AVR tu.

SR1000RAY.png

Ini gambar power AVR (automatik voltage regulator).

Kat lelong ada jual harga RM78 tapi dah sold out.

http://www.lelong.com.my/power-auto...00-8208-l-server-167192660-2016-01-Sale-P.htm

Saya sendiri guna jenama power logic. Tetapi dah tak jual model macam gambar atas tu. Beli dulu dapat harga RM35 sahaja. Kedai mana entah kat Low Yatt longgok nak jual harga borong. Beli murah jual balik harga RM80.

http://www.kossups.com.my/product.html

Dulu harga murah lah. Sekarang ni harga dah naik, ada GST lagi.

Peringatan lagi, kena susun semua wayar tu. Kalau wayar telefon berselirat, tak guna juga. Lagi2 kalau wayar telefon tersentuh badan PC.

Jika ada banyak alat yang guna internet seperti PC, tv, skybox, media player dll kena ikhtiar guna Wifi juga kalau nak selamat. Boleh beli Wifi AP router yang ada built in modem. Kira senario paling buruk cuma alat itu yang terbakar.
 
Last edited:
Modem elok?

Alhamdulillah.

Telefon rosak?

Pinjam ngan jiran2 tel dorang. Cek betul ke tel rosak.

Alhamdulillah. Telefon yang dihentam oleh petir tu semalam. Dah check kat port wifi dalam rumah ni. Test telefon yang satu ni. Totally KO.
 
ada apa2 cadangan tak nak beli surge protector yang okay.. extension plug yang ok...

tepek gambar lagi bagusss.

skrg guna streamyx +wifi.. android box....

cadangan boleh ikut pengalaman masing2... ataupun just nak bagi idea ..
saya tumpang ilmu tuan2 jer...

agen2 streamyx boleh ler bagi ilmu tu sket...
nak selamatkan kocek daaaa..

terima kasih semua

Saya pakai Sonix. Semalam punya kes kena kat telefon je. Yang lain takde masalah. Relaiabiliti 90/100
 
Saya bekas Streamyx Installer tuan. :D

Sendiri pun pernah guna Streamyx.

Semua pelanggan lepas modem terbakar akan tanya benda sama.

Saya kata sini, kilat ni kuasa Allah jadi tiada jaminan keselamatan. Kita hanya boleh cuba sekat. Kalau dia mai kuat, satu rumah punya talian hangus terbakar dan kena cabut pasang baru kos sendiri.

Ada satu rumah tauke cina yang pasang lightning protector RM8k pun habis rosak modem dan komputer dia. Mungkin kerana rumah dia banyak tokong. Wallahualam.

Saya sendiri guna 2 power AVR dengan built in surge protector.

Kira talian telefon tu lalu 2 kotak power AVR sebelum pecahan guna splitter kepada modem dan telefon.

Kalau nak beli, boleh cari yang jenis ELCB jadi tak perlu tukar fuse selalu bila terbakar.

Kenapa saya guna 2, kerana masa guna 1 tu bila kena kilat terlepas juga sampai rosak splitter.

Lepas pakai 2 baru rasa selamat sikit.

Tetapi saya pasti akan cabut wayar ke modem. Kalau terlupa tu kira baru bergantung kepada 2 surge protector built in dalam power AVR tu.

SR1000RAY.png

Ini gambar power AVR (automatik voltage regulator).

Kat lelong adajual harga RM78 tapi dah sold out.

http://www.lelong.com.my/power-auto...00-8208-l-server-167192660-2016-01-Sale-P.htm

Saya sendiri guna jenama power logic. Tetapi dah tak jual model macam gambar atas tu.

http://www.kossups.com.my/product.html

Dulu harga murah lah. Sekarang ni harga dah naik, ada GST lagi.

Peringatan lagi, kena susun semua wayar tu. Kalau wayar telefon berselirat, tak guna juga. Lagi2 kalau wayar telefon tersentuh badan PC.

murah juga RM70 je kan. Kira dah power dah tu.
 
modem rosak dlu 2 kali. dalam tempoh setahun. kilat kuat. bergegar.

tm ganti sekali saja. dalam waranti xdan habis kena lagi kali ke 2. depa xganti dh walaupun dlm waranti sbb dh ganti dh. betoi ka.

cth waranti habis bulan 12 ni cukup setahun. tapi bulan 2 dh ganti modem baru dn bulan ni kena lagi kilat rosak. depa xganti dh kali ke 2 ni.
 
Kalau ikut polisi, TM cuma akan ganti sekali sahaja.

Tetapi kalau nak cuba boleh pergi kedai TM lain untuk tukar modem yang terbakar tu. Saya pernah ajar pelangan dan mereka berjaya tukar 2 kali.

Janji kotak semua simpan. Ada staf TM yang tiada budi bicara.

Polisi ini hanya untuk pakej percuma modem.

Contohnya dulu masa zaman saya pakej RM88 percuma modem.

Kalau pakej RM99 kira sewa modem. Bila batalkan langganan Streamyx kena pulangkan balik modem.

Kalau pakej sewa modem ni, bila telefon talian bantuan juruteknik kena datang ganti modem rumah pelanggan. Pelanggan tak perlu pergi TMPoint.
 
Back
Top
Log in Register