BTC USD 83,949.6 Gold USD 4,182.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modem disambar petir

PurpleRangers

Active Member
Messages
2,175
Joined
Jan 10, 2012
Messages
2,175
Reaction score
6
Points
25
Salam warga CG semua. Modem saya kena sambar petir semalam. Mohon bantuan warga CG semua nak detect masalah saya ni. Adakah modem totally rosak atau masih boleh guna? DSL dengan Internet lampu tak menyala. Telefon pulak dah KO. Sekarang ni ape je yang nak kena tukar? Modem atau telefon? Kalau pakai internet tak pakai telefon boleh kan? Caranya macam mana? Thanks in advance. :)cgrock:)cgrock
 
Modem tu masih boleh power on ke tuan? Kalau tak boleh, kena pergi tuntut waranti atau beli modem baru. Kalau boleh sila terus baca.

Cuba buat sambungan terus tanpa filter/splitter ke telefon. Kalau line bermasalah (tiada bunyi tone) kena telefon 100.

Bila juruteknik TM datang baiki talian telefon, boleh periksa sekali signal DSL Streamyx ok ke tidak.

Kalau tak pasti, boleh minta juruteknik tolong, kadang2 diaorang pun ada bawa sekali satu modem untuk test signal DSL.

Kalau talian telefon sudah ok, tetapi signal DSL tak dapat baru telefon talian bantuan Streamyx. Mereka akan hantar juruteknik Streamyx pula. Caj yang dikenakan RM80 kalau tak silap. Itu pasal kalau boleh minta tolong juruteknik TM sebelum ni tolong troubleshoot, yang tu percuma. Belanjalah dia minum ke apa.

Kalau betul modem rosak, boleh pergi tukar modem baru di TMPoint jika modem masih dalam waranti(waranti setahun sahaja) atau TT pilih pakej sewa modem, dan bukan ambil pakej modem percuma. Kena bawa modem dan adapter untuk tukar. Mungkin juga kena bawa kotak, ada staf TMPoint yang berkeras nak kotak.

Kalau takde waranti, kena beli modem Streamyx baru. Tak pasti harga pasaran sekarang tetapi rasanya dalam RM20 ke RM40 sahaja. Kalau ada bajet beli terus modem + router + Wifi AP. Jangan lupa pastikan ada dapat filter/splitter baru dalam kotak modem kerana yang kena sambar petir tu gerenti rosak.
 
Last edited:
Modem tu masih boleh power on ke tuan? Kalau tak boleh, kena pergi tuntut waranti atau beli modem baru. Kalau boleh sila terus baca.

Cuba buat sambungan terus tanpa filter/splitter ke telefon. Kalau line bermasalah (tiada bunyi tone) kena telefon 100.

Bila juruteknik TM datang baiki telefon, boleh periksa sekali signal DSL Streamyx ok ke tidak.

Kalau tak pasti, boleh minta juruteknik tolong, kadang2 diaorang pun ada bawa sekali satu modem untuk test signal DSL.

Kalau talian telefon sudah ok, tetapi signal DSL tak dapat baru telefon talian bantuan Streamyx. Mereka akan hantar juruteknik Streamyx pula. Caj yang dikenakan RM80 kalau tak silap. Itu pasal kalau boleh minta tolong juruteknik TM sebelum ni tolong troubleshoot, yang tu percuma.

Kalau betul modem rosak, boleh pergi tukar modem baru di TMPoint jika modem masih dalam waranti atau TT pilih pakej sewa modem, dan bukan modem percuma. Kena bawa modem dan adapter untuk tukar. Mungkin juga kena bawa kotak, ada staf TMPoint yang berkeras nak kotak.

Terima kasih memberi respond. Modem masih hidup. Saya sambung wayar tanpa guna splitter, okay pulak. Bila guna splitter, DSL dan Internet lampu tak menyala. Sekarang dah okay. Semalam masa petir kuat tu terdengar juga bunyi meletup kecil. Terus offkan modem. Apa eh masalah dia ni?
 
Itu fuse pada splitter/filter yang rosak.

Boleh ganti baru.

Harga RM8-20 ikut kedai.

Tuan bernasib baik.

Nasihat saya tuan jangan guna Streamyx jika ribut petir dan juga pastikan cabut wayar sambungan ke modem selepas guna. Tempat tuan sudah risiko tinggi kena panah petir tu.

Kalau ada bajet nak buat pelaburan boleh beli surge protector yang ada lightning arrestor tetapi tiada jaminan panah petir boleh selamat.

Abang saya pernah kena panah petir, line telefon, splitter, modem dan laptop sekali rosak. Nak PC selamat kena guna Wifi.

Pengguna Unifi takde risiko macam Streamyx kerana guna talian fibre dan bukan copper.
 
Last edited:
Itu fuse pada splitter/filter yang rosak.

Boleh ganti baru.

Harga RM8-20 ikut kedai.

Tuan bernasib baik.

Syukur alhamdulillah sebab cedera ringan je. Kalau nak check sama ada telefon rosak atau tak macam mana? Telefon ada wayar male je. Yang wayar utama dari luar rumah tu pun male.
 
Syukur alhamdulillah sebab cedera ringan je. Kalau nak check sama ada telefon rosak atau tak macam mana? Telefon ada wayar male je. Yang wayar utama dari luar rumah tu pun male.

Langkah terbaik lepas kena sambar petir adalah telefon 100, talian bantuan TM.

Bila juruteknik datang akan buat pemeriksaan talian daripada DB sampai ke rumah.

Kalau telefon rosak pun dia akan tukar, kalau ada stok jadi tak perlu pergi TMPoint.

Ini kerana dikhuatiri talian telefon sudah rosak. Jadi walaupun ada signal DSL, sambungan internet dah tak stabil atau tak berapa laju.

Jangan risau, kalau juruteknik TM datang tak kena caj. Boleh tanya sekali masa telefon untuk kepastian. Dah lama tak telefon 100 semenjak guna Unifi jadi tak tahu sekarang camne.
 
Salam warga CG semua. Modem saya kena sambar petir semalam. Mohon bantuan warga CG semua nak detect masalah saya ni. Adakah modem totally rosak atau masih boleh guna? DSL dengan Internet lampu tak menyala. Telefon pulak dah KO. Sekarang ni ape je yang nak kena tukar? Modem atau telefon? Kalau pakai internet tak pakai telefon boleh kan? Caranya macam mana? Thanks in advance. :)cgrock:)cgrock

Aku penah kena mcm tt...bukan modem yg rosak tp plug dia yg rosak...tt tukar plug dia dlu...
 
Modem elok?

Alhamdulillah.

Telefon rosak?

Pinjam ngan jiran2 tel dorang. Cek betul ke tel rosak.
 
ada apa2 cadangan tak nak beli surge protector yang okay.. extension plug yang ok...

tepek gambar lagi bagusss.

skrg guna streamyx +wifi.. android box....

cadangan boleh ikut pengalaman masing2... ataupun just nak bagi idea ..
saya tumpang ilmu tuan2 jer...

agen2 streamyx boleh ler bagi ilmu tu sket...
nak selamatkan kocek daaaa..

terima kasih semua
 
Back
Top
Log in Register