Saya dah berniaga hampir 2 tahun cuma saya baru buat ssm & akaun syarikat. Sebelum ni, saya hanya gunakan akaun personal & tiada ssm tambahan lagi saya masih bekerja waktu tu. Alhamdulillah dalam masa dua tahun nampak potensi bisnes saya & sekarang saya mahu jalankan bisnes secara serius & ingin mempunyai tapak niaga yang tetap untuk memudahkan lagi perjalanan bisnes saya di samping jualan online di facebook & instagram.
Terima kasih atas nasihat & pandangan tuan☺
SEKADAR BERKONGSI POINT OF VIEW
TENTANG PERNIAGAAN BEDASARKAN SITUASI TUAN
saya baca business proposal tuan.
(sangat simple dan newbie, sesapa pun akan rejek proposal mcm ni.
proposal ni menunjukkan kematangan dan pengetahuan tuan dalam niaga cetek )
2 tahun meniaga di sosial media.
dan kini nak mula sewa kiosk di Shopping Mall.
Tahukah anda
Perniagaan fizikal retail menggunakan sosial media sebagai platform
mereka beralih arah untuk mendapat keuntungan.
Tahukah anda
Peniaga2 besar mcm Jaya Grocer, Tesco
ingin mengecilkan perniagaan mereka dengan
beralih arah ke perniagaan online
Tahukah anda
Ramai peniaga kecil retail yg punya kedai / kiosk
telah tutup kedai dan lebih selesa berniaga online sahaja.
kerana kos operasi yg lebih rendah.
Tahukah anda
Apa itu industri revolusi perniagaan
yg telah ubah cara kita berniaga dan membeli sekarang ni?
Tahukah anda Fintech
atau meniaga secara atas talian adalah lebih efektif.
Tahukah anda
Semasa Covid / PKP ni
ramai peniaga retail tidak tahan meniaga di kedai atau kiosk
kerana sales telah jatuh walaupun di tempat2 Shopping mall yg hot.
Metrojaya sebuah nama gah di Sebelah Ikea pun bole tutup tau.
Tahukah anda
secara pasti bila covid akan hilang?
dan apa senario selepas PKP habis secara total?
Fikirkan
Jika kampeni besar pun bole bungkus.
apatah lagi peniaga kecil?
yg tak punya sumber kewangan kukuh utk
terus kekal berdaya saing didalam industry.
INI HANYA SEMBANG2 DARI SEGI SITUASI PERNIAGAAN SEKARANG.
belom masuk bab produk. Adakah produk tersebut suam2 kuku?
atau produk tersebut power gila org semua mesti nak beli?
Banyak faktor2 niaga yg perlu diambil kira
Percayalah RM30k bukan banyak.
Jumlah yg sikit mcm ni pun sampai perlu meminta2.
saya rasa Tuan belom bersedia utk btol2 memiliki kiosk atau kedai sendiri
(pendapat peribadi)
Saya bukan nak jatuhkan semangat peniaga.
ini adalah point yg perlu difikir dalam2.
...........
SEDIKIT CERITA PENGALAMAN SENDIRI.
Masa muda2 dulu pun saya mana ada duit nak niaga.
saya mula dengan apa yg ada.
sewa pejabat, kelengkapan, tenaga kerja semua usaha sendiri.
- Jumpa investor
- Bank
- Agensi lain2 mcm MARA, TEKUN etc
The best adalah jika kita boleh dapatkan
MARA atau TEKUN
Kemudian BANK
I would never choose investor.
Mungkin TT akan cakap TT tak layan utk BANK atau MARA
dan sebagainya..
Ketahui
Kenapa bank rejek loan?
kenapa mereka anggap TT tidak layak utk handle duit tersebut?
cari jawapan diatas
- penuhi syarat2
- kalau diri tak layak.. usaha utk layakkan..
bila dah layak mohon semula.
........................
Apa yg saya kata bukan mengutuk atau merendah.
jika nak meniaga kita perlu berfikiran secara kritikal.
fikirlah semua masalah yg mungkin akan timbul.
supaya kita lebih bersedia untuk bangkit semula bila kita jatuh.
Semoga TT akan lebih berfikiran jauh.
saya doakan TT akan peroleh ilmu yg hebat
serta berjaya dalam apa yg diusahakan.
Insyallah
...................
Nasihat saya hindari
1. Illegal deposit taking
2. jauhi riba