BTC USD 83,305.4 Gold USD 4,190.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modal Bisnes RM30k

Mohd khairil

Freshie
Messages
27
Joined
Aug 30, 2020
Messages
27
Reaction score
1
Points
8
Assalamualaikum. Saya, Mohd Khairil, ingin memohon pada sesiapa yang boleh berikan modal bisnes kepada saya RM30000. Tujuan saya mohon modal bisnes ini adalah kerana saya ingin menyewa tapak kiosk di Mydin Seremban 2 dan juga untuk membawa masuk lebih banyak stok untuk dijual. Sebelum ini, saya hanya menjalankan bisnes saya secara online serta berniaga di tapak bazar setiap hari(Nilai & Seremban). Saya janjikan 10% keuntungan dengan tempoh pembayaran selama 36 bulan(3 tahun). Setiap bulan saya akan bayar sebanyak RM916.70 kepada pihak yang memberikan modal kepada saya. Dengan ini, saya sertakan sekali bisnes plan saya untuk rujukan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh direct messenger saya.
Sekian, Terima Kasih.
 
Attachments

Hayooo...
Pagi tadi ko bukak thread nK pinjam
Rm1500 cagar dgn ekon 1.5hp. Pastu ko delete thread tu.

Sekarang nk nk pinjam 30k pulak.
Camni la bang ...
Ko pegi keje makan gaji dulu pastu kumpul modal. + cari pengalaman. Pastu ko niaga apa pn ko buat lah..

Kiri kanan ko nk pinjam duit orang. Sedara/adik beradik/ kawan rapat ko semua dah tak mau bg pinjam kat ko ke?
 
Maaf ya tuan. Post saya yang pagi tadi tu pihak carigold delete. Bukan saya. Saya post pasal bisnes ni sebab saya tahu takde orang yang nak bagi saya pinjam 1.5k tu. Jadi, saya buat thread tentang bisnes ni. Kalau tuan tak boleh tolong, takpe tuan. Atau kalau ada apa2 kemusykilan tuan boleh dm saya terus.
 
dialih ke JV seksyen

content cmnie maseh bole diterima dlm seksyen ni cume seksyen asal salah dibkk kt dlm New Members
 
Maaf ya tuan. Post saya yang pagi tadi tu pihak carigold delete. Bukan saya. Saya post pasal bisnes ni sebab saya tahu takde orang yang nak bagi saya pinjam 1.5k tu. Jadi, saya buat thread tentang bisnes ni. Kalau tuan tak boleh tolong, takpe tuan. Atau kalau ada apa2 kemusykilan tuan boleh dm saya terus.

topik asal utk nk pinjam duit sesajer mmg xdibnrkn dlm CG

ni siap ade letak tawaran pulangan n bisnes plan dh cukup lyk utk msk dlm JV/Partnership
 
topik asal utk nk pinjam duit sesajer mmg xdibnrkn dlm CG

ni siap ade letak tawaran pulangan n bisnes plan dh cukup lyk utk msk dlm JV/Partnership
Alhamdulillah. Okay tuan. Terima kasih sebab beri pencerahan.
 
dh berapa tahun berniaga? kalau tahun pertama belum ada turnover (modal tunai 20k) elakkan meminjam (bagi semua model SME biz)

teruskan dgn apa yg saudara ada, disiplin & sabar itu yg plg utama
 
dh berapa tahun berniaga? kalau tahun pertama belum ada turnover (modal tunai 20k) elakkan meminjam (bagi semua model SME biz)

teruskan dgn apa yg saudara ada, disiplin & sabar itu yg plg utama
Saya dah berniaga hampir 2 tahun cuma saya baru buat ssm & akaun syarikat. Sebelum ni, saya hanya gunakan akaun personal & tiada ssm tambahan lagi saya masih bekerja waktu tu. Alhamdulillah dalam masa dua tahun nampak potensi bisnes saya & sekarang saya mahu jalankan bisnes secara serius & ingin mempunyai tapak niaga yang tetap untuk memudahkan lagi perjalanan bisnes saya di samping jualan online di facebook & instagram.
Terima kasih atas nasihat & pandangan tuan☺️
 
saya bukan nak turunkan semangat tuan... tapi banyak bisnes yang memang cantik atas kertas.. boleh tengok sejarah dalam CG ni..

kalau tuan betul serius nak berniaga..
cantikkan akaun ssm tuan selama 6bulan..

lepas tu minta kemudahan pinjaman tekun atau sme ataupun kemudahan pinjaman yang lain..

ahli keluarga pun belum tentu boleh bagi 30k..inikan orang yang tak kenal.. pelan2 kayuh tuan..

saya percaya orang yang berusaha pasti boleh berjaya..
 
Back
Top
Log in Register