BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mencari Funder / Modal Kerja

SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK EKSPRES (SPiKE) MARA

KUMPULAN SASARAN
• Kontraktor Binaan gred G1‐G5
• Kontraktor Bekalan
• Kontraktor Perkhidmatan
• Kontraktor Elektrik

KELAYAKAN
• Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas
• Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
• Melibatkan diri dalam perniagaan secara sepenuh masa• Berdaftar dengan CIDB, MOF dll (yang mana berkaitan)

HAD PEMBIAYAAN
• RM 1 juta
• Pembiayaan bertindan dibenarkan sehingga maksimum RM 1 juta

MARGIN PEMBIAYAAN
• Kontrak bersifat bayaran lump sum – 75% daripada NILAI KONTRAK
• Kontrak bersifat bayaran kemajuan – 80% untuk 3 bulan pertama

JABATAN PEMBERI KERJA
Kementerian/Jabatan Kerajaan
• Agensi Kerajaan & subsidiari
• GLC & subsidiari
• Syarikat Senarai Awam


CAGARAN
• < RM 250 ribu – dikecualikan
• > RM251 ribu :Penjamin – pendapatan tetap 3% ATAU Hartanah – Forced Sales Value 10%

KAEDAH BAYARAN BALIK
• Deeds of Assignment – antara MARA, kontraktor & pemberi kerja

P/S- boleh tuan kalau swasta pun..try la pergi..

Syarikat senarai awam tu sykt yg disenarai dalam bskl bro
 
setakat 70k tu prgi pinjam ah long la kalau berani, ni sembang nak pinjam duit orang mcm business tu bagus je confirm untung...
 
setakat 70k tu prgi pinjam ah long la kalau berani, ni sembang nak pinjam duit orang mcm business tu bagus je confirm untung...

inshaAllah, dh contact 2 sykt di kuantan ni, kalau boleh x nk la pinjam ah longkang ni #:-S:">

bisnes kalau x untung org x berbisnes pulak kan :))
 
Dah menapak semua bos, semua dpt senyuman jer #:-S

kalau pegi SME, CGC, tak lepas. meaning something wrong somewhere.
kalau meniaga btol. lepas je.

kampeni aku ni dah berapa banyak kali amik CGC.
setiap kali run projek pakai fund CGC. loan siap bertindih2 dengan projek lain.
 
kalau pegi SME, CGC, tak lepas. meaning something wrong somewhere.
kalau meniaga btol. lepas je.

kampeni aku ni dah berapa banyak kali amik CGC.
setiap kali run projek pakai fund CGC. loan siap bertindih2 dengan projek lain.

Masalah saya cuma tempoh pinjaman je tuan, terlalu singkat
 
Back
Top
Log in Register