kesian plak kek TT baru masuk CG dah kena bash, apo kato kito bantu dio.
tak bleh kasi loan, kito tunjukkan dio sapo2 yg bleh kasi loan bisnes (selain along)
Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan 2020
1. Pinjaman Tekun Nasional
| PERKARA | PAUTANNYA |
|---|
| Mohon Sini | https://www.tekun.gov.my/ |
| Tawaran | Antara 10 ribu hingga RM100 ribu untuk modal dalam tempoh bermula 5 hingga 10 tahun |
2. Pinjaman PUNB
Yang bagusnya, mereka tidak hanya bagi pinjaman bisnes semata, tetapi juga berikan latihan dan ilmu kepada kalangan peminjam
| PERKARA | PAUTANNYA |
|---|
| Semak Portal Ini | http://www.punb.com.my |
| Jumlah pembiayaan perniagaan | PUNB tawarkan sehingga Rm100 ribu untuk tempoh maksimum bayaran semula sehingga 7 tahun terutama kepada syarikat bumiputera |
3. Pinjaman Mara
Satu lagi tawaran pinjaman bumiputera untuk anda rebut. Berdasarkan pengalaman pinjaman perniagaan mara, ini antara yang berbaloi-baloi
Ada banyak skim pinjaman di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
4. Amanah Ikhtiar
Mesti daripada anda, ada yang tidak pernah dengar agensi ini?
Jikalau dikalangan sudah pun mencecah 18 tahun dan ke atas dan gaji dan pendapatan isi rumah anda masih lagi di bawah RM3,855 sebulan boleh cuba salah satu daripada 7 skim di bawah agensi Amanah Ikhtiar
| PERKARA | PAUTANNYA |
|---|
| Semak Portal Amanah Ikhtiar | http://aim.gov.my/ |
| Jumlah pinjaman | Sediakan biz loan sehingga maksimum RM20 ribu |
5. Pinjaman Selangor
Untuk bantuan perniagaan selangor yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor diletakkan di bawah skim Hijrah Selangor.
Tumpuan kerajaan negeri Selangor adalah untuk bantu kalangan peniaga kecil supaya dalam menggunakan Hijrah Selangor
Rata-rata yang Mypt3 interview berkongsi pengalaman pinjaman hijrah selangor yang telah mereka mohon dan dapat mengatakan cara memohon pinjaman hijrah selangor cukup mudah dan senang.
Kakitangan pun sangat membantu. Yang mohon ada yang buat food truck, pusat dobi, peniaga pasar malam, ternak kaming dan lembu dan banyak lagi.
Ada skim hijrah Selangor zero to hero dan juga skim pinjam mikro kredit.
Anda boleh pilih mana yang sesuai degan bisnes anda.
NOTA : Boleh semak juga tawarkan 17 senarai bantuan selangor yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor pada ketika ini.
sumber rujukan -
https://mypt3.com/pinjaman-perniagaan