Assalamualaikum. Saya, Mohd Khairil, ingin memohon pada sesiapa yang boleh berikan modal bisnes kepada saya RM30000. Tujuan saya mohon modal bisnes ini adalah kerana saya ingin menyewa tapak kiosk di Mydin Seremban 2 dan juga untuk membawa masuk lebih banyak stok untuk dijual. Sebelum ini, saya hanya menjalankan bisnes saya secara online serta berniaga di tapak bazar setiap hari(Nilai & Seremban). Saya janjikan 10% keuntungan dengan tempoh pembayaran selama 36 bulan(3 tahun). Setiap bulan saya akan bayar sebanyak RM916.70 kepada pihak yang memberikan modal kepada saya. Dengan ini, saya sertakan sekali bisnes plan saya untuk rujukan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh direct messenger saya.
Sekian, Terima Kasih.
Noob dtg lg. Hati2 semua kenkawan CG. 99.99% peluang pelaburan yg ditawarkan oleh newbie kelaut, gagal.
TT dh makan gj brp tahun dh? Tiada simpanan utk dijadikan modal buat bizness? Setakat RM30k, tolong mintak sama sedara mara. Kalu biz ni gerenti untung, ambe yakin sedara mara TT mesti ramai yg cagarkan umah dan tanah utk pinjam dgn bank(personal loan) dan labur dlm biz TT ni.!!! Kalu sedara mara TT tak sanggup buat personal loan, apatah lg nk org awam memberikan pinjaman kpd TT. Dah lh TT tidak dpt sediakan cagaran berbentuk tanah atau umah. Kalu TT lari menghilangkan diri, sapa nk tanggung kerugian?
Mcm ni lh, TT sendiri buat pinjaman ngan bank dgn cagarkan umah atau tanah pusaka, bunga baru brp %, gerenti lebih rendah daripada 10% yg TT nk kasi pelabur.