BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MITRA Bincang Lima Inisiatif Perkasa Masyarakat India B40 - Ramanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
eadb54a1b3f74ded31a3e3ac55e2fbdb6820668b9f048

Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan

Lima inisiatif bagi memperkasakan masyarakat India, khususnya golongan B40, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Inisiatif Masyarakat India (MITRA) Bilangan 2/2025 dan akan dilaksanakan segera serta berkesan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata, antara inisiatif tersebut ialah pelaksanaan 33 projek di 21 kampung tradisi India yang akan dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“(Projek) memang akan dilaksanakan...keputusan sudah dibuat, semuanya teratur dan akan dijalankan serta-merta,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri wakil beberapa agensi kerajaan termasuk KPKT, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ramanan berkata, inisiatif kedua melibatkan penyediaan papan pintar (smartboard) kepada 400 daripada 527 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara melalui Yayasan Didik Negara (YDN), dengan jumlah bergantung kepada bilangan murid di sekolah berkenaan.

“Ada beberapa sekolah yang akan menerima lebih daripada satu smartboard. Smartboard ini akan diedarkan oleh YDN,” katanya yang juga Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata mesyuarat turut membincangkan mengenai permohonan bantuan sekali beri (one-off) sebanyak RM20,000 kepada 1,000 rumah ibadat Hindu di seluruh negara, tertakluk kepada kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri.

“Namun, permohonan ini hanya akan dibuka selepas mendapat persetujuan bertulis. Perdana Menteri juga mengarahkan supaya dibuat sedikit penambahbaikan,” katanya sambil menambah dana tersebut boleh digunakan bagi program keagamaan, pendidikan atau pusat komuniti setempat (Program Dharma MADANI).

Katanya, mesyuarat turut meneliti cadangan peluasan bantuan kepada pekebun kecil India menerusi inisiatif penambahbaikan dan penyelenggaraan kecil kediaman pekerja ladang India B40.

Ramanan berkata, seramai 5,238 peladang dan pekebun kecil dikenal pasti berpotensi menerima bantuan itu, namun keputusan akhir bergantung kepada persetujuan Perdana Menteri terhadap kertas kerja yang akan dikemukakan.

 
Back
Top
Log in Register