BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Inisiatif MITRA Mampu Tingkat Sosioekonomi Masyarakat India - MAICCI

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Enam Inisiatif MITRA Mampu Tingkat Sosioekonomi Masyarakat India - MAICCI​

2429cda7592e13a65f22f1fb0164e3e062c534ea077c7

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Program Bantuan Geran “Startup Accelerator” (Uyarvu MADANI)  di bawah enam inisiatif Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) diyakini mampu membantu usahawan komuniti India kategori B40 dam M40 mengembangkan perniagaan mereka.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) Datuk Seri N.Gobalakrishnan berkata program itu menyediakan bantuan geran secara berfasa kepada usahawan India dalam kategori berkenaan.

"Program ini menyediakan modal permulaan, sokongan teknikal dan sambungan kepada rangkaian komersial serta mentor industri dan MAICCI akan membantu memastikan geran Uyarvu MADANI disalurkan kepada pemilik perniagaan dalam kategori B40 dan M40," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan enam inisiatif di bawah MITRA yang diumumkan Menteri Sumber Manusia  Datuk Seri R. Ramanan pada Jumaat  lepas melibatkan peruntukan RM65.5 juta oleh kerajaan.

Gobalakrishnan berkata inisiatif berkenaan merangkumi pelbagai program bagi memperkasakan komuniti India, termasuk insentif pembiayaan, latihan kemahiran dan akses pasaran.

"MAICCI komited bekerjasama dengan mana-mana dewan perniagaan dan pihak berkepentingan untuk memaksimumkan impak program ini kepada usahawan India," katanya.

Beliau berkata pendekatan pemberian bantuan secara berfasa yang disertakan dengan pemantauan dan penilaian prestasi mampu memastikan penggunaan dana yang lebih telus serta mencapai objektif yang disasarkan.

Selain itu, beliau berkata MAICCI turut menyambut baik inisiatif lain yang diumumkan MITRA meliputi aspek pendidikan, pembangunan modal insan, kesihatan, kebajikan dan pembangunan komuniti yang dijangka memberi manfaat kepada masyarakat India di Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Agong MAICCI Tharchanaa M. S. Pandian berkata pelaburan dalam pendidikan melalui program seperti Celik MADANI dan Kalvi MADANI akan membantu meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada generasi muda.

 
Back
Top
Log in Register