BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misi Besar Pusaka Perkasa Industri Buluh Sarawak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Misi Besar Pusaka Perkasa Industri Buluh Sarawak​

2e83900bae49daa7a983dc4ccf69bc2c6a8d0a2b99d22

Buluh yang selama ini sinonim dengan kehidupan tradisional masyarakat Sarawak berpotensi berkembang sebagai sumber ekonomi baharu melalui penghasilan produk bernilai tambah seperti makanan, perabot dan bahan biojisim.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Buluh yang selama ini sinonim dengan kehidupan tradisional masyarakat Sarawak berpotensi berkembang sebagai sumber ekonomi baharu melalui penghasilan produk bernilai tambah seperti makanan, perabot dan bahan biojisim.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) Datuk Zainal Abidin Abdullah berkata melihat kepada potensi itu, Pusaka mahu melibatkan komuniti dalam usaha penanaman buluh, khususnya pemilik tanah yang mempunyai kawasan terbiar.

“Kami sedia membantu tetapi semestinya usaha ini memerlukan persetujuan dan kebenaran pemilik tanah terlebih dahulu sebelum pasukan Pusaka turun ke lapangan bagi mengenal pasti kesesuaian kawasan sebelum memberi bimbingan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebagai permulaan, Pusaka akan menyediakan 400 anak benih buluh secara percuma, iaitu jumlah yang mencukupi untuk penanaman seluas satu hektar.

Beliau berkata apabila buluh yang ditanam mencapai tempoh matang, hasil tersebut akan dibeli semula untuk diproses oleh pemain industri hiliran mengikut jenis produk yang hendak dihasilkan.

“Pendekatan itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemilik tanah memanfaatkan kawasan yang tidak digunakan, malah berpotensi mewujudkan sumber pendapatan baharu melalui rantaian industri buluh,” katanya.

Zainal Abidin berkata antara produk yang sedang diterokai Pusaka dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ialah tepung daripada rebung buluh untuk pembuatan kek dan pastri.

“Buat masa ini, produk tersebut masih belum dapat dikomersialkan kerana bekalan rebung belum mencukupi…kita perlu memastikan bekalan berterusan terlebih dahulu.

 
Back
Top
Log in Register