BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mindef Lancar PSPN 2026-2030, RTKP Pacu Kesiapsiagaan Pertahanan Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mindef Lancar PSPN 2026-2030, RTKP Pacu Kesiapsiagaan Pertahanan Negara​

5b15b8fd39e6e354a427f32d3ae8de896a3cdd2c95c37

63f326571e1cf76773b9f3f21c5bbaa96a3cc4f139db2

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan 2026-2030 hari ini.

Kementerian Pertahanan melancarkan  Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026-2030 (PSPN) dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara dalam mendepani cabaran keselamatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kedua-dua dokumen itu dibangunkan sebagai pelengkap kepada Kertas Putih Pertahanan bagi memastikan perancangan pertahanan negara kekal relevan serta mampu menyesuaikan diri dengan cabaran semasa.

Beliau berkata dunia kini berdepan perubahan pesat melibatkan ketidaktentuan geopolitik, perkembangan teknologi disruptif seperti kecerdasan buatan (AI) dan automasi, selain ancaman bukan tradisional yang semakin kompleks.

"Perubahan inilah yang telah kita teliti dalam Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan, bagi memperbaiki kelompongan dan membina perancangan pertahanan negara yang lebih responsif dan adaptif," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pelan itu, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata PSPN 2026–2030 akan terus menyokong pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan berlandaskan tujuh teras strategik termasuk kesiapsiagaan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pengukuhan keupayaan pertahanan, kebajikan anggota dan veteran serta pembangunan teknologi dan inovasi pertahanan.

Beliau berkata RTKP pula berperanan memastikan PSPN dapat dilaksanakan secara efektif melalui pengukuhan kapasiti merangkumi aspek kewangan, modal insan, kepakaran teknologi serta penyelarasan merentasi agensi kerajaan.

“Jika PSPN menentukan ke mana kita ingin pergi, RTKP memastikan kita mempunyai keupayaan untuk sampai ke sasaran ditetapkan.

"Keupayaan ini merangkumi soal kewangan, modal insan, kepimpinan, kompetensi profesional, kepakaran teknologi, penyelidikan, inovasi serta penyelarasan merentasi agensi kerajaan dan ekosistem pertahanan," katanya.

Beliau berkata pelan itu turut menzahirkan pendekatan keseluruhan kerajaan (whole-of-government) dan keseluruhan masyarakat (whole-of-society) yang menunjukkan bawah pertahanan negara bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan sahaja, sebaliknya adalah agenda nasional.

 
Back
Top
Log in Register