BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mimie Haris bercerai kali ketiga

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
MIMI-HARIS.jpg

JODOH Mimi nampaknya masih tidak panjang apabila perkahwinan ketiganya berakhir dengan perceraian.

Mimie Haris bercerai kali ketiga" PETALING JAYA – Selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pengacara Mimie Haris mengesahkan sudah bercerai dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin.

Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 37, berkata statusnya perlu didedahkan bagi mengelakkan fitnah, selain ingin fokus terhadap anak mereka.

“Bagi mengelakkan fitnah dan salah faham pada masa akan datang, saya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan bapa kepada anak saya.

“Tiada apa-apa lagi yang perlu diperkatakan. Kami berdua sedang meneruskan kehidupan masing-masing.

“Kami juga cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami,” katanya menerusi pengumuman di platform Threads.

Tidak memperincikan butiran perceraian, begitupun bakat yang dicungkil daripada pertandingan realiti MyStarz LG itu mengakui sudah habis idah.

“Saya juga sudah tamat tempoh idah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kakiku Kaku itu mendirikan berkahwin dengan Khairril pada 16 Oktober 2022 dan mereka mempunyai dua anak lelaki.

Mimie pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak panjang. Kedua-dua perkahwinan itu tidak dikurniakan zuriat. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoii Mimie ni, berapa kali nak cuba2 kahwin la... Lepas ni fokus la pada anak2 ye. Tengok kat IG dia baru ni, muka ceria je jalan2, harap2 happy betul, bukan buat2 happy je. 😏

 
Back
Top
Log in Register