BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Linda, Beego sah cerai kali ketiga

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Linda, Beego sah cerai kali ketiga​

beego-linda.jpeg

BEEGO dan Linda sah bercerai buat kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Linda, Beego sah cerai kali ketiga PETALING JAYA – Lebih setahun naik turun mahkamah, pasangan pelakon, Linda Hashim dan Beego sah bercerai buat kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Perkara itu disahkan peguam Beego, Muhammad Akmal Amzan kepada Kosmo! Online yang menyatakan anak guamnya memang sudah bersedia melepaskan aktres terbabit.

“Sebenarnya dalam kamar mahkamah tadi, hakim lebih dahulu memutuskan permohonan pengesahan lafaz taklik yang difailkan Linda sebelum ini tidak sah.

“Jadi anak guam saya meminta saya teruskan dengan lafaz cerai kerana awalnya perceraian tertangguh kerana Linda turut memfailkan permohonan pengesahan lafaz taklik.

“Hari ini, keputusan permohonan dakwaan berhubung lafaz taklik terbabit tidak sah dan kedua-dua pihak masih lagi berstatus suami isteri. Jadi, bagi kes pengesahan lafaz taklik itu, mereka masih belum bercerai.

“Selepas itu Beego bersetuju menceraikan Linda secara baik dan sudah melafazkan talak satu buat kali ketiga. Cuma jangan salah faham. Ini bukan lafaz talak tiga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Muhammad Akmal Amzan turut menegaskan, perceraian kali ketiga ini juga menyebabkan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 46, dan Linda tidak lagi boleh rujuk.

Akuinya, perbicaraan yang berlangsung hari ini membabitkan dua prosiding iaitu pengesahan lafaz taklik sebelum diteruskan dengan tuntutan perceraian.

“Beego secara rela hati bersetuju untuk menceraikan Linda dengan baik. Mereka pernah bercerai sebanyak dua kali, kemudian rujuk, bercerai semula dan rujuk kembali.

“Hari ini adalah perceraian buat kali ketiga, jadi mereka tidak boleh rujuk,” katanya.

Terdahulu, kemelut dalam rumah tangga pasangan itu meraih tumpuan selepas naik turun mahkamah sejak awal tahun ini.

Mereka pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun kembali rujuk pada 9 April tahun sama sebelum Linda mendakwa mereka sekali lagi bercerai dan sepakat untuk bersama semula tidak lama kemudian.

Menerusi laman sosial, tular video Beego dan Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 42, berbual di luar pekarangan mahkamah.

Linda dan Beego bergelar suami isteri pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak, Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi, Linda dan Beego ni asyik2 bercerai rujuk je, macam telenovela pulak. Dah kali ketiga cerai, harap masing2 move on la ye. Kat IG Beego bole nampak dia mcm serabut je lately, tu la jaga diri baik2. 🙄

 
414461-414461.jpg


Beego dan Linda Hashim sah bercerai talak tiga

Kuala Lumpur: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini mengesahkan pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim bercerai talak tiga.

Lafaz cerai berkenaan dibuat di hadapan Hakim Syarie Mohammed Radzi Sadiman.

Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, yang ditemui berkata, dia melepaskan Linda atas kehendak bekas isterinya pada prosiding pengesahan lafaz taklik.


"Tapi untuk penuhi kehendak Linda, dan sebagai seorang lelaki 'gentleman', saya lepaskan dia dengan niat yang baik," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di perkarangan mahkamah, di sini.

Pada prosiding berkenaan, Beego diwakili peguam syarie Muhamad Akmal Amzan, manakala Linda pula diwakili peguam syarie Nurul Fadzilah Kamaluddin.


"Alhamdulillah... hari ini Allah mudahkan segala urusan saya. Keputusan hari ini memang sangat memuaskan hati dan Alhamdulillah selesai.

"Selepas ini, insya-Allah saya akan buat tuntutan untuk pihak anak pulalah. Buat hak hadanah dan nafkah anak-anak. Apa pun saya rasa terharu sebab pihak defendan (Beego) 'gentle' melafazkan (cerai).

"Segala perjuangan saya selama setahun lebih macam dihargai, saya rasa lebih tenang dan bersyukur. Allah dengar doa kita semua kan. Ramai sangat yang mendoakan saya, yang DM, yang jumpa saya," katanya.

Katanya, dia berterima kasih kepada mereka yang mendoakannya selama ini agar segala urusan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari 2025 atas alasan sudah tiada persefahaman.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register