BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sharifah Husna, Halim Radzi sah cerai talak satu

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Sharifah Husna, Halim Radzi sah cerai talak satu​

HUSNA-GHANI.jpg

SUDAH tamat idah, Sharifah Husna mengesahkan sudah bercerai dengan pelakon Halim Radzi sejak beberapa bulan lalu.

"Sharifah Husna, Halim Radzi sah cerai talak satu" PETALING JAYA – Desas-desus keberantakan rumah tangga pasangan pelakon Sharifah Husna dan Halim Radzi sejak beberapa bulan lalu akhirnya terjawab selepas mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Difahamkan, perceraian tersebut berlaku selepas Halim, 30, melafazkan talak terhdap Husna, 33, dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Husna juga dikatakan sudah habis menjalani tempoh idah dan tarikh sebenar perceraian juga tidak dikongsi kepada umum.

Meski sudah berpisah, mereka bagaimanapun bersetuju untuk mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain.

Terdahulu, khabar angin mengenai kemelut rumah tangga mereka mula bertiup kencang sejak tahun lalu

Lebih menguatkan lagi dakwaan, Husna juga memadam foto-fotonya bersama Halim dari dalam akaun media sosialnya.

Untuk rekod, Husna dan Halim mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri sahabat dan keluarga terdekat. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai, cepat betul cerita cinta diorang ni habis. Sis ada stalk IG Husna, nampak dia happy2 je single. Maybe lepas ni dia lebih fokus ke kerjaya, malas2 fikir hal cinta yang pening ni. 🙄

 
Back
Top
Log in Register