kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Miliki 6.4 Tan Minyak Masak Bersubsidi Tanpa Lesen, Enam Lelaki Didakwa
Enam lelaki termasuk seorang warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki 6,443 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi tanpa lesen sah, Selasa lepas.
Bagaimanapun, tertuduh warga tempatan Moo Teck Lim, 50, seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dalam bahasa Mandarin dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Sementara itu, pertuduhan terhadap empat lagi lelaki warga Myanmar berusia 21 hingga 36 tahun akan dibacakan semula pada 17 Ogos depan bagi urusan penyediaan jurubahasa memandangkan mereka tidak memahami bahasa Melayu.
Mengikut pertuduhan, Moo bersama empat warga asing itu didakwa memiliki 4,845 kg minyak masak dalam keadaan menimbulkan syak munasabah di sebuah premis tanpa nama di Jalan Apollo, Bandar Pinggiran Subang pada 3.30 petang, 14 Julai lalu.
Perbuatan itu melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sallim Wahid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan Moo diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di Pejabat KPDN Putrajaya setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan kehadiran jurubahasa Myanmar ditetapkan pada 17 Ogos depan.