combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Syarikat Penyelesaian Telekomunikasi Didakwa Miliki, Beri Perkhidmatan Rangkaian Tanpa Lesen
Sebuah syarikat penyelesaian telekomunikasi menjadi entiti pertama di Malaysia yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, di bawah Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyediakan perkhidmatan rangkaian tanpa lesen sah.
Aircom Telecommunication Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Foo Loke Hin, 57, (tengah) mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan ke atas syarikat itu dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebuah syarikat penyelesaian telekomunikasi menjadi entiti pertama di Malaysia yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, di bawah Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyediakan perkhidmatan rangkaian tanpa lesen sah.
Aircom Telecommunication Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Foo Loke Hin (he), 57, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan ke atas syarikat itu dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan pertama, Aircom Telecommunication didakwa memiliki kemudahan rangkaian tanpa suatu lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian [NFP (I)] yang sah mengikut Seksyen 126(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didakwa memberikan perkhidmatan rangkaian tanpa suatu lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Rangkaian [NSP (I)] yang sah mengikut Seksyen 126(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Kedua-dua seksyen itu boleh dihukum di bawah Seksyen 126(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara boleh sampai 10 tahun atau kedua-duanya, serta boleh didenda selanjutnya RM100,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Aircom Telecommunication juga didakwa memiliki sistem yang direka bentuk untuk memperoleh secara fraud perkhidmatan rangkaian jenis jalur lebar, iaitu Unlimited Home Fibre Aircom Fibre mengikut Seksyen 232(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan, dekat sini, pada 16 Okt 2025.
Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab memaklumkan kepada mahkamah jaminan tidak diperlukan memandangkan pertuduhan dikenakan terhadap syarikat dan peguam Muhammad Khairul Bakhri Batiar serta Nor Amyra Zamani yang mewakili Aircom Telecommunication mengesahkan perkara itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 5 Okt depan untuk sebutan semula kes.