BTC USD 81,115.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Windows 10 [Creators Update]

Anda sudah upgrade WIndows 10?


  • Total voters
    229
Selamat tinggal Paint

paint%20tamat.ashx


SELEPAS 32 tahun, syarikat perisian komputer Microsoft akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan program grafik Microsoft Paint dalam perisian Microsoft 10.


Paint telah menjadi sebahagian dari Windows sejak mula diperkenalkan pada 1985 dan dikenali dengan penggunaannya yang mudah dan penghasilan seni yang asas.

Bagaimanapun 'anak’ Paint, Paint 3D masih akan diteruskan.

Senarai itu dikeluarkan sebagai sebahagian dari Windows 10 Fall Creators Update, yang akan dikeluarkan pada musim bunga.

Microsoft berkata aplikasi di dalam senarai itu akan dibuang dari Windows 10 atau “tidak akan dihasilkan lagi dan mungkin akan dibuang pada keluaran akan datang”.

Program lain yang akan dibuang termasuk Outlook Express email klien, yang telah diganti dengan aplikasi bina dalam Mail, serta aplikasi Reader, yang akan dimasukkan ke dalam Microsoft Edge.

Ramai pengguna laman sosial telah meluahkan rasa kecewa mereka dengan berita itu dan ramai telah menulis mesej ‘Selamat Tinggal’ di Twitter.

Pengguna Youtube, Chaotic telah menggambarkan Paint sebagai ‘program paling menakjubkan yang pernah wujud’.

Artis seni yang dikenali sebagai Jim’ill Paint It menggunakan program itu untuk mencipta karya seni yang bertema ganjil, yang diminta oleh orang ramai.

Beliau mempunyai hampir 700,000 pengikut di Facebook.

“Paint tidak sehebat dulu sejak mereka mengubahnya. Saya menggunakan Windows XP di mesin virtual kerana ia adalah Windows terbaik,” tulisnya di Twitter.

“Mereka sepatutnya mengeluarkan sahaja program itu dan menukarnya menjadi hak awam,” tulis pencipta permainan video Mike Dailly, pencipta Lemmings dan Grand Theft Auto. - BBC


http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/07/25/paint-tamat-perkhidmatan/#tlxWUlfaDUXRDieV.99
 
aku baru ja jadi pengguna windows 10.
tengah biasa2kan dengan environment windows 10 ni.
microsoft edge best la plak. mcm dah x nak install chrome ja ni
 
Windows 10 bila nak delete file dia tak tanya dah you sure to delete. dia delete terus ja
 
Sudah lama tak buat windows update semenjak servis sangkut.

Solusi yang diberikan kena format semula. Takde kerja buang masa.

Sekarang ni saya guna tinywall untuk sekat windows update.

Tak tahulah berapa lama boleh tahan.
 
Sudah lama tak buat windows update semenjak servis sangkut.

Solusi yang diberikan kena format semula. Takde kerja buang masa.

Sekarang ni saya guna tinywall untuk sekat windows update.

Tak tahulah berapa lama boleh tahan.

Macam mana nak guna tinywall utk dekat windows update?
 
Macam mana nak guna tinywall utk sekat windows update?

Download TinyWall https://tinywall.pados.hu

Dalam bahagian settings tu ada banyak opsyen untuk sekat itu ini.

Salah satu adalah Windows Update.

Masalahnya, Windows Defender pun sudah tak dapat update database jadi kena install Antivirus lain.
 
Back
Top
Log in Register