BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mi maggi selamat untuk dimakan

MSG tu kan bahan penambah perisa bukan untuk tambah berat badan
 
meggi la makanan penyelamat masa kat u dulu
lama dah x makan
balik satgi pekena sebungkuih sambil teringat kenangan lama
 
Dikatakan Mee segera mempunyai Wax ataupun bahasa melayunya adalah lilin. Wax ni bukan bermaksud lilin berserta sumbunya yang boleh dibakar tu.

Tetapi Wax ini adalah bahan yang digunakan untuk menjadikan batang lilin. Yang mencair bila kita bakar.

Dalam post itu mengatakan di dalam Mee Segera mempunyai lilin. Ini kerana keadaannya yg keras sebelum itu dan akan menjadi lembut selepas dipanaskan sama seperti lilin. Perlu diketahui bahawa Maggi tersebut bukanlah menjadi lembut disebabkan ada lilin di dalamnya.

Tetapi ia disebabkan air yang panas itu mampu meresap ke dalam maggi itu dan membuatkannya kembang dan lembut.

Sama seperti beras. Sebelum masak keras, apabila masak dengan air ia mengembang dan lembut.

Disamping itu, perlu diketahui bahawa wax juga dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan, sayur sayuran dan juga buah-buahan. Kesemua wax ini tidak boleh dicernakan oleh badan kita termasuk juga wax yang dihasilkan di dalam makmal.

Adakah itu bermaksud kita juga tidak boleh makan tumbuhan, sayuran dan juga buah-buahan. Sudah tentu tidak bukan.
Lagipun semua makanan terutamanya bahan yang tidak boleh dicernakan akan disingkirkan melalui najis termasuklah Wax. Hari ini makan insyallah esok akan keluar.

Sebagai tambahan, tiada lagi bukti yang Wax boleh menyebabkan kanser.

Member aku ad sorang masa kat uni asyik makan meggi sampai sakit.. doctor check ckp buah pinggang out ..suspek wax dri meggi/ sodium :( pape pon..pasal makanan kena tanya pakar nutrisi..

ada gak dengar member aku yang jual air filter bgtau info.. bahan mineral dari sumber organik xsama dengan dri non-oraganik.. cth zink dari buah , klau makan ok.. cer makan zink rumah.. ada berani telan(agak kasar cth dia) :))
 
MSG tu kan bahan penambah perisa bukan untuk tambah berat badan

dia ada sodium gak bos.. tinggi gak tu.. boleh menyebabkan kandungan air dalam badan lambat kluar dari badan (water retention) badan penuh air.. nampak berisi la:D
 
megi la makanan paling cepat dan mudah utk disiapkan.. sebab tu lebih jd makanan utama utk org yg sentiasa bz@malas.. :D:D:D:D
 
Back
Top
Log in Register