BTC USD 84,590.5 Gold USD 4,311.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mi maggi selamat untuk dimakan

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Dikatakan Mee segera mempunyai Wax ataupun bahasa melayunya adalah lilin. Wax ni bukan bermaksud lilin berserta sumbunya yang boleh dibakar tu.

Tetapi Wax ini adalah bahan yang digunakan untuk menjadikan batang lilin. Yang mencair bila kita bakar.

Dalam post itu mengatakan di dalam Mee Segera mempunyai lilin. Ini kerana keadaannya yg keras sebelum itu dan akan menjadi lembut selepas dipanaskan sama seperti lilin. Perlu diketahui bahawa Maggi tersebut bukanlah menjadi lembut disebabkan ada lilin di dalamnya.

Tetapi ia disebabkan air yang panas itu mampu meresap ke dalam maggi itu dan membuatkannya kembang dan lembut.

Sama seperti beras. Sebelum masak keras, apabila masak dengan air ia mengembang dan lembut.

Disamping itu, perlu diketahui bahawa wax juga dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan, sayur sayuran dan juga buah-buahan. Kesemua wax ini tidak boleh dicernakan oleh badan kita termasuk juga wax yang dihasilkan di dalam makmal.

Adakah itu bermaksud kita juga tidak boleh makan tumbuhan, sayuran dan juga buah-buahan. Sudah tentu tidak bukan.
Lagipun semua makanan terutamanya bahan yang tidak boleh dicernakan akan disingkirkan melalui najis termasuklah Wax. Hari ini makan insyallah esok akan keluar.

Sebagai tambahan, tiada lagi bukti yang Wax boleh menyebabkan kanser.
 
Aku kalau makan megi, air rebusan yang keladak tu aku buang.

Tapis megi tu banyak kali.

Sampai warna dah jernih, baru puas hati.
 
sama macam basuh beras, bila rebus megi elok buang dulu air rebusan tu
 
Aku kalau makan megi, air rebusan yang keladak tu aku buang.

Tapis megi tu banyak kali.

Sampai warna dah jernih, baru puas hati.

ya betul...tp aku je la mkn..anak2 dilarang keras...sebab aku kecik2 tak pernah tau pun apa tu meggi..sedap rupenye :eek::eek:
 
wax tu xpa

ni bahan yg bg tahan lama. lipas pun xberani makan
 
Sarapan mudah waktu pagi... Nasi dengan lauk Maggi campur telur... :)
 
ya betul...tp aku je la mkn..anak2 dilarang keras...sebab aku kecik2 tak pernah tau pun apa tu meggi..sedap rupenye :eek::eek:

Insha-allah, kalau aku ada anak...megi ke, fast food ke...NO! (3x) :)paid

Aku nak diorang makan halal dan toyyiba jer.

Jangan jadi macam bapak (aku) diorang; haram jadah semua pernah ditelan :)paid

Apa nak buat, dulu jahil.

#inisemuasalahUMNO

:)paid
 
Back
Top
Log in Register