BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meta, TikTok Dan Google Perkukuh Ciri Keselamatan Digital Remaja

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
66710e014d975901a22f9b12cc081f8f67050e215aa88


Pengenalan ciri kawalan seperti Meta Teen Accounts, Family Pairing (TikTok) dan Family Link (Google) kini menyediakan benteng digital lebih kukuh kepada ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka ketika melayari Internet.

Pengurus Dasar Awam Meta Malaysia Amirah Amir berkata inisiatif oleh penyedia platform teknologi itu bertujuan memastikan ekosistem media sosial kekal selamat dan positif selaras dengan keperluan perlindungan kanak-kanak di alam maya.

Beliau berkata pihaknya telah membangunkan lebih 50 alat keselamatan dengan bimbingan pakar keselamatan digital dunia bagi menjamin persekitaran yang sihat.

“Kepercayaan dan pengalaman positif pengguna menjadi teras model perniagaan Meta, memandangkan platform digital kini bukan sahaja untuk berhubung, malah bagi tujuan pendidikan serta perniagaan.

“Bagi remaja berusia 13 hingga 17 tahun, mereka memerlukan perhatian khusus melalui pengawasan ibu bapa, dan sebab itulah Meta Teen Accounts diperkenalkan,” katanya pada sesi perkongsian Kempen Internet Selamat 2026 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Amirah berkata melalui ciri tersebut, tetapan keselamatan diaktifkan secara automatik (default) seperti mod akaun peribadi bagi remaja bawah 15 tahun, sekali gus mengurangkan beban pemantauan manual oleh ibu bapa.

Antara ciri utama akaun remaja ialah tetapan privasi ketat yang hanya membenarkan interaksi daripada pengguna yang diikuti sahaja, selain fungsi “Hidden Words” bagi menapis komen berunsur buli dan gangguan.

“Pengguna bawah 18 tahun akan diletakkan di bawah akaun remaja dengan tetapan paling ketat. Bagi mereka yang berusia 13 hingga 15 tahun, akaun ditetapkan dalam mod privasi dan memerlukan kebenaran ibu bapa untuk sebarang perubahan,” katanya.

Beliau berkata sejak dilancarkan pada September 2024, kira-kira 90 peratus pengguna dalam kumpulan usia tersebut dilaporkan kekal menggunakan tetapan keselamatan dalam mod privasi yang ditetapkan.

 
Back
Top
Log in Register