BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesyuarat MEXCO-STI Perkukuh Kerjasama Persekutuan-negeri, Sebar Luas Teknologi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
14a7197471ff9e57a47c2917311bf09569e6e68a487b1

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang

Kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memperkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI), terus diperkasakan melalui Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI), di sini hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan memaklumkan, MEXCO-STI telah mempertimbangkan dan mengambil maklum akan beberapa perkara utama penyebarluasan teknologi yang dibangunkan MIMOS Berhad, pada peringkat negeri.

Mesyuarat berkenaan juga mengambil maklum mengenai penglibatan syarikat pemula di negeri, melalui pelaksanaan Tetingkap Tunggal MyStartup oleh Cradle serta peranan Jabatan Atom Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia di negeri.

“Selain itu, program kerjasama antara Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dengan beberapa negeri, dalam pengaplikasian teknologi dan maklumat berkaitan pembudayaan sains yang akan dilaksanakan MOSTI sepanjang tahun ini di negeri, turut dikongsikan.

“Mesyuarat MEXCO-STI menjadi platform penting untuk berbincang dan berkongsi hala tuju serta perkembangan STI melalui kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” menurut kenyataan MOSTi itu.

Sementara itu, Menterinya Datuk Chang Lih Kang berkata Malaysia perlu terus memperkukuh kedaulatan teknologi serta membangunkan bakat dan kapasiti inovasi tempatan, bagi memastikan negara lebih bersedia mendepani ketidaktentuan global pada masa hadapan.

“Platform seperti MEXCO-STI memainkan peranan penting, dalam menyelaras kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, untuk memperkukuh ekosistem STI secara menyeluruh di setiap negeri.

“Melalui kerjasama pelbagai pihak, setiap negeri berpeluang membangunkan kekuatan dan keupayaan inovasi masing-masing, sekali gus menyokong aspirasi negara untuk menjadi pencipta teknologi dan bukan sekadar pengguna teknologi,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MOSTI juga telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi libat urus dengan semua ahli MEXCO-STI, untuk berkongsi bidang fokus MOSTI bagi 2026 dan mengenal pasti bidang STI yang berpotensi pada peringkat negeri, selaras dengan dapatan laporan Indeks Inovasi Malaysia (MII).

 
Back
Top
Log in Register