BTC USD 81,005.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Mesti Tahu] Tips Penjagaan Laptop

SchulzCube

Active Member
Messages
1,252
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,252
Reaction score
34
Points
30
Penggunaan komputer riba atau laptop menjadi trend pada masa ni...keberangkalian seseoarang tu utk membeli laptop lagi tggi jika dibandingkan dengan membeli pc desktop.. penjagaan laptop amat penting utk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama yang mungkin.

kat bawah ni da serba sedikit tips penjagaan laptop utk anda semua....


1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ¡®Turn Off monitor in ¡* minutes¡¯.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ¡®Dead pixel¡¯.

4. Haba Panas
* Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Di harap informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua... :)
 
aku di fahamkan sesetangah orang... kalau sambung cable pencas haruslah di buka baterynya agar ketahanan pada batery boleh guna lama..

tapi, bebaru aku beli laptop.. kate penjual tuh.. jangan buat mcm tuh.. kerana batery laptop sekarang dan dlu tidak sama.. laptop memerlukan senantiasa energy... ntah betul ker tak...
 
aku dah cuba guna battery dgn adapter pasang..makin lama wear level battery aku dri 0% naik ke 5% ,last2 aku terus cabut dan tak guna bateri sewaktu guna adapter..

kenapa wear level naik (wear level 100%, bateri kong) sebab bateri lebih elok letak di suhu yang sejuk..
 
ada kawan aku suka cabut bateri....last2 rosak...

aku plak..bila battery da fully charge, aku cabut adapter...guna battery sampai habis...bila da habis..cas lagi...dan seterusnya....
 
ak nye batery xsmpi 10minit skg..hampeh
 
ada kawan aku suka cabut bateri....last2 rosak...

aku plak..bila battery da fully charge, aku cabut adapter...guna battery sampai habis...bila da habis..cas lagi...dan seterusnya....

bagus la tuan ni.... mmg disiplin tinggi, patutla laptop tuan sayang kt tuan.... :D

yg lain bila lagi :-?:D
 
ada kawan aku suka cabut bateri....last2 rosak...

aku plak..bila battery da fully charge, aku cabut adapter...guna battery sampai habis...bila da habis..cas lagi...dan seterusnya....

betul... penggunaan yang betul.. namun begitu sayugia diingatkan bahawa kalau nak buat kaedah ini pastikan ketika sedang menggunakan bateri stil speed komputer ni laju jugak.. sebab sesetngah default bila guna bateri dia akan berada safe enegery mode .. :D
 
Back
Top
Log in Register