BTC USD 66,452.5 Gold USD 2,333.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GTA 6 - Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,133
Points
661
Awards
1
FNjcy-AWUAAkl77.jpg




Pada Februari lepas, Rockstar telah mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan permainan terbaru, iaitu Grand Theft Auto 6 (GTA 6). Permain GTA yang sedia ada telah lama dilancarkan pada 2013 dan ia telah pun diselaraskan untuk dimain dalam pelbagai platform.

gta-6-release-date-setting.jpg



Para peminat GTA telah meminta Rockstar akan siri seterusnya dalam francais permainan yang popular ini. Walaupun tiada sebarang pengumuman akan tarikh sebenar permainan GTA 6 dilancarkan, anda boleh menjangkakan bahawa ia akan dilancarkan dalam masa sekitar 2 ke 3 tahun lagi mungkin di penghujung tahun 2024 atau ke atas.

Berdasarkan ciapan Chris Klippel, pencipta Rockstar mengatakan bahawa pembangunan GTA 6 telah mencapai kejayaan besar, dan kita boleh jangkakan pengumuman besar daripada Rockstar pada hujung tahun 2022 ini.

resize.jpg


Sedikit maklumat tentang GTA 6, permainan ini telah mula pembangunannya sejak 2020 dan anda boleh jangkakan bahawa permainan ini membawa anda ke Vice City dalam francais GTA. Selain itu, GTA 6 berkemungkinan akan dilancarkan secara serentak di semua platform yang tersedia seperti Xbox, PlayStation dan PC.

Tambahan lagi, mod permainan dalam talian merupakan ciri kuat dalam permainan GTA 6 yang akan datang dek kerana sambutan GTA Online yang menggalakkan dan masih dimainkan sampai sekarang di peringkat global. Sama-samalah kita tunggukan pengumuman Rockstar yang seterusnya dalam beberapa bulan lagi.
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register