BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GTA Remastered Trilogy Mungkin Di Lancar Seawal Oktober Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Permainan Grand Thef Auto manakah yang terbaik pernah dihasilkan? Secara peribadi saya merasakan ia seri di antara GTA San Andreas dan GTA Vice City. Namun untuk memainkan semula dua permainan klasik ini agak sukar kerana tiadanya sokongan pada konsol generasi semasa dan isu pada PC moden. Menurut laporan Kotaku, bagi mereka yang merindui permainan GTA lama GTA Remastered Trilogy akan dilancarkan seawal Oktober ini.
GTA-SA.jpg

GTA Remastered Trilogy yang mengandungi GTA III, GTA Vice City dan GTA San Andreas dipercayai sedang dibangunkan semula oleh Rockstar Dundee sebuah studio baharu yang diambil alih oleh Rockstar. Pada awalnya GTA Remastered Trilogy akan hanya ditawarkan kepada pembeli GTA V dan GTA Online versi konsol PS5, Switch dan Xbox Series X/S. Tetapi kini dengan ia semakin hampir siap, Rockstar akan menawarkannya kepada peminat yang berminat. Pelancarannya mungkin berlaku pada akhir Oktober atau awal November kelak.

GTA Remastered Trilogy bukanlah permainan olahan semula dengan aset baharu tetapi sekadar mempertingkatkan permainan menggunakan Unreal Engine dan grafik yang lebih mirip dengan PlayStation 2. Sekiranya laporan ini adalah benar saya akan menjadi yang terawal membelinya.​
 
GTA Trilogy Mungkin Semakin Hampir Dilancarkan



Boleh dikatakan ramai dalam kalangan kita yang pernah memainkan permainan popular daripada Rockstar Games, iaitu siri Grand Theft Auto. Ogos lalu, terdapat laporan menyatakan Rockstar sedang membangunkan permainan GTA Trilogy dan nampaknya mungkin ia semakin hampir dilancarkan. Terkini, @videotech_ mendapati data berkaitan tiga permainan GTA tersebut yang merangkumi GTA III, Vice City dan San Andreas dalam kemas kini baharu Rockstar Launcher.

Melaluinya juga, ia terpapar teks seperti "Grand Theft Auto III - Unreal" di mana "Unreal" itu mungkin dikaitkan dengan Unreal Engine yang digunakan untuk membangunkannya. Pun begitu, laporan ini masih dianggap sebagai spekulasi awal memandangkan Rockstar sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Namun, apa yang penting adalah sekiranya benar, dijangka ramai yang berasa teruja kerana tiga permainan GTA itu adalah antara paling diminati pada satu masa dahulu.

Sumber asal https://www.pcgamer.com/rockstar-la...ger-at-a-remastered-grand-theft-auto-trilogy/
 
Back
Top
Log in Register