Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Siri Grand Theft Auto amat popular sejak dahulu lagi. Namun, siri tersebut sudah masuk 8 tahun tidak mempunyai permainan terbaharunya. Kali terakhir yang dikeluarkan adalah GTA 5, iaitu tahun 2013. Bagi peminat yang masih menantikan GTA 6, mungkin anda perlu menunggu lebih lama lagi. Hal ini kerana Tom Henderson mengatakan ia dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024 atau 2025.
Tambahnya lagi, GTA 6 yang masih dalam pembangunan awal bakal menggunakan bandar moden Vice City dan bandar tersebut akan sentiasa menerima perubahan seperti mana yang kita lihat dalam peta permainan Fortnite.
Selain itu, pemain mungkin dapat mengawal lebih banyak watak seperti GTA 5 dan akan mempunyai protagonis wanita pula. Buat pengetahuan, Tom Henderson sebelum ini pernah mendedahkan maklumat tepat mengenai permainan Call of Duty dan Battlefield yang baharu diperlihatkan.
Di samping itu, untuk menguatkan lagi laporan ini, wartawan Bloomberg - Jason Schreier juga mengatakan bahawa maklumat yang diterimanya sama dengan Henderson. Sebenarnya peminat tidak sabar akan kehadiran GTA 6 adalah disebabkan rekod yang baik oleh Rockstar. Malah, permainan Red Dead Redemption 2 salah satu permainan dunia terbuka yang baik di pasaran sekarang.
Sumber asal https://www.pcgamer.com/grand-theft...n-development-and-may-not-release-until-2025/