BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peminat Mungkin Perlu Tunggu Lama Lagi Untuk GTA 6

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Siri Grand Theft Auto amat popular sejak dahulu lagi. Namun, siri tersebut sudah masuk 8 tahun tidak mempunyai permainan terbaharunya. Kali terakhir yang dikeluarkan adalah GTA 5, iaitu tahun 2013. Bagi peminat yang masih menantikan GTA 6, mungkin anda perlu menunggu lebih lama lagi. Hal ini kerana Tom Henderson mengatakan ia dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024 atau 2025.

photo_2021-07-06-13.26.27.jpeg


Tambahnya lagi, GTA 6 yang masih dalam pembangunan awal bakal menggunakan bandar moden Vice City dan bandar tersebut akan sentiasa menerima perubahan seperti mana yang kita lihat dalam peta permainan Fortnite.

GTA-5-vice-city-mode.jpg


Selain itu, pemain mungkin dapat mengawal lebih banyak watak seperti GTA 5 dan akan mempunyai protagonis wanita pula. Buat pengetahuan, Tom Henderson sebelum ini pernah mendedahkan maklumat tepat mengenai permainan Call of Duty dan Battlefield yang baharu diperlihatkan.

Di samping itu, untuk menguatkan lagi laporan ini, wartawan Bloomberg - Jason Schreier juga mengatakan bahawa maklumat yang diterimanya sama dengan Henderson. Sebenarnya peminat tidak sabar akan kehadiran GTA 6 adalah disebabkan rekod yang baik oleh Rockstar. Malah, permainan Red Dead Redemption 2 salah satu permainan dunia terbuka yang baik di pasaran sekarang.



Sumber asal https://www.pcgamer.com/grand-theft...n-development-and-may-not-release-until-2025/
 
GTA 6 Di Dakwa Hampir Siap, Berada Di Fasa Kemasan Terakhir

GTA 6 yang ditunggu-tunggu kita selama ini mungkin akan hadir lebih awal dari yang kita sangkakan. Mengikut dakwaan Tez2, seorang leaker yang suka membocorkan content Rockstar dakwa GTA 6 sedang berada di fasa kemasan.Fasa kemasan yang dimaksudkan beliau adalah versi GTA 6 ketika ini perlu disiapkan beberapa perincian sebelum menjadi edisi feature complete.

Untuk perbandingan, beta pula adalah satu pengujian terakhir sebelum sesebuah game itu menjadi content complete. Secara ringkas, feature complete bermaksud sesebuah game itu telah disiapkan beberapa bahagian UI padanya. Sementara itu, content complete pula bermaksud sesebuah game itu sudah tersedia sepenuhnya untuk dimainkan.

Bilakah GTA 6 Akan Di Lancarkan?

Berdasarkan semua maklumat yang kita ada, ia menunjukkan Rockstar akan melancarkan kemasukan baru GTA 6 ini pada tahun 2024. GTA 6 mula dibangunkan pada tahun 2019, Read Dead Redemption 2 pula mengambil masa 5 tahun untuk dibangunkan. Oleh itu, 2024 adalah tahun yang boleh kita jangkakan Rockstar melancarkan GTA 6 ini. Jadi kita mungkin akan disajikan sebarang pengumuman rasmi dari Rockstar seawal pertengahan kedua tahun ini.

Sumber asal
Mobigaming
 
Last edited:
Pengguna Reddit Kongsi Tangkap Layar Yang Di Katakan GTA 6

Seorang pengguna Reddit telah berkongsikan sebuah tangkap layar yang didakwa daripada permainan video GTA 6. Berdasarkan gambar di bawah, kita melihat seorang karakter perempuan yang merupakan watak utama.
ikfawwr4vkna1-768x432.jpg

Besar kemungkinan tangkap layar itu adalah daripada fasa kemasan GTA 6 yang didakwa sebelum ini. Hal ini demikian kerana banyak khabar angin sebelum ini yang mendakwa GTA 6 mempunyai karakter perempuan sebagai watak utama.

Walau bagaimanapun, majoriti pengguna memberikan respons positif dan teruja dengan grafik dalam tangkap layar itu.
Screenshot-2023-03-21-175223-768x302.png

Ada juga pengguna lain menulis - “Finally! A night that’s actually dark".​
 
Rockstar Games Mungkin Umum GTA 6 Pada 17 Mei Ini

Mengikut sumber, GTA 6 berkemungkinan besar akan diumumkan sekitar pertengahan bulan Mei depan atau lebih tepat lagi pada 17 hari bulan nanti. Hal ini demikian kerana syarikat induk Rockstar Games, Take Two didakwa akan umumkan secara rasmi sebuah game baharu dalam sesi investors call nya pada 17 Mei depan.

GTA-6.jpg


Tambahan lagi, GTA 6 dikatakan sudah memasuki fasa kemasan terakhir pada awal tahun ini. Hujung minggu lepas, gamer terkenal Hip Hop Gamer telah berkongsikan ciapan Twitter bersama CEO Take Two, Strauss Zelnick. Berdasarkan penulisan beliau itu, kita boleh menjangkakan beliau mungkin sudah mencuba sendiri atau bermain GTA 6 untuk versi percubaan beta.
Jadi, sama sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada Rockstar pada bulan Mei ini.​



Sumber asal GSMArena
 
Back
Top
Log in Register