BTC USD 86,970.5 Gold USD 3,054.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AC Syndicate Percuma Untuk Masa Terhad, Ini Cara Tebus

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,411
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,411
Reaction score
7,309
Points
916
Awards
1
Untuk masa yang singkat, salah satu siri permainan video Assassin's Creed iaitu Assassin’s Creed Syndicate - Standard Edition adalah percuma dan boleh ditebus melalui platform Ubisoft sebelum 9 malam pada 6 Disember 2023 (waktu tempatan). Untuk pengetahuan anda, siri AC Syndicate ini telah dikeluarkan pada tahun 2015 untuk platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One yang mengambil tempat di Victorian London dengan kehadiran dua pembunuh kembar, Jacob dan Evie Frye.

Cara Untuk Menebus Assassin’s Creed Syndicate

Seperti biasa, anda perlu daftar ke platform Ubisoft terlebih dahulu sekiranya anda adalah pengguna baru. Jika anda pengguna yang berdaftar, anda hanya perlu ke bahagian "Games" dan permainan Assassin's Creed Syndicate akan tersedia di bahagian "Free Games".

ub-ac-1.jpg

Setelah anda pilih permainan itu, anda perlu tekan "Add to My Games".

ub-ac-2.jpg


Selepas itu, paparan pengaktifan produk akan keluar untuk pengesahan anda bagi keberkesanan permainan ini dimainkan di mana-mana platform PC selagi akaun yang sama digunakan. Anda hanya perlu tekan "Continue" untuk teruskan.

ub-ac-3.png


Akhir sekali, permainan Assassin's Creed Syndicate akan tersedia di paparan "My Games" anda dan sedia untuk dimuat turun dengan kapasiti sebanyak 40GB diperlukan bagi menyokong permainan ini.

Sumber asal Ubisoft
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register