BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sokongan GTA Online PS3 & Xbox 360 Berakhir Disember Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Sokongan GTA Online Di PS3 dan Xbox 360 Akan Berakhir Disember Ini;

1 Oktober 2013 ialah hari yang cukup bersejarah bagi peminat siri Grand Theft Auto. GTA V dilancarkan pada hari tersebut selepas penantian lebih tujuh tahun. Permainan ini terus menjadi popular ke hari ini kerana sokongan yang diberikan kepada GTA Online. Tetapi bagi mereka yang masing memainkan GTA Online pada konsol lama, ia akan berakhir pada penghujung 2021.

Rockstar Games mengumumkan sokongan mod atas talian GTA Online akan ditamatkan pada konsol PlayStation 3 dan Xbox 360 pada 16 Disember 2021. Penamatan ini berlaku selari dengan sokongan GTA V bersama dengan GTA Online pada konsol PlayStation 5, Xbox Series X dan Xbox Series S. pada bulan November ini.

Sejak dilancarkan hampir lapan tahun lalu, GTA V dan GTA Online telah menjana hampir $10 bilion kepada penerbitnya Take Two. Setakat ini lebih 145 juta salinan GTA V telah berjaya dijual dengan tahun lalu sahaja 20 juta salinan dijual. Kerana kemampuannya menjana wang tanpa henti, peminat perlu menanti lebih lama untuk menikmati GTA VI.

1624617789321.png

Sumber asal https://www.rockstargames.com/newsw...n-3-and-xbox-360-will-shut-down-on-december-1
 
Back
Top
Log in Register