BTC USD 81,519.3 Gold USD 4,119.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Menuju Transformasi FAM

18057691_1285486468214781_3247902094001874129_n.jpg
 
USAH SAHUT SERUAN DALANG LAGAKAN DYAM TMJ
Lebih sedekad penyokong dan peminat bola sepak Malaysia meraung mahukan rombakan dalam pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pelbagai cara dilakukan baik di dalam stadium mahupun di media sosial tapi semuanya gagal. Namun begitu selepas hampir segala permintaan dimakbulkan yakni rombakan dan penstrukturan FAM sudah dicapai, masih banyak suara sumbang kedengaran mengherdik FAM.

Satu persatu permasalahan ditimbulkan seakan memberi tekanan kepada barisan baharu EXCO FAM yang secara rasminya dipilih pada 25 Mac yang lepas.
Timbul beberapa watak yang berlagak hero keluar dari persaraan mengkritik sistem yang diguna pakai oleh FAM sekarang.
Ada sahaja yang tidak kena dan sengaja mencetuskan kemelut untuk diketengahkan. Cara serangan mereka amat taktikal. Yang paling ketara apabila timbul begitu ramai pemegang akaun palsu dalam serangan secara berkelompok melalui media sosial seperti Facebook ddan Twitter.

Modus operandi mereka amat jelas, iaitu untuk memberi imej buruk terhadap Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Entah lubuk apa yang ada dalam FAM itu yang diinginkan sangat oleh pihak tertentu kita pun tak ambil pusing, cuma desas desas ada mengatakan FAM boleh dijadikan hub untuk pengubahan wang haram yang kemudiannya akan diedarkan kepada pihak-pihak tertentu demi mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa.
MAJUKAN HARIMAU MALAYA

Agak pelik mendengar dakwaan sebegini namun dari segi rasionalnya, khabar angin itu ada logiknya. Terlalu bangak persoalan timbul bagaimana kantung FAM hampir kosong apabila barisan EXCO yang baharu mengambil alih kepimpinan bulan lalu.
Bertambah pelik apabila ke mana hilangnya wang tajaan bernilai ratusan juta yang dimiliki FAM sebelum ini hingga terpaksa mencairkan simpanan tetap untuk diagih-agihkan kepada kelab yang gagal membayar gaji pemain?

Diharapkan hasil audit dan siasatan nanti akan didedahkan kepada umum tanpa perlu berkompromi dengan status individu yang terbabit melarikan wang berkenaan.
Di kala pentadbiran DYAM TMJ berhempas pulas 'membersihkan' FAM, golongan pendendam ini pula tanpa jemu menghasut penyokong bola sepak Malaysia dengan pelbagai kontroversi.

Perkembangan terkini menyaksikan kumpulan berkenaan menggunakan kelemahan penyokong yang 'patriotik' kepada pasukan negeri masing-masing dimanipulasi sebaik-baiknya.

Isu mutu pengadilan kini dijadikan perbahasan yang amat hangat hingga penyokong dan pemain ada yang hilang kewarasan.

Jika difikirkan secara halus, mutu pengadilan dalam Liga Malaysia sememangnya satu cabang yang amat rapuh dalam FAM dan mudah dieksploitasikan oleh pihak antagonis sebagai senjata terbaik untuk memburukkan FAM sepanjang masa.
Dengan membangkitkan sentimen ini, ia seolah-olah menjadi senjata pilihan pihak yang agresif ingin menjatuhkan kredibiliti barisan kepimpinan FAM yang baharu.
Agenda utama adalah untuk memberi tekanan yang hebat kepada DYAM Tunku Ismail agar beliau melepaskan jawatan tersebut dan seterusnya diambil alih golongan antagonis ini.

Bila kuasa sudah berada dalam genggaman, maka mudahlah untuk mereka meneruskan agenda jahat dengan menggunakan FAM sebagai lubuk haram mereka.
Masalahnya, sampai bila penyokong harus membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dengan permainan politik musuh FAM itu?

Kenapa tidak ada penyokong bergabung menentang sandiwara songsang golongan antagonis ini?
Seharusnya, penyokong tunjukkan kuasa mereka dengan tidak terpengaruh dengan dakyah yang ingin memecah belahkan semua penyokong Malaysia demi kepentingan peribadi pihak tertentu.

Bangkit menentang petualang ini demi memartabatkan semula Harimau Malaya dan memartabatkan kuasa penyokong.
Bersatulah wahai penyokong bola sepak Malaysia. Satukan Jiwamu, Harimau Malaya.


Kredit kepada BH Ahad 23hb April 2017
 
KITA PERLU MENCARI JURULATIH YANG BOLEH MENERIMA TAWARAN DARIPADA KAMI DAN MAMPU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG

Pada masa ini, begitu ramai yang bertanya di mana jurulatih kebangsaan. Anda perlu tahu, Presiden yang ada sekarang ini sedang menguruskan organisasi yang diambil dari pengurusan yang lama. Di mana dana yang berbaki sedia ada hanya sedikit sahaja ditinggalkan. Jika hendak memilih jurulatih, bukan sahaja kita perlu cari jurulatih yang mempunyai latar belakang yang bagus tetapi juga yang boleh terima tawaran daripada kita.

Perlu dimaklumkan bahawa tawaran kita tidaklah begitu tinggi kerana FAM tidak berduit. Namun begitu, ramai tidak tahu bahawa DYAM Tunku Presiden menggunakan duit baginda sendiri untuk menambah duit bajet tersebut bagi melantik dan mendapatkan jurulatih yang lebih berkaliber.

Oleh itu, anda harus sedar bahawa memilih jurulatih ini bukan seperti membeli buku, yang boleh main ambil sahaja. Sekiranya jurulatih tidak bagus dan suatu hari kita mahu buang, kita akan kena bayar lebih lagi. Maka dengan itu, kita perlu betul-betul teliti untuk memilih siapa jurulatih yang boleh memikul tugas untuk mengendalikan Harimau Malaya dalam jangka masa yang panjang.
Buat masa ini sudah ada satu calon daripada Portugal, dan ada lagi satu calon yang akan berjumpa dengan DYAM Tunku Presiden beberapa hari lagi. Dan baginda juga tidak mahu bercakap banyak kepada pihak media kerana perkara ini masih dirahsiakan. Kita hanya boleh kongsikan dengan pihak media selepas perkara ini telah disahkan.
Oleh itu bersabarlah, janganlah cepat sangat melenting. Kita perlu mendapatkan jurulatih untuk persatuan yang tidak ada duit dan DYAM Tunku Presiden sendiri membantu dengan menggunakan duitnya sendiri. Jadi silalah faham dan tunjukkan sikap profesional sedikit.

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
 
Anda perlu tahu, Presiden yang ada sekarang ini sedang menguruskan organisasi yang diambil dari pengurusan yang lama. Di mana dana yang berbaki sedia ada hanya sedikit sahaja ditinggalkan.
 
ISU MENGENAI PERLAWANAN KOREA UTARA MENENTANG MALAYSIA
Saya ingin menjelaskan sedikit tentang isu berhubung perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan 'AFC Asian Cup UAE' 2019 Peringkat Kumpulan B yang akan diadakan di Pyongyang, Korea Utara pada 8 Jun 2017 nanti. Sepertimana sedia maklum, Kerajaan Malaysia tidak menggalakkan pasukan Harimau Malaya untuk pergi ke negara Korea Utara disebabkan oleh isu diplomatik yang sedang berlaku sekarang ini. Walaubagaimanapun, sehingga kini Kerajaan Malaysia tidak ada mengeluarkan sekatan perjalanan cuma nasihat mengenai perjalanan (Travel Advisory) dan itu tidak mencukupi untuk Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menukarkan venue perlawanan asal ke venue neutral.
Saya selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) amat mengambil berat berkenaan isu keselamatan pemain-pemain negara dan agak sukar bagi saya sebenarnya dalam situasi ini untuk melepaskan mereka ke sana. Sekiranya FAM tidak melepaskan Harimau Malaya pergi ke perlawanan tersebut di Pyongyang, Korea Utara akan diberikan kemenangan percuma 3-0. Tambahan lagi kita juga akan didenda sehingga USD50ribu dan akan disingkirkan daripada pertandingan piala kelayakan di Asia. Lebih membimbangkan adalah besar kemungkinan juga kita akan disingkirkan daripada mana-mana perlawanan AFC pada masa akan datang. Persoalannya ialah apa yang harus kita lakukan? Saya sememangnya mahukan perlawanan ini diadakan di venue neutral demi keselamatan para pemain negara.
Selain itu, saya juga dimaklumkan oleh beberapa jurulatih yang pernah pergi ke negara tersebut bahawa situasi di negara tersebut agak teruk. Malah saya juga khuatir dengan masalah jaminan keselamatan serta layanan kemudahan penginapan dari segi tempat tinggal dan makanan di sana. Ini disebabkan kerana salah satu maklumat yang saya terima mengatakan kami perlu membawa makanan sendiri oleh kerana isu sabotaj. Seperkara lagi adalah berkenaan masalah mutu pengadilan disana kerana sekiranya terdapat keputusan yang tidak menyebelahi Korea Utara pastinya keselamatan pengadil akan terjejas sekaligus membuatkan pengadil tersebut akan tertekan.
Apa-apa pun saya sebagai Presiden FAM tidak setuju sama sekali untuk kami pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan Menteri Sukan. Bagi saya keutamaan adalah keselamatan rakyat Malaysia. Kami harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik. Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
 
trbaru fam xstuju bwk harimau malaya main bola kt korea utara..hahaha..blum kalah dah mnyerah..beza betul ngn fam dulu..skurang2nya brtarung dulu walupn tewas..ada teluq kurang2nya..haha..
 
trbaru fam xstuju bwk harimau malaya main bola kt korea utara..hahaha..blum kalah dah mnyerah..beza betul ngn fam dulu..skurang2nya brtarung dulu walupn tewas..ada teluq kurang2nya..haha..

Kena bnyk membaca bos..isu semasa pun kena amik tau.. bkn main komen je tp xtau ape2.. malu nanti bos..
 
Kena bnyk membaca bos..isu semasa pun kena amik tau.. bkn main komen je tp xtau ape2.. malu nanti bos..


betul tu.. Presiden FAM baru kita cakna tentang keselamatan rakyat kita.. bukan sembrono nak ikut dan hadap apa2 keputusan AFC..

semua aspek kena amik berat..
 
trbaru fam xstuju bwk harimau malaya main bola kt korea utara..hahaha..blum kalah dah mnyerah..beza betul ngn fam dulu..skurang2nya brtarung dulu walupn tewas..ada teluq kurang2nya..haha..

Baru keluar gua ke? Isu keselamatan la bro bukan isu takut kalah. Ni lah susah kalau bebudak join forum. Malas nak membaca.
 
Baru keluar gua ke? Isu keselamatan la bro bukan isu takut kalah. Ni lah susah kalau bebudak join forum. Malas nak membaca.

Penuh beremosi gaya tulisan awak dik..:eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register