BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Ab Ghani presiden baharu FAM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Ab Ghani presiden baharu FAM​

3650084.webp

Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas mengatasi Datuk Seri Shahril Mokhtar pada Kongres Luar Biasa di Petaling Jaya sebentar tadi.

DATUK Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas mengatasi Datuk Seri Shahril Mokhtar pada Kongres Luar Biasa di Petaling Jaya sebentar tadi.

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu memperoleh 20 undi berbanding Shahril lima undi daripada keseluruhan 25 perwakilan.

Keputusan tersebut menyaksikan Ab Ghani menjadi presiden kesembilan FAM sejak 1951, sekali gus diberi amanah meneruskan baki penggal 2025-2029.

Pemilihan semula kepimpinan FAM diadakan selepas barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) meletakkan jawatan pada Januari lalu susulan kemelut isu tujuh pemain warisan dan perkembangan berkaitan pendedahan serta audit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Pemilihan turut berlangsung beberapa hari selepas FAM menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya, sekali gus membuka lembaran baharu buat badan induk bola sepak negara.

Keputusan bagi jawatan Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 3 serta barisan Exco akan diumumkan sebentar lagi.
 
Back
Top
Log in Register