BTC USD 83,013.7 Gold USD 4,120.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Menuju Transformasi FAM

PIHAK FAM AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN ATAU TIDAK SELEPAS PERBINCANGAN DAN SIASATAN ESOK OLEH PERSATUAN PENGADIL DAN JAWATANKUASA INTEGRITI
Saya telah menerima titah daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar Jawatankuasa Integriti dan Jawatankuasa Pengadil menyiasat mengenai isu sistem pengadilan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Kami juga akan menayangkan beberapa video kesalahan untuk para penyokong pada hari esok untuk mereka menilai sendiri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh juga akan membuat satu kenyataan pada esok hari. Kami akan menilai kesemua kesalahan secara menyeluruh dan barulah FAM akan membuat keputusan untuk mengambil tindakan atau tidak.
Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
 
17952753_1278789045551190_1571481759196893196_n.jpg



PEMAIN ASING DIBENARKAN BERPINDAH KE PASUKAN LAIN DALAM LIGA MALAYSIA

Sebelum ini, pemain asing tidak dibenarkan berpindah ke pasukan lain dalam Liga Malaysia semasa jendela perpindahan dibuka walaupun terdapat banyak permintaan daripada pasukan. Peraturan ini telah wujud sebelum Football Malaysia LLP (FMLLP) ditubuhkan dan masih diamalkan sehingga sekarang.

Walaubagaimanapun, berdasarkan trend oleh pasukan Liga Malaysia untuk menamatkan kontrak pemain asing ketika jendela perpindahan kedua dibuka, FMLLP telah memutuskan untuk membenarkan pemain asing berpindah ke pasukan lain dalam Liga Malaysia. Ini membolehkan pemain asing yang ditamatkan kontrak, untuk bertukar atau berpindah ke pasukan lain seterusnya mengelakkan pemain terbabit terkilan meninggalkan Malaysia kerana ditamatkan kontrak dan tiada pilihan lain yang tersedia untuk mereka.

FMLLP berharap peraturan baru ini membolehkan pasukan mempunyai banyak pilihan dan menggalakkan pasukan untuk berunding sesama mereka seterusnya memperolehi faedah melalui inisiatif ini. Adalah harapan FMLLP supaya pasukan menggunakan peluang ini untuk membuat perancangan strategik dan melakukan perpindahan pemain secara professional; dari menamatkan kontrak pemain selain memberi kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan daripada aset pasukan dan melabur semula dalam apa jua yang akan memberi manfaat kepada pasukan di masa hadapan.

Untuk rekod, Malaysia menunjukkan angka yang sangat tinggi dalam kes penamatan kontrak menyalahi undang-undang dan kes telah dirujuk kepada FIFA. Kita telah terkenal cukup lama untuk isu ini dan FMLLP telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan perkara ini tidak terus berulang.

Dengan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah FMLLP, peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan akan dikemaskini di dalam Manual Liga Malaysia akan datang.
 
INTERPRETASI LWN FAKTA SEBENAR - SUBKHIDDIN



nazmi%20ref.jpeg
 
2017-04-17

Adalah sangat malang apabila kemeriahan bola sepak Malaysia ketika ini lebih tertumpu kepada isu kepengadilan. Dalam masa kita berusaha melakukan beberapa perubahan untuk mengukuhkan persembahan dan prestasi pengadil, segelintir pemberitaan dan perbincangan lebih tertumpu kepada isu pengadil yang tidak menepati kehendak dan pendapat sesetengah pihak berbanding isu kecemerlangan pasukan dalam menyusun strategi untuk menghiburkan penonton dan pada masa yang sama berusaha mencapai kemenangan bersih secara terhormat.

Saya terfikir apabila seorang anggota Polis yang sedang bertugas memberikan ‘saman’ kesalahan lalu lintas kepada seorang pemandu yang tidak mematuhi isyarat lampu merah. Pemandu bertegas yang beliau tidak melakukan kesalahan disebabkan beliau masih berhak untuk memandu pada ketika lampu masih merah-kuning-hijau? Siapakah yang perlu dihormati?

Apa yang berlaku dalam Liga-M? Saya cuba berikan sedikit pandangan untuk beberapa insiden terpilih seperti yang dipertikaikan.

Perlu diingatkan juga bahawa mereka (pengadil) adalah dilatih untuk mendapatkan posisi terbaik melalui keupayaan mereka untuk ‘reading the game’ dan seterusnya ‘anticipation’ yang merangkumi proximity, angle of view (see between player) sebelum memberikan keputusan. Kedudukan pengadil bukanlah statik seperti mana mereka yang lain, mereka sentiasa bergerak sebelum memberikan keputusan seperti yang saya tegaskan dalam perenggan atas.
 
1. Perlawanan Liga Super, T-Team lwn Kedah (15 April 2017)



Dalam perlawanan tersebut yang berlangsung pada Sabtu, rata-rata ‘penganalisis’ menyarankan supaya kedua-dua pemain diberikan kad merah. Adakah saranan ‘penganalisis’ lebih tepat berbanding keputusan pengadil pada perlawanan tersebut?

Terdapat dua kesalahan yang berlaku melibatkan kedua-dua pemain pada satu tempoh masa yang sama.

- Pemain T-Team diberikan kad kuning atas kesalahan ‘reckless tackle’.

"Reckless is when a player acts with disregard to the danger to, or consequences for, an opponent and must cautioned." (page 81)

- Pemain Kedah diberikan kad merah kerana kesalahan berkelakuan ganas, apabila beliau bertindak memukul pemain lawan.

"Violent conduct is when a player uses or attempts to use excessive force or brutality against an opponent when not challenging for the ball, or against a team-mate, team official, match official, spectator or any other person, regardless of whether contact is made. In addition, a player who, when not challenging for the ball, deliberately strikes an opponent or any other person on the head or face with the hand or arm, is guilty of violent conduct unless the force used was negligible." (page 88)

- Pengadil memulakan semula dengan sepakan percuma terus diberikan kepada pasukan Kedah.

Setelah meneliti video, saya dapati kedua-dua pemain berpeluang untuk memainkan bola tetapi sudah tentu dalam corak yang berlainan. Pemain Kedah berpeluang untuk melakukan hantaran (passing) kepada rakan sepasukan secara adil, manakala pemain T-Team pula berusaha untuk menghalang pergerakan pemain Kedah. Malangnya usaha pemain T-Team tersasar dan tindakan ‘rekless’ yang dilakukannya hampir mengenai tepat ke kaki pemain lawan.

Pengadil sudah tentu perlu melayangkan kad merah jika sekiranya cabaran dengan kaki (kasut bola berstud) mengenai tepat ke bahagian kaki pemain Kedah. Bagaimanapun, pada insiden berkenaan cabaran/tackle yang dilakukan oleh pemain T-Team tidak seperti yang dimaksudkan, ianya sama ada tersasar atau hanya mengenai sebahagian kecil sahaja.

Oleh itu, tindakan Pengadil adalah tepat apabila memberikan kad merah kepada pemain Kedah (kesalahan berkelakuan ganas) dan kad kuning kepada pemain T-Team disebabkan kesalahan reckless yang dilakukan sewaktu melakukan cabaran terhadap pemain lawan.
 
2. Perlawanan Liga Super, Kelantan lwn Johor Darul Ta'zim (12 April 2017)



Dalam perlawanan ini pula, pengadil telah melayangkan kad merah kepada pemain Kelantan disebabkan kesalahan menggagalkan peluang jelas (obvious goal-scoring opportunity) pemain lawan yang menuju ke arah gol lawannya dengan melakukan kesalahan boleh dihukum dengan sepakan percuma.

Pengadil dalam situasi yang lebih dikenali sebagai DOGSO mengambil kira beberapa pertimbangan seperti berikut;

- Distance between the offence and the goal

- General direftion of the play

- Likelihood of keeping ior gaining control of the ball

- Location and number of defenders

Dalam insiden tersebut kesemua 4 pertimbangan seperti yang tersebut di atas adalah mencukupi sepenuhnya untuk pengadil perlawanan melayangkan kad merah apabila jelas pemain Kelantan bertindak menarik baju dan menggagalkan pergerakan pemain JDT (kesalahan yang perlu dihukum dengan sepakan percuma).

Lebih malang lagi jika kesalahan memegang/ menarik/ menolak/ tersebut dilakukan di dalam kawasan penalti yang mana sudah tentu sepakan penalti dan kad merah akan dikuatkuasakan.
 
3. Perlawanan Liga Super, Perak lwn T-Team (8 April 2017)



Memegang bola (Handball the ball)

Dalam insiden yang berlaku pada saat akhir permainan, pengadil telah memberikan sepakan penalti kepada pasukan Perak. Sudah tentu ianya sangat sukar diterima oleh mana-mana pasukan apabila mereka telah berada pada situasi selesa untuk meraikan kemenangan.

Pengadil seperti yang dapat dilihat dari awal telah berusaha untuk menempatkan dirinya pada posisi yang terbaik dan pada pendapat saya beliau telah berjaya pada posisi dan masa yang tepat untuk membuat keputusan.

Semasa bola di udara, pemain Perak telah bersedia (ball-dropping zone) untuk mendapatkan kawalan terhadap bola tersebut. Malangnya tangan pemain T-Team telah menyebabkan bola bertukar arah dari jangkaan pemain Perak.
 
Ada yang mempersoalkan mengenai kredibiliti dan integriti pengadil hanya disebabkan oleh tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak ini sering berusaha mempelbagaikan cara untuk mempersenda dan memburukkan pengadil dan juga Presiden FAM, khususnya dengan melakukan provokasi di media sosial berkaitan keputusan yang telah dibuat pengadil dalam sesuatu perlawanan itu.

Saya sangat berasa kesal apabila 'kebijaksanaan' individu mahupun kumpulan ini digunakan secara salah. Untuk itu, saya menyarankan kepada pihak berkaitan supaya menyiasat individu berkenaan yang kelihatan sangat gembira dengan provokasi yang berjaya dilakukan oleh mereka.

Sekalipun begitu, saya bagi pihak Jabatan Pengadil FAM sentiasa terbuka untuk sebarang siasatan oleh pihak berwajib khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang telah ditegaskan oleh Tunku Presiden.

Untuk makluman, semua pegawai yang terlibat dengan kepengadilan adalah sentiasa di bawah radar pengawasan SPRM semenjak sebelum liga bermula lagi.

Setiap pengadil dan pegawai yang terlibat ini juga perlu sentiasa mematuhi protokol ketat sepanjang mereka perlu berkhidmat bersama FAM sama ada sebelum, semasa dan selepas perlawanan.



SUBKHIDDIN HAJI MOHD SALLEH

PENGERUSI JAWATANKUASA PENGADIL FAM

17 APRIL 2017
 
LUPAKAN PERBEZAAN DI MASA LEPAS DAN BERGERAK MAJU UNTUK MASA HADAPAN

Berkenaan satu kenyataan mengenai insiden di perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2017 di antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang lalu, Football Malaysia LLP (FMLLP) telah dimaklumkan bahawa JDT telah berkomunikasi dengan Pahang melalui surat untuk mencari persefahaman di antara kedua-dua pasukan dan melupakan sebarang perbezaan yang berlaku di masa lepas.

FMLLP berharap akan ada respon yang positif terhadap perkara ini, dimana perkara ini tidak perlu dilanjutkan oleh pihak FMLLP.
Ia adalah penting bagi bola sepak Malaysia untuk mengenepikan perkara-perkara yang telah lalu dan bergerak untuk maju ke hadapan.

FMLLP akan meminta kedua-dua pasukan untuk menghantar makluman terkini mengenai komunikasi antara kedua-dua pasukan berkenaan perkara ini seawal minggu hadapan dan FMLLP juga merayu kepada kedua-dua pasukan ini untuk mengutamakan bolasepak Malaysia dan penyokong dalam apa jua keadaan.
 
17952753_1278789045551190_1571481759196893196_n.jpg



PEMAIN ASING DIBENARKAN BERPINDAH KE PASUKAN LAIN DALAM LIGA MALAYSIA

Sebelum ini, pemain asing tidak dibenarkan berpindah ke pasukan lain dalam Liga Malaysia semasa jendela perpindahan dibuka walaupun terdapat banyak permintaan daripada pasukan. Peraturan ini telah wujud sebelum Football Malaysia LLP (FMLLP) ditubuhkan dan masih diamalkan sehingga sekarang.

Walaubagaimanapun, berdasarkan trend oleh pasukan Liga Malaysia untuk menamatkan kontrak pemain asing ketika jendela perpindahan kedua dibuka, FMLLP telah memutuskan untuk membenarkan pemain asing berpindah ke pasukan lain dalam Liga Malaysia. Ini membolehkan pemain asing yang ditamatkan kontrak, untuk bertukar atau berpindah ke pasukan lain seterusnya mengelakkan pemain terbabit terkilan meninggalkan Malaysia kerana ditamatkan kontrak dan tiada pilihan lain yang tersedia untuk mereka.

FMLLP berharap peraturan baru ini membolehkan pasukan mempunyai banyak pilihan dan menggalakkan pasukan untuk berunding sesama mereka seterusnya memperolehi faedah melalui inisiatif ini. Adalah harapan FMLLP supaya pasukan menggunakan peluang ini untuk membuat perancangan strategik dan melakukan perpindahan pemain secara professional; dari menamatkan kontrak pemain selain memberi kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan daripada aset pasukan dan melabur semula dalam apa jua yang akan memberi manfaat kepada pasukan di masa hadapan.

Untuk rekod, Malaysia menunjukkan angka yang sangat tinggi dalam kes penamatan kontrak menyalahi undang-undang dan kes telah dirujuk kepada FIFA. Kita telah terkenal cukup lama untuk isu ini dan FMLLP telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan perkara ini tidak terus berulang.

Dengan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah FMLLP, peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan akan dikemaskini di dalam Manual Liga Malaysia akan datang.

nampak kononnya nak pulih reputasi...

TAPI dari segi pemahaman lain ia juga BIG ADVANTAGE utk PASUKAN KAYA coz diorg dh npk import yg menyinar di Liga Malaysia tanpa perlu test or bayar pencari bakat import...

boleh amek (kawtim) player import team M-League lain sesuka hati...

KECUALI ada clause menyatakan import yang tidak ditamatkan kontrak menjelang transfer window TIDAK DIBENARKAN DIRISIK / TIDAK DIBENAR PINDAH PASUKAN (kecuali win-win agreement) - wajib kekal bersama team asal hingga tamat kontrak...

fikir-fikirkan...#:-S
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register