Menuju Transformasi FAM

Recommended Brokers


j0e

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2009
Messages
428
Reaction score
5
Points
15
Selepas bertukar pimpinan FAM ni, semakin rancak update2 perkembangan semasa FAM.


 
Sponsored Post

j0e

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2009
Messages
428
Reaction score
5
Points
15
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENERIMA KEDATANGAN PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK KOREA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima kunjungan Mr. Chung Mong Gyu, Presiden Bolasepak Korea yang juga pemilik Hyundai Motors pada hari ini, 14hb April 2017. Pertemuan yang turut dihadiri Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu berkisar kepada perbincangan, idea serta bertukar pendapat antara kedua pemimpin tertinggi bola sepak negara bagi meningkatkan lagi mutu bola sepak.
-----
HRH CROWN PRINCE OF JOHOR VISITED BY KOREA FOOTBALL ASSOCIATION PRESIDENT
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and President of the Football Association of Malaysia (FAM), received an official visit from Korea Football Association president Mr. Chung Mong Gyu also owner of Hyundai Motors today on April 14th 2017. The meeting, which was also attended by Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Secretary-General of the Football Association of Malaysia (FAM), focused on discussions and exchanging ideas and opinions between the top leaders of respective national football associations to improve the quality of football.
Demi Bola Sepak Tanah Air



 

j0e

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2009
Messages
428
Reaction score
5
Points
15
MESYUARAT ANTARA AHLI GABUNGAN DAN PASUKAN-PASUKAN BERTANDING AKAN DIADAKAN PADA MINGGU HADAPAN. KEPUTUSAN TERLETAK DI TANGAN ANDA SELAKU AHLI-AHLI GABUNGAN DAN PARA PENYOKONG.
Selepas mendengar pandangan dan menerima perkenan daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya ingin bertanya kepada ahli-ahli gabungan dan para penyokong berkenaan dengan skuad kebangsaan Bawah-23 tahun untuk pertandingan Sea Games dan kelayakan AFC yang akan datang. Memandangkan pertandingan ini bukan di dalam kalendar FIFA, maka setiap pasukan adalah berhak untuk tidak melepaskan pemain-pemain mereka untuk kejohanan tersebut. Tetapi, jika kesemua pasukan tidak mahu melepaskan pemain yang terpilih untuk menyertai kejohanan ini, janganlah nanti ada yang menuding jari kerana pasukan kebangsaan B-23 tidak mencapai keputusan yang positif dalam kejohanan tersebut. Jika mahukan keputusan yang positif, semua pihak perlu melepaskan pemain-pemain yang telah dipiih. Jadi keputusan adalah terletak di tangan anda selaku ahli-ahli gabungan dan para penyokong.
Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)



 

j0e

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2009
Messages
428
Reaction score
5
Points
15
PASTIKAN TIADA LAGI TUNGGAKAN GAJI PEMAIN SELEPAS FAM MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA SETIAP PASUKAN
Perkara yang menjadi keutamaan saya selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah melangsaikan hutang persatuan kepada pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia. Sebagaimana sepatutnya iaitu baki RM500,000 kepada pasukan Liga Super dan baki RM250,000 kepada pasukan Liga Premier, sebanyak RM9 juta telah pun dibayar oleh FAM kepada 24 pasukan tersebut semalam meskipun FAM sendiri berhadapan masalah kewangan. Ia sekali gus telah melengkapkan wang insentif tahunan untuk diterima setiap pasukan bagi tahun 2017 ini iaitu sebanyak RM1 juta bagi pasukan Liga Super dan RM500,000 bagi pasukan Liga Premier dengan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM18 juta.
Dengan ini, saya menyarankan agar wang yang dibayar berkenaan digunakan sebaik mungkin oleh setiap pasukan bagi melancarkan operasi. Saya percaya, terdapat beberapa pemain pasukan yang masih menanti tunggakan gaji mereka dan saya berharap pihak yang berkenaan melangsaikan hutang tersebut dengan segera atau dikenakan tindakan seterusnya. Saya tidak mahu mendengar alasan pasukan tidak membayar gaji pemain kerana FAM masih berhutang dengan mereka. Oleh yang demikian, sekiranya selepas ini masih terdapat pasukan yang gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain, tindakan lebih drastik akan dikenakan.
Salam Jumaat.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)


 

j0e

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2009
Messages
428
Reaction score
5
Points
15
Sebelum ni.. nak tunggu update perkembangan FAM berjanggut lah.. skrang kalau dlm official page FAM tu sehari 3-4 kali update.. moga FAM akan berjaya mencorakkan kembali dan mengembalikan kegemilangan Bolasepak Negara kita..
 

j0e

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2009
Messages
428
Reaction score
5
Points
15
ISU KESELAMATAN PENONTON MENJADI TANGGUNGJAWAB PASUKAN MASING-MASING


Terdapat satu laporan akhbar baru-baru ini yang menyatakan sebuah Persatuan tidak menyalahkan penonton berhubung kekecohan yang berlaku di luar stadium akibat tidak berpuashati dengan keputusan pengadil perlawanan.

Football Malaysia LLP (FMLLP) melahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan yang dikeluarkan ini kerana seolah-olah tidak mengutamakan keselamatan penonton di dalam dan luar stadium.
Adalah diingatkan mengikut Perkara 5.8.2 (a) (vi) Organisasi Teknikal Pertandingan, Manual Liga Malaysia (mukasurat xx), keselamatan adalah menjadi dan tertanggungjawab kepada penonton atau penyokong Pasukan Tuan Rumah (PTR) melanggar peraturan FMLLP, maka PTR akan dipertanggungjawabkan. Begitulah juga jika penonton atau penyokong Pasukan Pelawat (PL) yang melanggar peraturan, maka PL mestilah bertanggungjawab. Oleh itu keselamatan bermula dengan tanggungjawab penonton atau penyokong.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman adalah membawa objek merbahaya, bahan letupan dan bom asap ke dalam stadium, membaling objek ke dalam padang, rusuhan di dalam dan luar stadium serta apa jua yang menyalahi Undang-Undang Malaysia dan Peraturan FMLLP.

Jika perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, maka pasukan yang penontonnya melakukan insiden-insiden tersebut akan dipertanggungjawabkan dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mengikut Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepertimana termaktub dalam Perkara 40.1 Peraturan Pertandingan dan Perkara 5.25.2 (c) Organisasi Teknikal Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017.

Oleh yang demikian, FMLLP menyeru kepada semua pasukan untuk mengutamakan hal keselamatan, tidak membuat kenyataan yang mengapi-apikan keadaan di akhbar dan menasihatkan penonton atau penyokong supaya mematuhi peraturan sediada melalui saluran rasmi masing-masing.

Penyokong juga haruslah bertindak secara rasional, bukan emosional dan sebarang bantahan mengenai perlawanan hendaklah diajukan oleh Persatuan melalui saluran yang betul.

 

rumahemas4u

Super Active Member
Joined
Jan 21, 2009
Messages
6,227
Reaction score
43
Points
70
Siapa Chung Mong Gyu Dan 3 Perkara Yang Malaysia Boleh Belajar Dari Beliau?


Menurut laman sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Presiden FAM, Tunku Ismail telah menerima kunjungan dari Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), Chung Mong Gyu, semalam, dan membincangkan pelbagai idea dan bertukar pendapat untuk menaikkan mutu bola sepak.

Siapa Chung Mong Gyu? Biodata.

Dilahirkan pada 14 Januari 1962, beliau merupakan graduan pengurusan perniagaan dari Korea Universiti dan lepasan Universiti Oxford dalam bidang ‘Master of Philisophy, Politics and Economics (PPE)’.

Anak saudara kepada pengasas Hyundai, Chung Ju-Yung, ini merupakan Pengerusi Hyundai Development Company yang menjalankan perniagaan dalam pelbagai cabang perniagaan seperti pembinaan, petro-kimia, retail, hartanah dan pengurusan kewangan, kesihatan, pelancongan, muzik, sukan dan kewangan.


Chung Mong Gyu juga adalah presiden KFA yang ke 52 sejak ditubuhkan pada 1928.

Beliau terlebih dahulu dipilih sebagai presiden Korean Professional Football League (K League) yang ke 9 pada 2011 dan diantara pencapaian yang terbesar beliau adalah menghapuskan aktiviti rasuah dan mengatur keputusan perlawanan dengan berkesan.

Diperingkat kelab pula, Chung Mong Gyu, telah banyak memberikan sokongan untuk membangunkan bola sepak Korea Selatan melalui pemilikan beberapa kelab utama dalam K League. Beliau adalah pemilik Ulsan Hyundai ( Januari 1994- Disember 1996), Jeonbuk Hyundai (Januari 1997 – Mac 1999 ) dan terkini Busan IPARK FC dari Januari 2000 hingga sekarang.

Selain itu, Chung Mong Gyu juga memegang beberapa jawatan diperingkat Asian Football Confederation (AFC) dan East Asian Football Federation (EAFF), seperti Timbalan Presiden AFC, Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, Timbalan Presiden EAFF, dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil AFC. Chung Mong Gyu juga adalah ahli dalam Jawatankuasa Pengajuran Piala Dunia FIFA.

3 Perkara Yang Kami Lihat Akan Berlaku Dalam Liga Malaysia

1) Penajaan Liga

Berdasarkan kapasiti beliau sebagai salah seorang tertinggi dalam syarikat gergasi Hyundai, tidak mustahil syarikat itu akan muncul sebagai penaja utama Liga Super Malaysia seperti yang berlaku kepada Liga Australia yang dikenali sebagai Hyundai A League.

Tiada sebarang kepastian dalam perkara ini, tetapi potensi untuk berlaku itu wujud atas faktor perniagaan Hyundai di Malaysia.


2) Mutu Pengadilan Liga

Sejak beberapa hari lalu, kita banyak mendengar rungutan dan ‘komplen’ berkenaan mutu pengadilan dalam Liga Malaysia. Chung Mong Gyu, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pengadil AFC, dan sudah tentu perkara ini akan dibawa secara serius oleh TMJ kepada Chung Mong Gyu.

Kami berpendapat, akan ada satu seminar pengadil yang akan dibuat tidak lama lagi seperti apa yang berlaku kepada pengadil dalam Liga Indonesia, dimana 50 pengadil menerima kursus ‘refresher’ daripada AFC.



3) Rasuah & Mengatur Keputusan Perlawanan

Isu ini juga adalah diantara perkara yang pasti dibincangkan. Dengan pengalaman Chung Mong Gyu menangani aktiviti rasuah dan mnegatur perlawanan dalam K League, ia pastinya akan cuba dipelajari oleh TMJ untuk menghapuskan aktiviti ini dalam Liga Malaysia.

Ia adalah suatu perkara yang sukar, tetapi tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana akan memusnahkan liga bola sepak seluruhnya.

Kunjungan ini mungkin akan memberikan FAM ‘input’ berguna untuk membuat perancangan seterusnya yang bersesuaian dengan Liga Malaysia.

Sumber: football tribe
 

Supreme

Super Active Member
Joined
May 26, 2012
Messages
5,636
Reaction score
149
Points
73
Good job.. teruskn update..
 

j0e

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2009
Messages
428
Reaction score
5
Points
15
PARA PENGADIL HARUS MENJALANKAN TUGAS MEREKA DENGAN PENUH AMANAH DAN BERINTEGRITI. SAYA JUGA ADA SEDIKIT PESANAN BUAT PENYOKONG DAN PIHAK MEDIA. (BACA BETUL-BETUL)

Saya mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Jawatankuasa Integriti dan Persatuan Pengadil yang menyiasat berkenaan pengadil dan sistem pengadilan yang lemah serta mencurigakan dalam beberapa perlawanan sebelum ini untuk menyelesaikannya dengan segera. Saya mahu siasatan terperinci dilakukan sepenuhnya dan keputusannya perlu diambil minggu ini. Jika jelas individu terbabit gagal mengadili perlawanan dengan baik, hukuman akan dikenakan dan pengadil tersebut harus direhatkan. Saya juga ingin memaklumkan jika perkara ini didapati sabit kesalahan kerana unsur rasuah, pengadil tersebut harus digantung seumur hidup. Saya juga telah memberi semua nama dan butiran pengadil bersama semua ahli yang bertugas di dalam FAM kepada SPRM supaya pihak berkuasa boleh memantau dan memastikan tiada korupsi di dalam FAM. FAM perlu memastikan sesiapa yang terlibat dengan bola sepak di Malaysia perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti.

Dan kepada penyokong-penyokong yang mahu timbulkan isu seolah-olah saya cuba membantu JDT pula. Ingatlah bahawa JDT telah memenangi piala sebelum saya menjadi Presiden. Kalau ada pihak yang membangkitkan isu berkenaan keputusan pengadil, pihak FAM akan menayangkan video dan penyokong boleh menilainya sendiri. Jikalau penyokong masih rasa kurang senang dengan saya sebagai Presiden FAM, anda boleh menyeru ahli gabungan masing-masing untuk mengadakan Majlis Kongres dan melantik Presiden baru. Ia bukan satu masalah yang besar. Saya menjadi Presiden untuk membantu pasukan kebangsaan, meningkatkan mutu liga tempatan, memastikan bola tidak digunakan untuk agenda politik dan memusnahkan korupsi dalam bola sepak. Tetapi jika penyokong bola sepak tanah air merasakan saya bukan individu yang sesuai sebagai Presiden, anda boleh cari presiden baru. "No problem".

Cuma saya ingin bertanya sedikit, Perak mendapat penalti disaat akhir perlawanan ketika menentang T-Team, adakah silap saya? JDT dapat penalti, adakah salah saya? Sebab saya Presiden dan saya orang Johor? Selangor mendapat penalti ketika menentang Pahang, adakah salah saya juga? Kedah menerima kad merah sebab pemain mereka menumbuk kepala pemain T-Team, adakah salah saya? Lirindon cedera, adakah salah saya? Beberapa tahun yang lepas, ada pasukan sedang meraikan jaringan gol dan pihak lawan memulakan terus perlawanan lantas menjaringkan gol, adakah ia salah saya juga?

Isu berkenaan pengadil ini, saya sudah melaluinya dan merasa peritnya bermula sejak saya tubuhkan JDT lagi. Di perlawanan akhir Piala FA, PKNS mendapat penalti kurang dari 5 minit selepas perlawanan bermula, saya telah melaluinya. Ketika kami kalah dengan Kelantan 1-4, pengadil memberikan Kelantan penalti kurang dari 3 minit selepas perlawanan bermula juga saya sudah melaluinya. Saya dan kelab-kelab lain sudah melalui perkara ini bertahun lamanya. Jadi janganlah timbulkan cerita seolah-olah perkara ini anda baru melaluinya.

FAM pada hari ini telah memberi lebih kelebihan kepada penyokong dan pantas bertindak balas. Saya telah memastikan FAM membayar hutang kepada semua pasukan bertanding tapi tiada orang yang ambil peduli. Saya berusaha untuk memastikan pasukan bertanding dan pasukan kebangsaan ada duit tapi tiada orang yang peduli. Saya mengadakan mesyuarat exco di setiap negeri dan mengadakan sesi dengan penyokong yang tidak pernah di lakukan di dalam negara sebelum ini pun tiada orang yang peduli. Bekerjasama dengan pihak SPRM untuk menghapuskan rasuah dalam bola sepak pun tiada orang peduli. Mengapa? Ia mudah sahaja. Kerana majoriti penyokong lebih mementingkan perasaan sendiri daripada bola sepak tanah air. Bola sepak adalah milik rakyat. Beritahu saya apa yang anda inginkan. Dan itulah yang kami akan lakukan demi bola sepak Malaysia. Tapi jangan pula meminta benda-benda merepek.

Oh ya sebelum saya terlupa. Kepada 'Sesetengah' pihak media yang saya hormati sekalian dimana suka menulis perkara negatif, gemar memutarbelitkan kenyataan saya, pihak media yang mempunyai hubungan rapat dengan Tan Sri dan menteri-menteri penuh 'integriti'. Saya janji saya akan cuba menjaga anda semua sama seperti bagaimana orang politik menjaga anda selama ini. Bagi duit sedikit, bercuti di luar negara, memberi tiket menyaksikan Piala Dunia, memberi barang-barang percuma dan belanja makan. Cuma satu sahaja yang saya tidak boleh berikan dan dari awal lagi saya ingin mengesahkannya iaitu saya tidak boleh beri awak gelaran Dato'. Itu sahaja.

Majulah sukan untuk negara.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 
Sponsored Post
Top
Log in Register