BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menuju Alam Pernikahan

Muhasabah penyelesaian terbaik selamatkan rumah tangga

jodoh.jpg


Kehidupan berumah tangga banyak dugaan. Tidak sefahaman, sikap angkuh pasangan, campur tangan keluarga, penyakit, kewangan dan gagal menjalankan tanggungjawab menjadi antara puncanya.

Islam menyarankan permasalahan rumah tangga diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Jangan mengambil jalan singkat yang boleh menghancurkan kebahagiaan yang dikecapi melalui perkahwinan. Jika ada persengketaan antara suami isteri, perlu diadakan muhasabah untuk mencari punca krisis berlaku. Dalam hal ini keikhlasan suami isteri amat penting. Jangan mudah menyalahkan pasangan sebagai penyebabnya. Sikap membuat kesimpulan sebelum perbincangan hanya akan menambah lagi kekusutan.

Keadilan hanya akan wujud jika perbincangan dilakukan dengan berlapang dada. Ketika suami atau isteri menjelaskan apa yang berlaku, ia mesti didengar dan diperhalusi tanpa prejudis. Dengan cara itu kebenaran lebih mudah ditemui dan keputusan dapat dibuat dengan adil. Dalam usaha merungkai masalah yang timbul, bercakap benar amat penting. Antara suami isteri seharusnya tiada rahsia kecuali jika dikhuatiri berterus terang dalam hal tertentu akan mendatangkan keburukan, maka harus ia dirahsiakan.

Bercakap benar perlu diamalkan sepanjang masa. Pembohongan antara satu sama lain akan menghancurkan rumah tangga dibina. Jika berbohong, lambat laun ia akan terbongkar juga. Keadaan ini menyebabkan suami atau isteri tidak lagi mempercayai apa dicakapkan biarpun perkara yang benar. Bercakap benar akan membina ikatan saling mempercayai dan seterusnya mengelak rasa curiga. Jika difikirkan sukar diadakan perbincangan ketika suami dan isteri sudah ‘panas’ dan buntu fikiran, maka Islam menyuruh kedua-dua menghantar wakil untuk berbincang. Pendekatan itu diharapkan dapat mencari jalan penyelesaian.

Perkataan talak atau cerai yang dilafazkan oleh suami sah biarpun dilakukan ketika marah, bergurau, ugutan dan seumpamanya. Talak berlaku bukan saja melalui ucapan, malah juga dalam bentuk tulisan, termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Justeru, soal talak tidak boleh dipandang mudah. Betapa payahnya hendak melangsungkan perkahwinan yang terpaksa melalui beberapa proses, begitu juga sepatutnya sebelum berlaku talak.

Isteri jangan mencabar suami menjatuhkan talak apabila berlaku perkara yang tidak disenangi. Suami pula perlu berhati-hati dan bersabar daripada mengucapkan perkataan talak atau perkataan yang boleh menyebabkan talak. Islam membenarkan talak bukan bermakna ia satu perkara yang ‘mudah’ dilakukan. Talak adalah jalan terakhir dalam penyelesaian masalah rumah tangga. Selagi ada peluang untuk kembali aman, maka wajib dilakukan usaha ke arah itu.

Firman Allah bermaksud:
“Tidak ada sesuatu dosa atas kamu jika kamu menceraikan isteri kamu.”(Surah al-Baqarah, ayat 236).
Ayat itu jelas mengenai harus bagi suami menceraikan isterinya atas sebab tertentu.

Sesungguhnya, kebenaran suami talak isteri bukan bermakna ia boleh dipermudahkan dan dipermainkan. Kamus rumah tangga tidak sepatutnya menyimpan perkataan talak. Talak ertinya berlawanan dengan akad nikah. Jika perkahwinan itu dituntut, maka talak pula perlu dihindarkan. Peristiwa talak mengundang kebencian Rasulullah SAW dan Allah. Suami tidak boleh bertindak atau memperlakukan sesuka hati terhadap isteri. Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan terbaik daripada suami. Isteri bukannya hamba memuaskan nafsu suami semata-mata. Institusi perkahwinan adalah pelindung bagi wanita daripada perbuatan jahat lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Kebahagiaan yang diharapkan pada permulaan perkahwinan perlu diteruskan sepanjang masa. Semakin lama usia perkahwinan, sepatutnya semakin erat kasih sayang dan mendewasakan mereka dalam menghadapi cabaran hidup.
 
30747_121702264524710_100000548123210_206647_2935527_n.jpg


TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat 5 tujuan iaitu :

1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:

i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

TUJUAN DAN GALAKAN BERKAHWIN

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Rum ayat 21:
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.

Di dalam firman Allah s.w.t. di atas jelas dan nyata sekali akan tujuan sebuah perkahwinan iaitu:

Membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai.

Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap kesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan sama-sama dikecapi.

Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.

Tiga pengajaran utama dari ayat di atas yang digariskan oleh Syeikh Muhamad Ali Qutb melalui bukunya, Tuhfatul Aris wal Arus ialah :

- Pengajaran pertama:

Ketenteraman jiwa dari belenggu kemahuan nafsu dalam kehidupan suami isteri merupakan perkara yang asasi. Ketenteraman yang dimaksudkan di dalam ayat di atas terlalu luas pengertiannya, bukan hanya sekadar ketenteraman nafsu syahwat sahaja. Bahkan merupakan suatu kelegaan dan keselesaan dari keresahan, kegelisahan, kesunyian dan kekosongan. Atau dengan makna yang lebih tepat ialah ketenteraman rohani dan ketenangan batin.

Antara bukti yang nyata sekali ialah zuriat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. terhadap pasangan suami isteri. Ianya banyak mengisi kekosongan ruang yang sedia ada dalam jiwa pasangan ini. Malahan setiap manusia akan merasa kesunyian dan keresahan tanpa zuriat. Dengan mengendalikan perkara pertama ini dengan berpayungkan al-Quran dan al-Sunah, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga akan sentiasa berada di samping mereka. Sebaliknya, melakukan zina samada dengan perempuan simpanan atau pelacur tidak ke mana arah tujunya. Hanya sekadar mahu mendapat sedikit dari kelazatan hidup.

- Pengajaran kedua:

Rasa cinta yang berbalas. Iaitu yang lahir dari perlakuan antara satu sama lain, dan lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu membantu antara suami isteri dan antara keluarganya masing-masing. Dengan semangat kerjasama antara suami dan isteri, begitu juga antara ibubapa dan anak-anak, di mana kesusahan mereka pikul bersama untuk menanggungnya, manakala mendapat kebahagiaan mereka sama-sama mengecapinya, maka darinya akan lahirlah apa yang dinamakan dengan cinta berbalas.

- Pengajaran ketiga:

Rasa kasih sayang, di mana kehidupan manusia akan dirasakan terlalu pincang tanpa perasaan ini. Kasih sayang sebagai ibu, ayah, suami, isteri dan anak.

MASALAH PEREMPUAN LAMBAT KAHWIN

Masalah kahwin lambat kahwin yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan. Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 - 19 tahun lebih kurang 97 peratus, dan ianya menurun 6 peratus sahaja pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih .

Jika sebelum merdeka, purata perkahwinan ialah pada sekitar usia 17 tahun, tetapi di luar bandar sekitar 15 - 16 tahun. Sekarang purata perkahwinan adalah pada umur 20 tahun. Dari itu, pada keseluruhannya penduduk Malaysia masih berkahwin pada usia muda. Contohnya, pada tahun 1988, umur perkahwinan pertama bagi wanita Melayu 19 tahun, Cina 22 tahun dan India 20 tahun.

Dahulu seorang gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini sudah tidak begitu lagi, kerana pada usia tersebut masih ramai yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi, dan akan berlanjutan sehingga usia 24 atau 25 tahun. Itupun kalau tidak meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Mereka akan bekerja dengan sektor awam atau swasta atau istirahat sementara mendapatkan pekerjaan. Mungkan pada usia 30 tahun ke atas bolehlah dikatakan lewat terutama bagi wanita kerana ada faktor lain yang perlu diambil kira, yang berkait rapat dengan usia, seperti jangka hayat kesuburan yang berkait rapat pula dengan masalah kesihatan ketika hamil dan melahirkan anak dan sebagainya.

Faktor yang menyebabkan wanita lambat berkahwin ialah :

1.Perubahan nilai sosial.
2. Alasan ekonomi memaksa perubahan umur berkahwin.
3. Akibat perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita, seperti melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.
4. Sukar mendapat pasangan yang sesuai dan idaman hati.
5. Masalah peribadi.

Antara kesan negatif ialah:

1. Wanita yang berkahwin lambat akan melambatkan kelahiran anak pertama, tempoh subur dan selamat untuk mengandung dan melahirkan anak lebih pendek (15 - 49) tahun. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama menghadapi komplikasi yang lebih tinggi semasa mengandung dan bersalin.
2. Majoriti masyarakat memandang serong dan kurang menyenangkan.
3. Membuang masa dan kurang produktiviti (zuriat dan ibadat)
4. Bercanggah dengan tuntutan agama yang menggalakkan kahwin lebih awal bagi menghindarkan maksiat.

Kebaikan dari berkahwin lambat ialah :

1. Minda lebih matang.
2. Ekonomi stabil.
3. Pengetahuan dan kemahiran lebih sempurna.
4. Lebih bersedia dan berkeyakinan.
 
Panduan Prosedur Perkahwinan Islam di Malaysia Part 1

Oleh: Ahmad Syahrin
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Putrajaya AL Shahir Management


caricature-contoh-itajai.gif


1. Pengenalan

Tahniah kepada anda yang akan berkahwin. Artikel ini ditulis sebagai panduan kepada semua bakal pengantin yang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan sebelum berkahwin.

2. Persediaan Dokumentasi Sebelum berkahwin

Sediakan satu folder untuk anda menyimpan dokumen peribadi anda. Sebaiknya sediakan dokumen dibawah:
Salinan Kad Pengenalan (min 10)
Salinan Surat Beranak (min 3)
Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
Salinan Kad Pengenalan wali(min 5)
Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport (min 5)
Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan (min 5)
Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/ nikah bawah umur dan lain-lain.
Kebenaran kedutaan jika warga asing.
Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
Surat Pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)
Surat cerai, jika pernah berkahwin.

3. Kursus Pra Perkahwinan

Kursus Pra perkahwinan ialah kursus penyediaan bagi bakal-bakal pengantin. Kursus ini WAJIB diambil bagi bakal pengantin. Kursus Pra perkahwinan ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Negeri dan juga pihak swasta. Kursus ini mengandungi beberapa modul dan selalunya mengambil masa 12 jam. Bayaran kursus selalunya sebanyak RM 80.00 seorang. Apabila seseorang itu tamat kursus, Sijil Kursus Pra Perkahwinan akan diberikan. Sijil ini tidak mempunyai tamat tempoh dan boleh digunakan di semua Negeri tidak kira dimana ianya diambil.

Para penceramah yang diundang adalah mereka yang bertauliah dan berpengalaman dalam Hukum Islam dan kebanyakannya bekerja di Jabatan Agama Negeri dan JAKIM. Kursus Pra perkahwinan adalah ruang paling sesuai untuk anda mengemukakan segala persoalan mengenai perkahwinan anda. Persoalan tentang wali hakim, anak tidak sah taraf, prosedur perkahwinan akan dijelaskan oleh para penceramah anda. Untuk mendapatkan maklumat Pusat kursus, semak surat khabar dan internet. Sila Hubungi Pusat kursus untuk mendapat maklumat lanjut tentang kursus.
 
Last edited:
Panduan Prosedur Perkahwinan Islam di Malaysia Part 2

Oleh: Ahmad Syahrin
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Putrajaya AL Shahir Management


4. Wali bagi pihak perempuan

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti berikut :-

1. Bapa Kandung
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim

Bagi Wali Hakim, sila Hubungi Pejabat Jabatan Agama Negeri. Isi Permohonan Wali / Wali Waqalah. Anda akan dihubungi Pihak Jabatan Agama dan bergantung pada keadaan, anda mungkin dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah.

5. Jenis-jenis pernikahan yang memerlukan Perintah Mahkamah Syariah

1. Pernikahan poligami
2. Pernikahan dibawah umur
3. Pernikahan janda berhias (yang masih dalam iddah)
4. Pernikahan muallaf tanpa wali
5. Pernikahan anak tidak sah taraf
6. Pernikahan anak angkat (wali tidak diketahui)
7. Pernikahan perempuan yang tiada wali (sebab nasab/keturunan dan tiada yang layak menjadi wali mengikut hukum syarak)
8. Pernikahan bagi perempuan yang walinya ghaib (tidak diketahui sama ada masih hidup atau sudah mati)
9. Pernikahan mana-mana perempuan yang mana terbukti walinya diketahui tempat tinggalnya berada (melebihi 2 marhalah) tetapi sangat sukar untuk dihubungi oleh mana-mana alat komunikasi dan bertulis)
10. Pernikahan atas sebab ‘Wali enggan untuk menjadi wali’.

Proses mahkamah mengambil masa satu minggu sehingga tiga bulan bergantung kepada kes. Pihak Pejabat Agama akan sentiasa membantu anda dan selalunya peguam tidak perlu dilantik.

6. Ujian HIV

Semua Jabatan Agama Negeri telah mewajibkan bakal pengantin untuk menjalani Ujian Kesihatan HIV. Ujian mestilah dilakukan di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Kerajaan. Ujian di hospital dan klinik swasta TIDAK diterima. Borang ujian boleh didapati di Pejabat Agama Negeri. Keputusan ujian adalah SULIT. Sampul surat ujian hanya boleh dibuka oleh Jabatan Agama Negeri sahaja.

Bagi individu yang keputusanya HIV POSITIF, nasihat dan kaunseling akan diberikan.
 
Panduan Prosedur Perkahwinan Islam di Malaysia Part 3

Oleh: Ahmad Syahrin
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Putrajaya AL Shahir Management


7. Permohonan kebenaran berkahwin

Perhatian: Peraturan-peraturan berkahwin adalah berbeza di antara Jabatan Agama Negeri berlainan. Pastikan anda menyemak dahulu dengan Jabatan Agama berdekatan. Panduan di bawah ini sebagai rujukan anda sahaja.

Terdapat banyak jenis Permohonan kebenaran berkahwin. Pastikan diri anda dalam kategori yang betul. Jenis Permohonan seperti berikut.

a) Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala Lumpur)

b) Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri Sembilan)

c) Kategori 3: Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)

d) Kategori 4: Berkahwin dengan warga asing.

Nota: Dapatkan taraf ‘Pemastautin’ jika alamat di Kad Pengenalan anda berbeza dengan alamat anda sekarang. Dapatkan surat pengesahan dari majikan atau gunakan bil telefon/air/elektrik yang mengandungi nama, alamat anda. Sangat berguna bagi mereka yang tinggal dan bekerja diluar negeri asal.

Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala Lumpur)

1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Pihak perempuan akan mengisi borang.
6. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
7. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
8. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
9. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
10. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.
 
Panduan Prosedur Perkahwinan Islam di Malaysia Part 4

Oleh: Ahmad Syahrin
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Putrajaya AL Shahir Management


Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri Sembilan)

1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
7. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
10. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
11. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.

Kategori 3: Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)


1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
7. Kenal pasti wali pihak perempuan dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
10. Hantarkan borang Permohonan perempuan ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
11. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan,
Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
12. Isi borang di Pejabat Agama Negeri di mana majlis pernikahan akan dilangsungkan dan lampirkan Kebenaran Nikah Luar Negeri lelaki dan perempuan. Mohon Kebenaran perkahwinan.
13. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.
 
Last edited:
Panduan Prosedur Perkahwinan Islam di Malaysia Part 5

Oleh: Ahmad Syahrin
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Putrajaya AL Shahir Management


Kategori 4: Berkahwin dengan warga asing.

1. Sila Hubungi kedutaan pihak berkaitan untuk maklumat lanjut dan kebenaran yang diperlukan
2. Hubungi juga pihak imigresen untuk maklumat lanjut dan kebenaran yang diperlukan
3. Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah di mana wanita tersebut bermastautin.
4. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);
Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon;
Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia;
Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian
pasangan sebelumnya);
Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);
Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir); dan
Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.

Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah.

Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah (status PR = Penduduk Tetap / Permanent Resident), dokumen yang lain harus disertakan. Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah (status PR = Penduduk Tetap / Permanent Resident) dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.

Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.

Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan. Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya. Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut.

Nota: Dapatkan taraf ‘Pemastautin’ jika alamat di Kad Pengenalan anda berbeza dengan alamat anda sekarang. Dapatkan surat pengesahan dari majikan atau gunakan bil telefon/air/elektrik yang mengandungi nama, alamat anda. Sangat berguna bagi mereka yang tinggal dan bekerja diluar negeri asal.

PENTING!: Jangan berlengah-lengah untuk membuat Permohonan berkahwin. Isikan borang dan dokumen lampiran 6-3 bulan sebelum hari pernikahan. Masa yang sesuai untuk membuat Permohonan di Pejabat Agama adalah 3 bulan sebelum hari pernikahan.
 
Last edited:
Panduan Prosedur Perkahwinan Islam di Malaysia Part 6

Oleh: Ahmad Syahrin
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Putrajaya AL Shahir Management


8. Pendaftaran perkahwinan

Selepas tamat majlis pernikahan anda, anda perlu mendaftarkan perkahwinan anda di Pejabat Agama Negeri dimana dilangsungkan. Perkahwinan perlu didaftarkan dalam masa 7 hari.

Bagi perkahwinan yang dilangsungkan diluar negara/negeri, hendaklah didaftarkan sebaiksahaja pulang ke tanah air. Dalam tempoh 6 bulan selepas berkahwin.

PENTING!: Perkahwinan anda WAJIB didaftarkan mengikut undang-undang. Ini bagi menjaga kebajikan anda dan zuriat anda. Denda dan penjara boleh dikenakan jika melanggar undang-undang.

Bayaran pendaftaran perkahwinan berbeza mengikut negeri. Sijil perkahwinan dan kad akuan nikah akan diberikan. Simpan sijil nikah anda di tempat selamat dan bawa kad akuan nikah anda ke mana sahaja anda berada bersama pasangan anda.

9. Senarai nama dan alamat Ketua Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia

Negeri Sembilan
Tuan Selamat bin Paigo,PJK
Pemangku Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan.
Jalan Dato' Hamzah
70000 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7622692/ 7622775
Faks : 06-7631395

Sabah
En Amri Aliaman bin Suratman
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah
Tingkat 3,9,10 Blok A,Wisma MUIS
Jalan Sembulan, Peti Surat 11666
88818 Kota Kinabalu
Sabah.
Tel : 088- 262073
Faks : 088- 239415

Terengganu
Y.Bhg. Dato' Hj Shaikh Harun b. Shaikh Ismail
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam ,Kompleks Sri Iman
20676 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman.
Tel : 09 - 6252525
Faks : 09 - 6235185

Kedah
Y. Bhg Dato' Syeikh Uzir b. Haji Baharom,
DSDK,AMK,AMN,BCK
Yang Dipertua
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Bangunan Wan Mat Saman Jalan Raja
05676 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel : 04- 7333288
Faks : 04- 7338333

Johor
Y.Bhg. Dato' Hj. Mohd Zalil Bin Baroh, D.P.M.J,
P.I.S
Pengarah
Jabatan Agama Islam Johor
Kompleks Islam Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bharu
Johor Darul Takzim
Tel : 07- 2282900
Faks : 07- 2239062

Pahang
Pengarah
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang
Jalan Masjid
26600 Pekan
Pahang.
Tel : 09- 4211111
Faks : 09- 4221781

Perak
Y.Bhg Dato'Haji Jamri b. Hj. Sury
Pengarah
Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05- 2558148
Faks : 05- 2555512

Kuala Lumpur
Y.Bhg Dato' Haji Che Mat b. Che Ali
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kompleks Pusat Islam Malaysia
Jalan Perdana
50519 Kuala Lumpur,
Tel : 03- 22749333
Faks : 03- 22732904

Pulau Pinang
Tuan Haji Sazali b. Haji Hussein
Pengarah
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
Lebuh Pantai
10300 Pulau Pinang.
Tel : 04- 2502801
Faks : 04- 2502810

Selangor
Y.Bhg Dato' Haji Mohammed Khusrin b. Haji
Munawi
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
Ting.1,Bangunan Sultan Idris Shah
No.2,Persiaran Masjid Bukit SUK Seksyen 5,
40676 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03- 55143411
Faks : 03- 55103368

Kelantan
Tn Hj. Aba Aziz bin Abd Rahman
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra
15150 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim.
Tel : 09- 7443633
Faks : 09- 7446685

Melaka
En.Jaafar Bin Abu
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Melaka
Tingkat 6, Bangunan Graha Maju
75300 Jalan Graha Maju
Melaka.
Tel : 06- 2848970/ 2836867
Faks : 06- 2834022

Sarawak
Y. Bhg Datu Misnu b. Hj. Taha
Pengarah
Jabatan Agama Islam Sarawak
Ting 4 & 5, Bangunan Mahkamah Syariah
Jalan Satok
93676 Kuching
Sarawak.
Tel : 082- 245050/ 429811
Faks : 082- 258145

Perlis
Tn Hj Abdul Malik bin Hussin
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Menara Kemajuan
01000 Kangar
Perlis
Tel : 04- 9794401
Faks : 04- 9761344

Labuan
Tn.Hj. Ambok Chening b. Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Labuan (Cawangan Labuan)
Peti Surat 82197
87029 Labuan.
Tel : 087- 423587/ 415311
Faks : 087- 417595

Sumber:
http://www.alshahir.com.my/
 
Last edited:
Sekadar selingan, kira belum hadir cinta di hati tatkala bersama pasangan (suami/isteri), beristikharahlah .....

Istikharah Cinta

- Kumpulan Nasyid: Sigma (Asal Dumai - Riau, Indonesia)



Lirik:

Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..
 
As-salam

Semasa permulaan taaruf sebaiknya kita tambah ilmu di dada menerusi pembacaan. Memang tertarik juga membaca buku ini, sebagai menambah ilmu mukaddimah sesuatu perhubungan & tanggungjawab suami isteri / ibu bapa.

Scan0018.jpg


Scan0019.jpg


Saya amat menggalakkan saudara saudari yang akan / sudah bertaaruf serta bakal pasangan pengantin atau pengantin baru untuk mendapatkan buku ini.

Wallahualam
 
Back
Top
Log in Register