BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menuju Alam Pernikahan

Istilah Munakahat

keluarga+bahagia.jpg


Istilah tersebut adalah:

• Akad – Ijab & Kabul

• Fasakh – Melepaskan ikatan perkahwinan bila dituntut oleh pihak isteri kepada pihak kadhi.

• Iddah – Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami.

• Ijab & Kabul – Ijab adalah pernyataan dari salah salah satu pihak yang mengadakan akad untuk menyatakan keinginan untuk berkahwin, manakala Kabul pula ialah jawapan yang diberikan oleh pihak lain yang menunjukkan kerelaan dan persetujuan atas kehendak pihak pertama.

• I’lak – Sumpah seorang suami yang ia tidak mahu melakukan persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih dari 4 bulan atau ia bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh masa.

• Khuluq – Melepaskan ikatan perkahwinan dengan suatu pemberian tertentu daripada pihak isteri kepada suami, juga dipanggil sebagai “tebus talak”.

• Li’an – Sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

• Mahar – Mas kahwin iaitu pemberian kepada isteri dengan sebab nikah sama ada berupa wang atau barang-barang bermanafaat.

• Nafkah – Apa yang wajib atas suami menyempurnakannya untuk keperluan isterinya.

• Nikah – Perjanjian yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.

• Nikah Mahalil – Nikah cina buta. Ia diharamkan dalam islam.

• Nusyuz – Keengganan isteri dari menunaikan kewajipannya terhadap suami.

• Rujuk – Kembali semula kepada ikatan perkahwinan dengan perempuan yang telah diceraikannya di dalam masa idah.

• Ta’liq - Lafaz talak ta’liq (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas aqad nikah dijalankan.
 
Sekadar selingan ... bagi mereka yang dah berniat untuk bernikah. Berbahagialah kalian mendapat rahmat Allah di hari pernikahan ...

Baraka Allahu Lakuma

- Maher Zain



Lirik:

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
 
PETUA-PETUA KAHWIN

taaruf.jpeg


Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

• Sentiasa berdoa agar disayangi.
• Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
• Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
• Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
• Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
• Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
• Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
• Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
• Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
• Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
• Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
• Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
• Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
• Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
• Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
• Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
• Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
• Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
• Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
• Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
• Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
• Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
• Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
• Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
• Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
• Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
• Sentiasa lakukan ibadah bersama.
• Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
• Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
• Urut belakang isteri sekali sekala.
• Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
• Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
• Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
• Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
• Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
• Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
• Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
• Lebihkan isteri daripada anak-anak.
• Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
• Seeloknya masuk tidur serentak.
• Belai isteri sebelum pergi kerja.
• Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
• Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
• Lakukan riadah bersama isteri.
• Pergi berkelah sekali sekala.
• Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala
 
Tip Mengambil Hati Pasangan

a.jpg


Bahtera rumahtanggan memerlukan kerjasama dan toleransi penghuninya. Dalam konteks ini, suami isteri perlu bekerjasama dan saling memahami antara satu dengan lain. Berikut tip bagaimana untuk mengambil hati pasangan masing-masing.

Tips mengambil hati suami

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suamii.
2. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
3. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
5. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.

Tips mengambil hati isteri

1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
 
Tip Mertua-Menantu

ff.jpg


Tips ini adalah mengenai hubungan anda dengan mertua. Macam mana untuk anda menghadapi suasana keluarga baru disebelah pasangan anda. Tengok kat bawah ni saya ada berikan sedikit tip yang berguna untuk kita amalkan.

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua, yang baru kahwin dan juga yang dah lama kahwin.

Tips hubungan dengan mentua-menantu seperti berikut:

1. Cuba bermesra

- Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.

2. Dahulukan keluarga anda

- Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.

3. Usah babitkan anak-anak dalam masalah


- Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.

4. Dapatkan nasihat

- Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.

5. Terima seadanya

- Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.
 
kartun%20kahwin.png


Kahwin dalam bahasa mudahnya bererti nikah. Hukum nikah pada asalnya merupakan suatu sunnah yang berat di mana dalam nas Hadis sebagaimana sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)

Masuk tingkatan 5 kita diajar dalam Pendidikan Agama Islam bahawa hukum nikah terbahagi kepada 5, iaitu:

1.Harus - hukum asal perkahwinan adalah harus

2.Sunat - mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin

3.Wajib - seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat

4.Makruh - mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami

5.Haram - seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini

PERKAHWINAN MENYEMPURNAKAN IMAN

Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud;
“Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.
(Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)

Jadi disini aku ingin berkongsi sedikit mengenai cara hidup Islam dari segi perkahwinan.

PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI

1. Maksud hadith Rasulullah s.a.w;
“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Peringatan daripada Rasulullah s.a.w;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

3. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa."

4. Memilih pasangan daripada keturunan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Perempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan."
(Hadis Riwayat ad-Daruqutni)

5. Memilih pasangan bukan daripada kerabat terdekat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Janganlah menikah dengan kaum kerabat kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik."

6. Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

7. Bagi kaum Adam, Islam menyarankan memilih pasangan yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit."
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
 
544579_421354521213509_100000168939853_1774821_190698915_n.jpg


PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM MENDIRIKAN RUMAHTANGGA

1. Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda;
"sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”.

2. Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda;
"sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”.

3. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

4. Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahalanya.

5. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

6. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

7. Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata;
“Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…”

8. Dua atau tiga hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat tiga kebaikan;

i) dilepaskan dukacita
ii) ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah
iii) mendapat rezeki yang tidak diduga

9. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;

i) Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
ii) Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
iii) Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
iv) Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
v) Selepas memberi salam bacalah
vi) Berdoa

10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.

11. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);

i) Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
ii) Solat Isya’ berjemaah
iii) Berselawat atas Nabi
iv) Tazkirah ringkas
v) Jamuan sekadarnya

12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan);

i) Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
ii) Solat Isya’ berjemaah
iii) Selawat dan Marhaban
iv) Syarahan agama berkaitan rumahtangga

Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.

LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHAYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI

1. Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).

2. Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.

3. Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta”.

4. Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

PERCINTAAN SELEPAS KAHWIN ITULAH YANG PALING DIREDHAI ALLAH

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:

1. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

2. Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

3. Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.

4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.

5. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
 
Sekadar selingan ... percintaan dalam kacamata perkahwinan dalam Islam, teramat indah.

Syair Sang Sufi Cinta

- Karya Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi, Pujangga Sufi

Terjemahan oleh Habiburrahman El Shirazi, Novelis Islami Indonesia

Petikan filem "Ketika Cinta Bertasbih 1" dibaca oleh watak2 Ayyatul Husna & Anna AlthaFunnisa dalam "Ketika Cinta Bertasbih"




Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta ....

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri ....

Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang ....
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya ....

Kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta ....

Dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur ....
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan ....
 
Back
Top
Log in Register