qba437
CG Top Poster Club

- Messages
- 32,538
- Joined
- Oct 20, 2008
- Messages
- 32,538
- Reaction score
- 92
- Points
- 120
Adakah anda mengenali siapa itu Mat Kilau? Apakah sumbangan Mat Kilau kepada tanahair kita? Saya rasa, ramai di antara kita yang mungkin sudah terlupa tentang kehebatan pahlawan Pahang yang bergelar Mat Kilau ini. Maka, adalah amat wajar jika saya meletakkan satu artikel/post di PakarHowTo.Com ini menceritakan tentang pahlawan Pahang yang sangat berjasa ini. Di dalam artikel ini juga akan didedahkan rahsia mentera dan amalan yang diamalkan oleh Mat Kilau semasa hidupnya. Jadi, teruskanlah bacaan anda untuk mendapatkan ‘pusaka amalan’ Mat Kilau ini. Selamat membaca!
Dalam tahun 1895 Hugh Clifford yang menjadi Residen British di Negeri Pahang telah sampai ke Kuala Terengganu dengan satu angkatan tentera yang mengandungi beratus-ratus orang askar yang lengkap bersenjata untuk mencari dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang telah lari menyembunyikan diri ke Ulu Terengganu kerana menentang pihak British yang telah masuk campur dalam pemerintahan negeri Pahang.
Di antara pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Datuk Bahaman, Tok Gajah (Katib Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Nong dan Teh Ibrahim.
Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut Pahang di dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Anak kepada Imam Perang Rasu @Tok Gajah @ Katib Rasu dan ibunya bernama Mahda anak kepada Tok Kaut di Burau.
Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Ilmu kepahlawanannya dipelajari
daripada ayahandanya dan beberapa orang guru yang lain. Beliau juga pernah berguru kepada seorang wali Allah iaitu Tukku Paloh seorang ulama terbilang di Terengganu.
Sebagai seorang pahlawan Melayu dan pejuang , Mat Kilau banyak mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, isim dan silat untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh.
Mat Kilau merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang, pantang menyerah kalah walau nyawa menjadi galang ganti.
Oleh kerana dianggap sebagai penderhaka oleh penjajah British, Mat Kilau terpaksa bersembunyi dan berpindah randah sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan dengan memakai nama samaran iaitu Mat Siam.