BTC USD 85,854.3 Gold USD 4,346.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mentera dan Amalan

qba437

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,538
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,538
Reaction score
92
Points
120
Adakah anda mengenali siapa itu Mat Kilau? Apakah sumbangan Mat Kilau kepada tanahair kita? Saya rasa, ramai di antara kita yang mungkin sudah terlupa tentang kehebatan pahlawan Pahang yang bergelar Mat Kilau ini. Maka, adalah amat wajar jika saya meletakkan satu artikel/post di PakarHowTo.Com ini menceritakan tentang pahlawan Pahang yang sangat berjasa ini. Di dalam artikel ini juga akan didedahkan rahsia mentera dan amalan yang diamalkan oleh Mat Kilau semasa hidupnya. Jadi, teruskanlah bacaan anda untuk mendapatkan ‘pusaka amalan’ Mat Kilau ini. Selamat membaca!

Dalam tahun 1895 Hugh Clifford yang menjadi Residen British di Negeri Pahang telah sampai ke Kuala Terengganu dengan satu angkatan tentera yang mengandungi beratus-ratus orang askar yang lengkap bersenjata untuk mencari dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang telah lari menyembunyikan diri ke Ulu Terengganu kerana menentang pihak British yang telah masuk campur dalam pemerintahan negeri Pahang.

Di antara pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Datuk Bahaman, Tok Gajah (Katib Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Nong dan Teh Ibrahim.

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut Pahang di dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Anak kepada Imam Perang Rasu @Tok Gajah @ Katib Rasu dan ibunya bernama Mahda anak kepada Tok Kaut di Burau.

Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Ilmu kepahlawanannya dipelajari
daripada ayahandanya dan beberapa orang guru yang lain. Beliau juga pernah berguru kepada seorang wali Allah iaitu Tukku Paloh seorang ulama terbilang di Terengganu.

Sebagai seorang pahlawan Melayu dan pejuang , Mat Kilau banyak mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, isim dan silat untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh.

Mat Kilau merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang, pantang menyerah kalah walau nyawa menjadi galang ganti.

Oleh kerana dianggap sebagai penderhaka oleh penjajah British, Mat Kilau terpaksa bersembunyi dan berpindah randah sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan dengan memakai nama samaran iaitu Mat Siam.
 
SAMBUNGAN

Akhirnya pada 26 Disember 1969, Mat Siam menggemparkan seluruh Malaysia dengan mendakwa bahawa beliaulah sebenarnya Mat Kilau. Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah Jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu.

Tepat jam 10.30 pagi hari Khamis, 6hb Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Empat hari selepas pengiktirafan itu, beliau kembali ke rahmatullah ketika berusia 122 tahun. Moga-moga Allah memberkati roh beliau dan dimasukkan ke dalam golongan syuhada.

Berikut adalah antara amalan-amalan yang pernah beliau miliki:

Amalan 1:
Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah hai Jibril Israfil Izrail Mikail adangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang Laila Hail LaAllah binasa Allah binasa aku tiada binasa Allah tiada binasa Aku menyelamatkan aku Allah Muhammad bersertaku dengan berkat Laila Hail LaAllah Ahlikum Nabaz si berkat besi sampai semua yang bernyawa tidak dapat menentang mataku aku berdiri di dalam kandang Laila Hail LaAllah dengan berkat guru-guruku Laila Hail LaAllah

Amalan 2:
Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)
Wa Atbaaka Palaka Kun suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan Satakun AH AH AH Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU

Amalan 3:
Untuk Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)

Amalan 4:
Pendinding Diri dan Meringankan Badan
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
Laila Hail LaAllah

SUMBER
 
macam pantun.. betul ke encik? mana ecik dpt info ni...
tak khurafat ke encik?? kalau tak..bagus lah ada penyebaran ilmu berlaku..
 
macam pantun.. betul ke encik? mana ecik dpt info ni...
tak khurafat ke encik?? kalau tak..bagus lah ada penyebaran ilmu berlaku..

entah la..khurafat atau tak sama2 kita nilai sendiri..sebab jiran sebelah kata melayu nih AntiSihir...mat kilau pula ialah pejuang melayu..kalu guna mantik

1.melayu AntiSihir
2.mat kilau pejuang melayu MAKA
mat kilau AntiSihir
 
SAMBUNGAN

Akhirnya pada 26 Disember 1969, Mat Siam menggemparkan seluruh Malaysia dengan mendakwa bahawa beliaulah sebenarnya Mat Kilau. Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah Jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu.

Tepat jam 10.30 pagi hari Khamis, 6hb Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Empat hari selepas pengiktirafan itu, beliau kembali ke rahmatullah ketika berusia 122 tahun. Moga-moga Allah memberkati roh beliau dan dimasukkan ke dalam golongan syuhada.

Berikut adalah antara amalan-amalan yang pernah beliau miliki:

Amalan 1:
Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah hai Jibril Israfil Izrail Mikail adangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang Laila Hail LaAllah binasa Allah binasa aku tiada binasa Allah tiada binasa Aku menyelamatkan aku Allah Muhammad bersertaku dengan berkat Laila Hail LaAllah Ahlikum Nabaz si berkat besi sampai semua yang bernyawa tidak dapat menentang mataku aku berdiri di dalam kandang Laila Hail LaAllah dengan berkat guru-guruku Laila Hail LaAllah

Amalan 2:
Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)
Wa Atbaaka Palaka Kun suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan Satakun AH AH AH Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU

Amalan 3:
Untuk Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)

Amalan 4:
Pendinding Diri dan Meringankan Badan
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
Laila Hail LaAllah

SUMBER


rujuk pakar-pakar tauhid lah senang.. takut lah aku nak kasi pendapat.. sebab aku ni pun bukan pandai.. yg aku tahu macam pantun tu tak pe,, sebab dia macam doa juga..

tapi macam ayat ko TT kasi ni.. banyak terdapat unsur2 perkataan arab yg dimasukkan.. yg tak tahu maksudnya.. takut maksud tu ler.. yg leh mengkhurafatkan kita..

kalaulah betul pun ayat ni.. kita kena tahu cara amalan juga.. bukan main baca je.. ada cara2nya..
 
betul lah..tapi ayat al quran pun boleh diguna wat jahat..pukau org.etc.. sbb sihir kn setau aku dtg dari yakjud dan makjud.. yaitu malaikat yg berubah jd manusia.sbb malaikat nk tau knp manusia dcipta sedangkan manusia adlah makhluk yg sering wat kerosakan d atas mukabumi. pastu. yakjud makjud pun dipilih... malaikat terbaik.jadi la dia manusia..kerja sbgai tukan kasut. dikurniakan nafsu spt manusia.tak tahan la tengok hari2 betis pempuan. bla..bla.bla.. pastu.satu hari..allah pun tunjuk kat malaikat org yg bgun malam wat solat taubat dan solat tahjud..pastu tunjuk pula keadaan kedua yakjud makjud ni.. subhanallah! kedua org ni sedang wat xxx ngn pmpuan.. maka..sujud la semua malaikat kpd tuhan dan di akuilah... manusia adalah sebaik2 ciptaan.terjawab lah psoalan malaikat sselaama ini iaitu mengapa tuhanku mencipta manusia sedangkan dia sering mbuat kerosakan di atas moka bumi?? allah lebih tahu..
lepas tu.yakjud makjud pun menyesal.. dan tuhan suruh pilih antara 2. nak azab akhirat ke..azab dunia..? yakjud makjud pun pilih azab dunia..kerana dia tau azab akhirat kekal abadi.. maka yakjud makjud pun dikurung lah di dalam bumi..sampai kiamat. nanti tanda2 akhir kiamat..keluar lah balik yakjud dan makjud tu...
allah maha mengetahui///

so...kesimpulan nye..sihir itu datang nye dari ilmu yakjud makjud yg ajar manusia...
dan ilmu siapaun tmasuk yakjud dan makjud pun adalah ilmu tuhan kita.allah subhanahuwataala.

dan kesimpulan sekali lagi.sihir itu benar.. guna2 itu benar. hantu itu benar..dan ilmu kebal ke..ilmu tak tembus peluru ke itu benar.
tapi tuhan dan larang dan diaantara dosa besar ialah mempelajari sihir.
kesimpulan yg takhir..aku rasa ..tentang posting ayat alquran tadi yg bcampur dgn ayat rumi.. kalau betul ilmu tu jadi kebal kita kot.. entah ape2 aku cakap ni...takde kesimpulan kot..dah tulis dah pos je lah..letih taip..wahahahaha.
salam30///
 
entah la..khurafat atau tak sama2 kita nilai sendiri..sebab jiran sebelah kata melayu nih AntiSihir...mat kilau pula ialah pejuang melayu..kalu guna mantik

1.melayu AntiSihir
2.mat kilau pejuang melayu MAKA
mat kilau AntiSihir

maybe ini lah yg paling tepat kot??
 
maybe ini lah yg paling tepat kot??

cuma yang aku heran..kalu adanya ilmu kebal dikalangan mereka2 ini..mengapa tak kalahkan sahaja british..so tak la kena jajah..kalu ada ilmu hilangkan diri atau halimunan..kenapa tak guna taktik serangan gerila..serang kubu2 kuat british..kasi besar kerugian british..korang tak rasa pelik ke? :-?:-?
 
Back
Top
Log in Register