hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, kelihatan para pemancing meluangkan masa di tepi sungai atau tasik dengan suasana seperti sedang berkhemah. Sambil memegang joran, mereka dilihat mendapat urutan di bahagian bahu dan belakang badan daripada pendamping yang menemani mereka.Perkhidmatan peneman memancing ini dilaporkan boleh ditempah secara dalam talian melalui beberapa platform tempatan. Kosnya pula berbeza-beza, bergantung kepada tempoh masa layanan serta jenis pakej yang dipilih.
Walaupun sesetengah pihak menganggapnya sebagai satu bentuk hiburan dan merehatkan minda, trend ini turut mencetuskan kontroversi. Ramai warganet berpendapat aktiviti sedemikian berpotensi mengundang masalah, terutamanya kerana ia dilakukan di kawasan yang sunyi dan melibatkan peneman peribadi.Perdebatan kini timbul dalam kalangan masyarakat, dengan segelintir pihak mempersoalkan had antara perkhidmatan hiburan dan potensi gangguan terhadap keharmonian rumah tangga. Kesannya, "mancing plus-plus" kini menjadi salah satu fenomena tular yang meraih perhatian meluas di China.
#mediaSocial