BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengenal asal usul golongan anti hadis

oldskoolrocka

Legendary Member
gem
Messages
18,291
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,291
Reaction score
510
Points
161
Fahaman anti-Hadis atau Ingkarul Sunnah di asaskan oleh Profesor Dr Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary pada tahun 1870 dan meninggal pada tahun 1921. Goldziher mendapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di al Universiti Azhar pada tahun 1873. Dia diutus khas mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan "Pembaharuan Islam."

Pada tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau memegang jawatan Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian selama 15 tahun dia mengajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-graduan Zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari sunnah ini bertujuan melemahkan ajaran Islam dari dalam. Pengasas ajaran Ingkarus Sunnah ini meninggalkan hampir 200 judul karya khas dalam jurusan Mengingkari Sunnah dan melahirkan beratus ribuan graduan yang telah dirosakkan kefahaman mereka tentang Sunnah. Profesor Goldziher adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa.

Kebanyakan cendikiawan islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.

Gerakan Anti Hadis dibawa ke USA:

Gerakan Anti-Hadis telah dibawa ke USA oleh Dr Rasyad Khalifa (bangsa Arab keturunan Egypt), yang kemudiannya mendapat kerakyatan USA. Beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk: "Islam: Masa Lampau, Kini dan masa Depan" pada seminar Misionari Kristian dan Yahudi dari 8-17 Jun, 1983 di USA. Bermula pada tarikh inilah, Dr Rasyad telah menubuhkan secara rasmi nya gerakan `The Quranic Society' yang berpusat di Tucson dimana beliau mengajar di Universiti Tucson. Dr Rasyad dengan angkuh telah menyebut: "Hadis-hadis adalah ciptaan Iblis, mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis." Kecelupar beliau telah menyebabkan dia dibunuh dengan penuh misteri sebaik sahaja Arab Saudi mengeluarkan fatwa sesatnya Dr Rasyad dan `Golongan alQur'annya'.

Ini adalah sedutan Fatwa Syaikh Abd Aziz ben Bazz, Mufti Besar Saudi:

"Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifah adalah batil dan merbahaya, iaitu mengadakan kegiatan Mengingkari Sunnah dengan cara memutar balikkan tafsir alQur'an secara batil. Maka saya atas nama Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rashad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut." Fatwa No 903, Syawal 1403 bersamaan Ogos 1983.

wah.....

rupanya nyata la ajaran anti hadis ini sesat ye... kerana ia telah dimulakan oleh para orientalis yahudi dan nasrani.....

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. [al-Maidah 5]

jadi kenape ada yang mengikuti cara hidup mereka para orientalis tersebut....

hairan ye....

kita saksikan lagi persamaan antara kenyataan golongan islam yang mengaku islam tetapi sekali lagi acuannya dari orientalis......

sering kali saya ditemukan dengan kenyataan hebat oleh golongan yang tolak hadis ini....

HADIS HANYA DIREKA, DICIPTA DAN DIBUAT 200 HINGGA 300 TAHUN SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD.......

Profesor Dr Goldziher dalam pembahasannya Muhammedanische Studien berpendapat bahwa hadis tidaklah berasal dari Rasulullah, melainkan sesuatu yang berasal dari abad pertama dan kedua Hijriyah. Artinya Goldziher berpendapat bahwa hadis adalah buatan ulama abad l dan abad ll H.

Ia berkata, "Bahagian terbesar dari suatu hadis tidak lain adalah hasil perkembangan Islam pada abad l dan ll, baik dalam bidang keagamaan, politik, maupun sosial.Tidaklah benar bahwa hadis merupakan dokumen Islam yang ada pada masa kini, melainkan pengaruh dari perkembangan Islam pada masa kematangan."

wah... satu lagi ajaran sesat dari orientalis yahudi rupanya........

Pada tahun 1890 Ignaz Goldziher (1850-1921) Orientalis Yahudi kelahiran Hungaria - menerbitkan hasil penelitiannya tentang hadis Nabawi dengan judul Mohammedanische Studien, dimana ia membantah apa yang disebut hadis oleh orang-orang Islam. menurutnya hadis nabawi tidak lebih dari produk perkembangan keadaan sosial politik Islam pada waktu itu.

Selain dari Profesor Dr Goldziher, seorang lagi orientalis yang terkenal ialah G.H.A Juynboll...

orientalis ini melalui artikelnya Some New Ideas on The Development of Sunna as a Technical Term in Early Islam yang dibukukan dalam Studies on The Origins and Uses of Islamic Hadis, {pg 97-118**......

telah cuba mempertikaikan "Al-hikmah" juga membawa pengertian sunnah atau hadis nabi... die juga mempertikaikan "mustahil" Al-hikmah boleh membawa pelbagai maksud dalam artikel tersebut....

acuan ini juga la yang diikuti oleh orang yang mengaku sebagai Islam walaupun ada penafian "kami ikut orientalis".........

Menurut Dr. Mustafa al-Siba'ie rahimahullah dalam kitab beliau bertajuk "Orientalisme dan orientalist", Apabila kita membaca sejarah yang dipelajari oleh anak-anak kita dan segala bidang yang diajarkan kepada mereka di peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, kita pasti terlihat gerakan ini (orientalisme) secara terang-terangan menentang umat muslim kita dan menyelewengkan sejarah peradaban dan ketamadunannya.

SUMBER
 
betul tu.. karut fahaman ni...

ish, ada ker "cerita" hadis yang tak bercanggah dan setakat menerangkan al-Quran mereka reject mentah2...
cerita-cerita yang tidak mencipta hukum2 yang baru.. tetapi sekadar menyokong al-Quran
ulama hari ini pun buat buku untuk menerangkan al-Quran..
nak kena banned juga ker?

patut ker pemikiran macam ni?

ada akai ker tak orang2 macam ni? :D

oleh itu, bukankah lebih baik tukar jer Kitab Hadis kepada nama "Riwayat Imam Bukhari"?
atau macam Imam Ghazali buat ker (bibliography), cerita2 mengenai kisah kehidupan dia dalam beragama...
saper pun tak complaint.. hehe :))

dan kalau dia orang nak reject
baik reject sekali buku2 sains, buku matematik, buku motivasi.. buku.. buku..
semua ni pun ada yang benar mengikut landasan al-Quran...
cakap orang kafir asli 4000 tahun dahulu pun ada juga yang benar mengikut landasan al-Quran...
yang mana nilai2nya bertindih dengan "nilai-nilai" di dalam al-Quran..
nak kena reject semua ker?
bisu semua? takleh cakap langsung apa-apa di luar al-Quran?
semata2 takda label "Islam" atau "al-Quran"? hehehe :))

kita teliti pula ayat Allah di bawah...

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab
melainkan dengan cara yang lebih baik
kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka
dan katakanlah (kepada mereka):
Kami beriman kepada yang diturunkan kepada kami dan kepada yang diturunkan kepada kamu
dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu
dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri

[Al-’Ankabut:46]

see?

"Kami beriman ... kepada yang diturunkan kepada kamu"
"Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu"
"kepadaNyalah ... kami patuh dengan berserah diri"

so... ada Allah suruh keluar "FATWA" kafir dan murtadkan semua orang?
ada Allah suruh pancung kepala dan bermusuh merata tempat?

takda.. Allah pun suruh "mengaku jer beriman" bersama Ahli Kitab dan orang zalim..

mereka ini bukan lagi setakat bercanggah isu syariat
tetapi bercanggah persoalan akidah (Nabi Isa as adalah anak tuhan)
dan kitab pun dah berjela2 mereka pinda..

tapi apa Allah suruh?

Allah suruh mengaku juga sama2 beriman kepada Kitab mereka dan Allah...

kenapa?

semata-mata nak mengelakkan perpecahan manusia...
semuanya ini adalah saudara seagama kita juga..
semuanya manusia, maklhluk Allah dan mencari jalan kepada Pencipta sebenar...

dan inilah "keadilan" mengikut ukuran al-Quran, dan tugas "Khalifah" (Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi; 2:30)...

Wahai orang-orang yang beriman
hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa
Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

[al-Maidah:8]

jadi.. tak payah ler berpecah belah

setakat isu syariat tu.. tolak tepi jer..

suka sangat nak rasa diri anak tuhan dan berbangga hebat..

itu ker yang semua berlumba-lumba nak prove kepada dunia? :))

Kemudian umat Rasul-rasul itu
berpecah-belah dalam urusan ugama mereka
kepada beberapa pecahan
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu
hingga ke suatu masa

(Al-Mu’minun:53-54)

maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan
ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah
serta bertaqwalah kamu kepadaNya
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna
dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak

tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya

[Ar-Rum:30-32]

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka
dan mereka menjadi berpuak-puak

tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam mereka
Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah
Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka, apa yang telah mereka lakukan

[Al-An’am:159]

Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu
ugama yang satu asas pokoknya
dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku

(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka
mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).

[Al-Anbiyaa:92-93]

nampak macam mana Syaitan dah berjaya menipu manusia melalui agama mereka sendiri? :D

Power-Pyramid-Adam-Dodson.jpg

ahli agama pada tingkat 2, di bawah pemerintah...

dalam Perlembagaan pula.... hubungan Pemerintah dan Ketua Agama Islam

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam ... setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam ....

yang bawah sekali pada gambar di atas itu merujuk kepada kitalah..
orang yang menjadi mangsanya...
di dunia, dan di akhirat
jadi.. kembali berpegang teguh kepada tali hubungan agama dan manusia

Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada
kecuali jika mereka berpegang kepada
tali (agama) Allah
dan tali dengan manusia

Ali Imran, 3:112

pedulikan apa orang lain cakap, berpegang teguh kepada al-Quran...
itu jer panduan yang kita ada untuk menyelamatkan kita pada laluan yang halus ini
(umpama titian?) "Sirat al-Mustaqim (الصراط المستقيم)" (al-Fatihah; "Tunjukilah kami jalan yang lurus")
dan supaya kita tak terjerumus di dunia
dan juga di akhirat.. :D

Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu
maka sesiapa yang mahu beriman; hendaklah ia beriman
dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya
...” [...]
(al-Kahfi:29)
 
Last edited:
larangan berbantah isu syariat...

Larangan Allah umat Islam berbantah ke atas perkara syariat

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”. (Al-Hajj.67-68)

PENDAPAT PERIBADI

"Tiap-tiap umat" = umat dahulu orang Islam?
maksudnya = nabi-nabi terdahulu orang Islam?

"...Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku...." (al-Anbiya:21)

"Kami adakan satu syariat" = Allah adakan satu syariat (dan syariat Allah = al-Quran = syariat Nabi)
maksudnya = Bukannya pihak selain Allah yang patut adakan satu syariat

"janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu" = janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaat Allah
maksudnya = jangan berselisih mengenai urusan syariat

"serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu" = serulah kepada perpaduan umat = cari persamaan, dan jangan cari perbezaan (berselisih dgn perbezaan hadis dan tafsiran ke atas hablum minallah), dan itulah lebih kepada "jalan yang lurus dan benar"

Jawapan kepada orang yang suka berselisih mengenai urusan hablum minallah
"jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya"

===========================================================

aku tolak hadis sebagai "hukum" dan berkaitan "al-Quran" 100%...
dan aku membaca hadis sama seperti membaca majalah dan buku-buku lain... (sambungan)

ARGUMENT: Cerita hadis tidak termasuk di dalam sumber hukum Islam
(lebih sesuai dianggap sebagai buku rujukan dan bukan sebagai sumber hukum Islam, cth. setaraf Kitab Ihya Ulumuddin)

apa kena mengena bab solat untuk selamatkan umat hari ini daripada perhambaan?
soklan remeh temeh ini..
soklan wudhu, soklan nak pakai cara Islam, soklan kecik2 semua ini..
persoalan dzat Allah (bagaimana Allah lindungi al-Quran, bagaimana bagi iman)...
soklan macam ni tak ambik port aku nak citer
hubungan ko ngan Tuhan (hablum minallah), lantaklah..
siapa boleh campur tangan?
budak-budak GAFAQ cukup suka benda remeh-temeh macam ni..
nko semak jer sendiri soklan macam mana dia orang question.. hehehe :D
isu kecik-kecik, belit2..kutuk, kafirkan.. alamak, remeh-temeh sungguh
isu orang tak payah mengaji ni... hehe
nama jer lepak kat "CariGold" tapi sistem apa pun dia tak ambik tau.. hehe :))

aku citer persoalan berkaitan masyarakat Islam dan iman kita
ni persoalan yang besar
persoalan kemsyarakatan..
hablum minannas.. hubungan sesama manusia
isu "KHALIFAH"

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” [...] (al-Baqarah:30)

nko pergi baca dari awal..
dan cuba faham apa aku cerita..
(bukan baca untuk mencari fitnah)
aku bercerita mengenai fakta kehidupan..
aku cerita macam mana riba dihalalkan
aku cerita macam maan perpecahan umat akibat tafsiran hadis yang berbeza
aku cerita berkaitan applikasi hadis dan kesan kezaliman melalui penggunaan hadis..
aku cerita hutang negara yang dah meningkat, tak pernah2 turun..
aku cerita macam mana setiap kita terjerumus dengan perangkap capitalism dan secularism
aku cerita macam mana*fahaman Islam itu telah disempitkan, sampai ramai tak boleh berpayung di bawah agama Islam

oleh itu aku mempersoalkan kembali betulkah rujukan kepada cerita hadis sebagai sebahagian dari al-Quran..
supaya kita boleh berbincang..
dan tak ambil orang purba utk tentukan kehidupan kita...
tapi ni banyak yang nak tutup mata, kononnya beriman..
tetapi tak mahu guna akal secara betul (tak bersyukur Allah bagi akal)

sebab tu juga aku bagi tajuk untuk cari perintah Allah supaya beriman dgn Pembawa Cerita
supaya sama2 boleh fikir utk baiki kehidupan kita yang sarat ni..
dah jadi hamba orang kafir secara terpaksa (melalui sistem).. bukan jadi hamba Allah lagi
umat Islam dah sanggup lakukan apa sahaja sebab tekanan kehidupan
rasuah, riba, jenayah... apa sahaja.. utk membelakangi al-Quran
ulama yg nko percaya jadi kepala riba dalam bank, apa ni?
aku sesat ker nko yang sesat?

tapi ada aku dapat? ada ayat Allah ? :D

kita dah diperhambakan secara tidak sedar
diperhambakan melalui sistem..
melalui pemecahan perpaduan, kemuflisan dan penjajahan
kalau dulu bapa nko kerja sorang dah cukup bela anak bini
hari ini? nko kerja.. bini nko kerja.. anak nko kerja..
tu pun cukup2 makan..
nko tak nak fikir ker sebab apa semua ni terjadi?

dan kalau ikut fahaman bod0h aku ler
kalau nko meninggal dunia hari ini
silap haribulan nko meninggal dunia sebagai orang Yahudi
(tapi ni semua kuasa Allah sbb ada exception, dia yang tentukan sendiri, sekadar dari pemahaman ayat al-Quran)
kenapa? sbb pengISLAMan sistem Yahudi dan Nasrani...
semua ini melalui penggunaan cerita hadis
ikut al-Quran takda.. peluang tipis,
even orang kafir dan munafik nak jadi pemimpin orang Islam pun ketat gila syarat.. tipis

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai sekutu (awliya)
kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain
dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sekutu (awliya)
maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu
Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim

(Al-Maidah:51)
Neither Friends nor Allies

tu kat atas "sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka"
nko tahu apa maksudnya?
nko bukan orang Islam, tapi hidup dan mati tergolong sebagai orang Yahudi dan Nasrani
apa lagi???
petunjuk pun nko tak dapat "Allah tidak memberikan petunjuk"
sia-sia seluruh hidup nko...
nak lagi? ada... sistem Fractional Reserve System (riba berlipat ganda)
ni dah masuk berperang dgn Allah dan RasulNya terus...

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu)
maka ketahuilah kamu
akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya
(al-Baqarah:279)

nko boleh stop kejap dan imagine macam mana akibat berperang dgn "Allah dan RasulNya"
agak-agaknya macam mana kesudahan nko nanti.. cuba fikir kejap
nak lagi? ada.. nko masuk neraka, dan KEKAL SELAMA-LAMANYA

[...]Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:275)

nko selesa macam ni?
selama hidup nko rasa macam beriman habis
last-last sedar hidup dan mati sebagai Yahudi...
KEKAL DI DALAM NERAKA
takder jalan patah balik pula tu...
macam ni nko nak support lagi?
Ya Allah, tatau ler nak kata apa... hehe :D

Katakanlah: “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul
dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka…
oleh itu gugurlah amal-amal mereka
maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan
untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak

(al-Kahfi:103-106)

===================================

dan saya pula ikut mazhab "ISLAM".. (sbb dalam graph tu Islam kat atas sekali)
tu yang terpaksa tolak saja semua perselisihan dan ikut jer ibadah dia orang
utamakan perpaduan, itulah jalan Khalifah.. hehehe :D

yang pentingnya
1. rukun utama ada dalam ibadah
2. mereka itu orang Islam

800px-Islam_branches_and_schools.svg.png

Sunni itu Islam?
Sunni cabang kepada Islam...

Syiah itu Islam?
Syiah juga cabang kepada Islam...

Khawarij itu Islam?
Khawarij juga cabang kepada Islam...

lain-lain? hehe :D


ni apa ni? hehe..
aku takda isu nak selisih bab solat ni.. (Post #1782)
aku ngan korang, aku solat macam ASWJ
aku ngan syiah, aku solat macam syiah
kalau nak taruh batu, aku taruh batu.. hehe
aku dgn geng tasawuf, aku ikut ibadah dia orang
yang paling utama ialah...
1. rukun2 utama dalam al-Quran ada dalam perlaksanaan ibadah tu sendiri
2. orang itu adalah orang Islam


jadi apa yang aku buat?
aku tak berselisih bab syariat dan jaga perpaduan umat Islam...
dan even objektif thread ni sendiri bukan pasal "isu hablum minallah", dan ada pada Post #4...
format persoalan utama ada pada Post #2 :D

nko takleh terima penjelasan aku?
takda paksa pun, dan takda aku halang cara korang solat.. hehe..
aku ikut solat korang ni.. tak puas hati juga?
jadi kat mana yang nko tak setuju?

lani berbalik pada persoalan "hablum minannas"
isu cerita hadis dijadikan hukum untuk halalkan riba
dan pecahkan perpaduan umat Islam.. (rujuk Post #4)
isu cerita hadis dijadikan sumber hukum Islam, sebagai "neraca keadilan"
al-Quran cakap riba haram, ada pula perbankan Islam.. dan wang kertas
al-Quran cakap kena bersatu dan jaga perpaduan.. korang bermazhab-mazhab, label sana sini..

nko ada perintah Allah untuk jadikan cerita hadis sebagai sumber hukum dalam Islam?

nko ada perintah Allah untuk jadikan umat Islam bermazhab-mazhab?
perintah untuk label-label dan suka-suka kafirkan orang merata tempat? ada perintah Allah?

diharap pubin tunjukkan kaedah penerangan solat yang pubin amalkan... kerana pubin tak pakai penerangan daripada al-sunnah kan..

pubin ikut surah mana? Ar-Rahman: ayat 1-3? Ali-Imran: ayat7?

tolong ye..

solat macam ASWJ pun tiada masalah
asalkan rukun2 dalam al-Quran ada..
namun itu ramai juga yang masih tak faham solat
sebab solat sebenar telah menjadi amat terasing..
haaa betul tu, tahu pun tetapi saja juga nak tanya..
tapi korang tetap tak akan faham..
dan tetap berpegang dengan solat tae kwon do... hehe
patut pun, dah cari hidayah dari tempat selain Allah
buat apa pula Allah nak bagi hidayah? kan? hehe..
sama juga macam doa, dah selama ni tak pernah berdoa kat Allah
buat apa pula pula Allah nak kabulkan doa?
sedangkan dalam al-Quran cakap Allah akan kabulkan doa.. pelik kan? hehe..
so kalau berdoa kepada Allah, GERENTI MAKBUL!!!* (sambung)
lagi satu bab ibadah ini bukan setakat persoalan rukun semata-mata
tambahan pula dgn fakta hari ini...
apa sahaja ibadah termasuklah faktor menjaga "perpaduan," "proses memperbaiki amal"
dan pelbagai faktor lain untuk mencapai "perpaduan," "keseimbangan" dan "keadilan" secara menyeluruh...
mengambil kira sifat awwaliyahnya (cth. solat sunat dan solat fardhu, mana diutamakan? bayar hutang dan pergi umrah, mana diutamakan?)

CUBA FAHAMKAN DI SINI

Konsep perlaksanaan ibadah di dalam al-Quran: (al-Baqarah:67-71)

Peringkat 1

Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”
Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”
Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. sembelih
2. lembu betina

"...Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil..." << sebab question perlaksanaan perintah Allah (minta detail)

Peringkat 2

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?”
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman:
Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua
dan tidak terlalu muda
pertengahan (umurnya) di antara itu
maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. pertengahan umur

Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur


Peringkat 3

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?”
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. lembu warna kuning tua
2. orang suka melihatnya orang suka melihatnya warna kuning tua itu

Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu


Peringkat 4

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu?
Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya)
dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”.
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang)
dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman
ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
2. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
3. lembu yang tidak cacat
4. lembu yang tidak ada belang pada warnanya

Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
10. lembu yang tidak cacat
11. lembu yang tidak ada belang
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya


Peringkat 5

Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”
Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut
dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

"...hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu...." << iaitu sifat orang-orang munafik


Perbandingan rukun pada Peringkat 1 dan Peringkat 5

Rukun pada Peringkat 1
1. sembelih
2. lembu betina

Rukun pada Peringkat 5
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
10. lembu yang tidak cacat
11. lembu yang tidak ada belang
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya


PERSOALAN:

Peringkat 1 sekadar mempunyai (dua) sifat iaitu,
1. sembelih, dan
2. lembu betina.

jika kita andaikan mereka tidak bertanya dan tiada perintah pada Peringkat 2 hingga 4
maka persoalannya ialah...
adakah mereka telah dianggap melaksanakan ibadah korban dengan sekadar mengambil syarat "sembelih" dan "lembu betina" semata-mata
manakala sifat lembu betina itu bercanggah dengan perintah pada Peringat 2 hingga 4, iaitu:

3. pertengahan umur >> sebaliknya lembu tua
4. lembu warna kuning tua >> sebaliknya lembu warna hitam
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu >> sebaliknya lembu yang orang tidak suka melihat
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah >> sebaliknya lembu yang pernah bekerja membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air >> sebaliknya lembu yang pernah bekerja menangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan membajak tanah >> sebaliknya lembu yang teruk bekerja membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan mengangkut air >> sebaliknya lembu yang teruk bekerja menangkut air
10. lembu yang tidak cacat >> sebaliknya lembu yang tiada satu kaki dan buta
11. lembu yang tidak ada belang >> sebaliknya berbelang-belang akibat sesuatu...
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya >> sebaliknya berbelang-belang warnanya...


Adakah sudah dianggap korban yang sempurna dan mengikut perintah Allah?

Andaikata mereka tidak banyak bertanya sehingga Peringkat 2 hingga 4..
Allah telah pun menerima korban mereka dengan sifat "sembelihan" dan "lembu betina" semata-mata
ianya telah dianggap mematuhi perintah Allah (walaupun tanpa rukun-rukun selepasnya)
walaupun sifat-sifat selainnya bercanggah dengan perintah Allah selepasnya (selepas tetap bertanya dan berselisih dgn perintah Allah)...

banyak penerangan ibadah di dalam al-Quran adalah bersifat "objektif" (isu utama)
dan bukan "practicality" (bukan kulit)
persoalan "objektif" itu untuk yg orang-orang yang berakal, kena berfikir
dan persoalan "practicality" utk orang-orang yang jahil dan tidak berakal
tiru bulat2 agama nenek moyang dan seperti keldai membawa kitab2
kera pandai meniru sajer, dan keldai penat saja usung kitab, tapi tak faham.. :D

Sama seperti sekarang...
"Peringkat 1" adalah seumpama "segala perintah Allah di dalam al-Quran" pada hari ini
dan Allah memberikan beberapa rukun utama dan objektif solat "mengingati Allah" dan "mencegah keji dan mungkar dalam diri"
umat Islam bebas melakukan apa sahaja yang "tindakan yang dianggap adil" bagi perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran
kenapa pula ianya menjadi "satu kesalahan"
bagi perkara yang Allah tidak nyatakan di dalam al-Quran?
(sehingga dikafirkan, munafik, sesat etc)

Jika pun ia benar sebagai satu kesalahan, Allah telah mengatakan akan mengampunkannya....
(fikir bagaimana Allah memudahkan syariat supaya agama Islam itu menjadi luas,
bukan menyempitkannya sehingga ramai orang Islam dilabelkan kafir dan terkeluar daripada Islam
hanya orang kafir dan munafik yang gemar menyusahkan perintah Allah dan menyempitkan agama Islam
supaya mereka boleh mengawal "kuasa pemerintahan" - create faktor yang tidak berupaya difahami oleh semua orang
contoh: untuk menjadi orang Islam yang sempurna dah seumpama belajar membuat roket pula)


Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar
..."
(Al-Maidah:101)

ada yang mahu beriman dengan ayat di atas?
ayat di atas mengandungi perkataan "JANGAN" (larangan Allah)...

ini dipertegaskan lagi dengan larangan umat Islam berbantah ke atas persoalan syariat Allah (persoalan hablum minallah)

Larangan Allah umat Islam berbantah ke atas perkara syariat

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”. (Al-Hajj.67-68)

PENDAPAT PERIBADI

"Tiap-tiap umat" = umat dahulu orang Islam?
maksudnya = nabi-nabi terdahulu orang Islam?

"...Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku...." (al-Anbiya:21)

"Kami adakan satu syariat" = Allah adakan satu syariat (dan syariat Allah = al-Quran = syariat Nabi)
maksudnya = Bukannya pihak selain Allah yang patut adakan satu syariat

"janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu" = janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaat Allah
maksudnya = jangan berselisih mengenai urusan syariat

"serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu" = serulah kepada perpaduan umat = cari persamaan, dan jangan cari perbezaan (berselisih dgn perbezaan hadis dan tafsiran ke atas hablum minallah), dan itulah lebih kepada "jalan yang lurus dan benar"

Jawapan kepada orang yang suka berselisih mengenai urusan hablum minallah
"jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya"

tambahan lagi dan dalam keadaan campurtangan musuh-musuh Islam..
siapa yang dapat memastikan 100% solat hari ini seperti Rasulullah SAW?
di dalam ASWJ sahaja terdapat pelbagai mazhab dan percanggahan
dan ini tidak termasuk lagi dengan mazhab syiah, wahabi, muktazilah dan lain-lai...
oleh itu adakah perlu berselisih atas urusan syariat?

(Sebahagian dari) mereka akan berkata:
“Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka “
dan setengahnya pula berkata:
”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”
secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui
dan setengahnya yang lain berkata:
“Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka
tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”
Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran)
dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

(al-Kahf:22)

apakah pula pendapat kamu bagi golongan yang meninggalkan larangan Allah yang jelas dan keutamaan sebenar
serta gemar berselisih mengenai persoalan ibadah (hablum minallah) berbanding menjaga perpaduan dan keadilan (hablum minannas)?

Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”(Al-Hajj.67-68)

atas alasan utk bersatu dan jaga perpaduan maka nko boleh berubah2...:o
teringat makhluk jahat citer xmen yg kaler biru...

[...]maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj.67-68)

jangan berbantah atas urusan syariat
"serulah umat manusia kepada ugama Tuhanmu", serulah kepada perpaduan umat dan manusia, keadilan
cari persamaan, jangan cari perbezaan...
kembalikan segala perselisihan kepada al-Quran
itulah jalan yang lurus...
itulah juga jalan seorang "Khalifah"
menyatukan semua makhluk Allah, dan melaksanakan keadilan kepada semua kaum
jalan syaitan pula memecahbelahkan perpaduan
dan melaksanakan keadilan kepada satu kaum sahaja (kaum syaitan)
kaum yang lain semua dizalimi...

[...]Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan. “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”.[/B]. (Al-Hajj.67-68)

tapi apa yang nkorang buat?

DSC01732%2Bcopy.jpg

Namun itu dan melalui hadis, terdapat pelbagai tafsiran sehingga umat berpecah belah. Bukan setakat itu, malahan fatwa di Malaysia sendiri berbeza daripada negeri dengan negeri lain. Jika pada zaman Rasulullah saw agama Islam itu luas dan boleh diterima oleh bangsa daripada pelbagai latarbelakang serta nilai kemasyarakatan, sebaliknya pada hari ini, agama Islam itu menjadi tersangat sempit.

Jika dahulunya agama Islam mudah berkembang, pada hari ini malahan mereka yang berbangsa cina dan india tidak tertarik lansung untuk memeluk agama Islam walaupun telah ratusan tahun bermasyarakat dengan orang Islam. Agama Islam itu telah disempitkan, dan pada hari ini, agama Islam menjadi teramat sempit sehingga orang Islam sendiri tidak lagi dapat berpayung di bawah agama Islam.

Umat Islam dilarang sama sekali menggunakan akal dan akan dilabelkan sebagai kafir apabila mempersoalkan hadis. Ini kemudiannya cuba dikuatkuasakan oleh undang-undang. Akhirnya Islam berpecah-pecah menjadi puak dan madzhab mengikut tafsiran hadis masing-masing, yang mana tujuannya ialah untuk menyempitkan agama melalui peraturan-peraturan yang sangat ketat. Akhirnya umat Islam akan berperang sesama sendiri dan tidak dapat mempertahankan serangan orang kafir. Golongan-golongan yang kecil ini akan tewas dengan serangan orang kafir dan menjadi hamba kepada orang kafir.

Jika Islam bercirikan sebegini, maka semenjak dahulu lagi ianya tidak dapat dikembangkan kerana mengandungi peraturan-peraturan yang teramat ketat. Berbeza dengan cerita dongeng, Allah Taala memberikan kebebasan di dalam al-Quran dan agama Islam itu menjadi tersangat mudah dan luas. Pelbagai bangsa tanpa mengira latarbelakang masyarakat dapat menganuti agama Islam. Ini kerana mereka dapat melihat nilai-nilai kehidupan yang sama dan lebih baik terkandung di dalam agama Islam. Allah Taala malahan memaafkan mana-mana perbuatan salah yang tidak terkandung di dalam al-Quran supaya agama itu menjadi luas dan boleh dikongsi oleh pelbagai bangsa yang berlainan pemikiran dan cara hidup.

"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar..." (Al-Maidah:101)

kenapa berselisih sedangkan Allah bagi "kebebasan beragama" tanpa syarat
sepertimana kita tak suka orang paksa kita menganut agama lain..
macam tulah juga orang pun tak suka kita paksa orang ikut fahaman kita saja..
jadi kembali kepada al-Quran, buang semua perselisihan...
tak usah ler berselisih bab isu-isu syariat
urusan hablum minallah ni, siapa yang mampu campur tangan?
siapa yang mampu confirm Allah tak terima ibadah orang-orang tertentu?
kita pula nak jadi Tuhan? orang hebat ler nie.. hehe

Perintah Allah mengenai kebebasan beragama dan pendapat di dalam Al-Quran

Tidak ada paksaan dalam ugama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (2.256)

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka. Akan tetapi sesiapa yang berpaling serta ia kufur ingkar, - Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. (88.21-26)

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami. (10.99-100)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau bukanlah menjadi wakil yang menguasai mereka. (39.41)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (18.29)

Rasulullah SAW pun tiada kuasa paksa orang utk beriman...
kita pula nak jadi lagi hebat daripada Rasulullah SAW
dan paksa orang untuk beriman cara kita?
nak kafirkan dan pancung orang sesuka hati?
munasabah ker ni?
 
org golongan anti hadis suka menterjemah al-quran ikut suka hati dan untuk meneggakan hujah mereka..
 
Kalau orang tu bukan anti hadis, tak perlu rasa "PANAS" dengan thread nie lepas tu mula post berjela-jela panjang. Untuk apa post berjela-jela panjang tu? :))
 
Tengokla sape tokoh anti hadis nie..
Mari kenali tokoh2 anti hadis

Anti hadis pertama

300px-Ign%25C3%25A1c_Goldziher.jpg


Biodata :
Nama : Ignaz Goldziher
Bangsa : Yahudi
Kelahiran : Székesfehérvar, Hungari, 22 Jun 1850
Kebolehan :
Membaca Bible dalam bahasa Ibrani pada usia 5 tahun
Mempelajari kitab Talmud pada usia 8 tahun
Mempelajari sastera Yunani dan Rom, bahasa Asia, Turki dan Parsi di Universiti Budapest


Kajiannya tentang Islam :
  • Memperkenalkan dirinya sebagai 'muslim' dan berjaya menempatkan dirinya di Universiti Al-Azhar dan berguru dengan beberapa orang Sheikh antaranya Sheikh al-Asmawi, Sheikh Mahfudz al-Maghribi, Sheikh Sakka.
  • Menulis beberapa buku antaranya Muhammedanisnche Studien (Studi Pengikut Muhammad, 2 jilid,1889-1890) dan Die Riechtungen der islamischen Koranauslegung (Mazhab-Mazhab Tafsir dalam Islam,Leiden,1920)
  • Beliau akhirnya dikenali sebagai orientalis yg paling mengerti tentang islam dan merupakan sarjana Barat yg pertama melakukan kajian tentang hadis.
  • Mengkritik tatacara yg dilakukan oleh ulamak hadis dalam penilaian sanad serta penilaian matan yang dilakukan terhadap hadis.
  • Memperkenalan cara baru untuk menilai hadis iaitu penilaian terhadap matan menurut aspek politik, sains, budaya, sosial dan sebagainya.
  • Menjadi "Guru kepada guru" :)paid anti hadis terkemuka di dunia antaranya ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah

Anti hadis kedua, Rasyad Khalifa

1_35423.jpg


Biodata
Negara : Mesir
Pendidikan : PhD dalam bidang kimia di Universiti Arizona
Ajaran : Mengaku dirinya sebagai Rasul

Penemuan2 hebat :
Menemui rahsia dan keajaipan nombor 19 dari al-Quran
Mengemukakan tafsiran2 baru terhadap ayat2 dalam Al-Quran berdasarkan kod 19

Ajaran2nya :
Kalimah syahadah hanyalah satu.... “Muhammmad Rasulullah” perlu dibuang dalam ucapan kalimah syahadah.
Hadis Nabi Muhammad saw perlu ditolak.

Kassim Ahmad
iaitu Anti hadis berbangsa Malaysia pernah menjadi pendokong Rasyad Khalifa.

Anti hadis ke-3, Kassim Ahmad

9ebaf1a0994cc0553cf4f53d51aedfed.jpg
 
golongan anti hadis,syiah ni memang bahaya lah sekarang pun kat section religious ni aku nak masuk carik info agama yang sahih pun susah mohon mod tolong pantau section ni... ban je mane2 forumer yang cuba sebarkan dakyah yang bercanggah.. sekian
 
Kalau orang tu bukan anti hadis, tak perlu rasa "PANAS" dengan thread nie lepas tu mula post berjela-jela panjang. Untuk apa post berjela-jela panjang tu? :))

sajer nak bagi nko mendidih, tengok nko takda perkembangan langsung...
asyik copy paste artikel yang sama jer berbulan2 lamanya...
nko tak abis baca lagi ker? hehe.. :eek:
 
Bila anti hadis dah panas, mula tuduh orang copy paste benda sama walhal diri sendiri duk post yang sama di setiap thread yang ada tajuk anti hadis di cg nie....
 
sajer nak bagi nko mendidih, tengok nko takda perkembangan langsung...
asyik copy paste artikel yang sama jer berbulan2 lamanya...
nko tak abis baca lagi ker? hehe.. :eek:

Kau yg copy paste gambar kaki dan kepala kena potong sejak berbulan2
 
Back
Top
Log in Register