combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,141
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,141
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Melaka Rancang Penternakan Ikan Tilapia Berteknologi IoT, AI
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) memasang tagging kod respons pantas (QR) pada lembu ternakan pada pelancaran pelaksanaan sistem QR Tagging Haiwan Ternakan Negeri Melaka di Lembah Kesang, Seri Mendapat di sini hari ini.
Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Negeri Melaka merancang memperkenalkan pendekatan baharu dalam sektor akuakultur menerusi pelaksanaan projek penternakan ikan tilapia berteknologi tinggi berasaskan Internet Pelbagai Benda (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) di daerah ini.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata projek berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa membabitkan pembangunan pusat penetasan dan pembesaran ikan menggunakan sistem teknologi pintar.
"Permohonan peruntukan bagi projek itu telah dikemukakan kepada kerajaan dengan melibatkan kira-kira RM3 juta dan kini sedang menunggu kelulusan.
"Kita sudah menghantar kertas cadangan dan insya-Allah sekiranya diluluskan, projek itu akan dilaksanakan bagi penternakan ikan tilapia secara IoT dan AI yang akan memanfaatkan teknologi berkenaan dalam sistem penternakan,” katanya kepada pemberita di Lembah Kesang, Seri Mendapat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas program pelancaran QR Tagging Haiwan Ternakan Nergeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Muhamad Akmal berkata projek berkenaan akan dimulakan di satu kawasan di Jasin sebagai fasa awal pelaksanaan sebelum diperluas ke lokasi lain sekiranya berjaya.
Melaka Rancang Penternakan Ikan Tilapia Berteknologi IoT, AI
ternakan, ikan tilapia, IoT, akuakultur, AI