BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Sokong RTS Link Menerusi Penyediaan Infrastruktur Komunikasi Kukuh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MCMC Sokong RTS Link Menerusi Penyediaan Infrastruktur Komunikasi Kukuh​

afab8c6146c62d97cfe960d362e6f4506a2968f2ed82a

fa24c7b951cc5782aae1c2b6ce7ba0206a2968c67172f

428e686d37ea2b60ce117b36e7f7e6df6a2968de497ae

Kredit: FB RTS Link JB-SG

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited memberikan sokongan penuh kepada Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link menerusi penyediaan infrastruktur komunikasi digital yang kukuh bagi memastikan operasi rangkaian rel rentas sempadan itu berjalan lancar.

Menurut hantaran di Facebook rasmi RTS Link JB-SG, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC Bukhari Yahya menegaskan sistem telekomunikasi yang kukuh serta kerjasama berkesan antara pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dan operasi RTS Link pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja delegasi MCMC ke tapak projek RTS Link di Stesen Bukit Chagar dan Bangunan Sultan Ibrahim semalam bagi meninjau sendiri kemajuan serta perkembangan terkini projek berkenaan.

Delegasi MCMC disambut oleh Pengarah Projek RTS Link bagi Perkhidmatan Elektrikal, Mekanikal dan Bangunan (EMBS) Ardy Suhaidy, serta Ketua Kesihatan, Alam Sekitar, Keselamatan dan Sekuriti (CHESS), Syahmarul Zulaihan Marlap.

Lawatan kerja itu dimulakan dengan taklimat menyeluruh mengenai projek di Pusat Maklumat Projek (PIC) di Menara JLand, termasuk perkembangan terkini mengenai kemajuan dan pencapaian utama projek sistem rel tersebut.

Selepas sesi taklimat, delegasi MCMC dibawa melawat ke tapak projek di Stesen Bukit Chagar dan kompleks Bangunan Sultan Ibrahim.

Dalam lawatan tersebut, mereka diberi penerangan mengenai kemudahan utama yang disediakan, termasuk dewan pemeriksaan penumpang, bilik kawalan operasi, sistem “autogate”, kawasan pemeriksaan bagasi serta ruang pejabat yang akan menempatkan pelbagai agensi di kompleks berkenaan.

Projek RTS Link kekal berada di landasan yang tepat untuk meningkatkan hubungan rentas sempadan, mempertingkat kecekapan perjalanan harian serta mengukuhkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura menerusi sistem pengangkutan rel yang selamat, dipercayai dan mampan.

Ketika ini, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia berulang-alik setiap hari merentasi Tambak Johor untuk bekerja di Singapura.

 
Back
Top
Log in Register