BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Bakal Bina "Linkage" RTS Link-KTMB Komuter Bernilai RM60 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Bakal Bina "Linkage" RTS Link-KTMB Komuter Bernilai RM60 Juta​

93ef6c30968f00028a86760205e3f0a76a83e597ad676

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media selepas lawatan media ke projek RTS Link di Bukit Chagar, di sini hari ini.

Kerajaan akan membina satu sambungan terus atau linkage antara RTS Link Bukit Chagar dan perkhidmatan KTMB Komuter yang melibatkan kos RM60 juta bagi memperkukuh integrasi pengangkutan awam serta memudahkan pergerakan penumpang ke sistem transit itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata projek tambahan itu telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat.

Beliau berkata sambungan berkenaan akan membolehkan penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTMB Komuter ke Stesen RTS Bukit Chagar menggunakan jejambat tanpa perlu membuat pusingan yang jauh melalui laluan sedia ada di JB Sentral.

“Apabila siap nanti, penumpang yang menggunakan KTM Komuter dan berhenti di stesen KTMB Komuter boleh terus sambung perjalanan ke Stesen RTS Bukit Chagar.

“Ini akan memudahkan ramai penumpang. Kita nak menggalakkan supaya pengguna RTS Link menggunakan pengangkutan awam untuk ke Bukit Chagar ataupun keluar daripada Bukit Chagar,” katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke projek RTS Link di Bukit Chagar, di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register