BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBI Nafi Dakwaan Tular Tulisan Cina Dipasang Bersama Perkataan ‘Ipoh’ Sahkan Imej AI

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

MBI Nafi Dakwaan Tular Tulisan Cina Dipasang Bersama Perkataan ‘Ipoh’, Sahkan Imej AI​

2e318533cacd2996630da6294044f2e96a60d0359fe0e

Kredit: Media sosial

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menafikan dakwaan tular di media sosial yang memaparkan tulisan bahasa Cina dipasang bersama perkataan ikonik “IPOH” di atas bukit berhampiran Jalan Kuala Kangsar, dan mengesahkan bahawa imej itu adalah palsu serta telah dimanipulasi.

MBI dalam kenyataan hari ini memaklumkan imej yang disebarkan menerusi hantaran dalam kumpulan Facebook “Manjoi Manjoi Ajerr” dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau melalui suntingan digital.

Menurut kenyataan itu, tulisan IPOH sedang menjalani kerja-kerja baik pulih selepas diturunkan pada 15 Julai lepas bagi membolehkan pemeriksaan menyeluruh terhadap struktur dan keadaan fizikalnya.

“Kerja-kerja pemasangan semula tulisan IPOH dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai 4 hingga 6 Ogos ini, tertakluk kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja di tapak.

“Sehubungan itu, sebarang imej yang memaparkan tulisan lain dipasang bersama perkataan IPOH di lokasi berkenaan adalah tidak benar, mengelirukan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar,” katanya.

Menurut MBI, penyebaran imej yang telah dimanipulasi bersama dengan kenyataan tidak benar adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan salah faham, keresahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat selain berpotensi menjejaskan imej, keharmonian serta reputasi Bandaraya Ipoh.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai, mengulas, berkongsi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sebaliknya membuat semakan menerusi saluran rasmi MBI.

"MBI turut memandang serius penyalahgunaan teknologi AI atau suntingan digital bagi menghasilkan kandungan palsu yang boleh mencetuskan ketegangan, kebencian dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa MBI sedang meneliti perkara berkenaan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam penghasilan serta penyebaran kandungan palsu tersebut.

 
Back
Top
Log in Register