BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UTM Nafi Individu Dalam Poster Tular Petugas Universiti

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

UTM Nafi Individu Dalam Poster Tular Petugas Universiti​

a8295a917915e04e720ba12495cb453a6a9bb40c19d55

Kredit: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menafikan individu pada poster tular di media sosial yang didakwa terlibat dalam pergaduhan mulut adalah petugas di universiti itu.

UTM dalam kenyataan memaklumkan individu itu bukan individu dinamakan dalam poster asal dan pihaknya memandang serius sebarang manipulasi atau penyalahgunaan bahan komunikasi, logo dan identiti yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi staf dan universiti tersebut.

“UTM berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab (dalam penyebaran poster itu).

“Justeru, orang ramai diminta menghentikan penyebaran poster yang telah diubah suai itu dan hanya merujuk kepada saluran rasmi UTM bagi mendapatkan maklumat sahih,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, gambar individu dalam video pergaduhan mulut dengan seorang lelaki kerana didakwa memotong barisan ketika membeli makanan tular di media sosial menerusi poster mendakwa wanita itu petugas di universiti tersebut.

 
Back
Top
Log in Register