BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat lelaki ditemui dalam longkang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
NIBONG TEBAL: Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan tikaman dan luka di badannya ditemui dalam sebuah longkang di tapak pembinaan di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, dekat sini semalam.

Mayat M Paranjothi, 30-an, yang bekerja di sebuah kedai pertukangan di Bukit Mertajam, dekat sini, ditemui dalam longkang di tapak pembinaan berkenaan pada jam 3.25 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafien Mamat, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang masih bujang dan berasal dari Yong Peng, Johor itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di kawasan tapak pembinaan berkenaan.

"Pekerja kontrak di tapak pembinaan itu kemudiannya menghubungi polis. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan berdasarkan laporan patologi mangsa dipercayai dibunuh enam jam sebelum ditemui," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shafien berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian 04-5824222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA
 
kes bunuh ada dimana-mana skrg
 
Back
Top
Log in Register