BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Longkang Di Ipoh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang lelaki tempatan ditemukan maut di dalam longkang berhampiran sebuah padang di Jalan Menglembu Impiana 12, Taman Menglembu Impiana Adril, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia 19 tahun itu pada 11.45 pagi.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang dengan kesan darah pada bahagian mulut.

“Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan pada kepala disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

 
melayu nie takde nama

Ye ke?..




Takat ni..saya ada jumpa berita...dia ni Pelajar IPT..

Jatuh pokok sebelah lonkang..panjat pokok tu untuk selamatkan kucing.

Rumah si mati mmg dekat situ.

Yg jumpa mayat dia..jiran dia..En. Mani..(bukam melayu)..nak parking kereta tepi tu..


So..takat ni tak jumpa nama, tak tau melay ke bukan.


Tapi..apa2 pun...baik org nya..sanggup panjat tinggi nsk selamatkan kucing
 
Back
Top
Log in Register