BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Longkang Di Ayer Keroh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
ee4a7762bad9999bb2d8a9099273d58d67decd54a4eab

ACP Christopher Patit

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang berdekatan perhentian bas di kawasan perkilangan Ayer Keroh di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mayat warga emas berusia 64 tahun itu ditemui seorang pemuda pada 3.30 petang dalam air berkedalaman 0.2 meter.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira 1.5 meter dan mayatnya ditemukan oleh pemuda berusia 19 tahun itu ketika saksi berkenaan ingin membuang sampah ke dalam tong berdekatan tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada tubuh badan dan hanya terdapat satu luka kecil berukuran lebih kurang 1 inci pada bahagian kiri dahi yang dipercayai akibat kesan terjatuh,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya mayat itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 
Back
Top
Log in Register