strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Maxis Bhd. mencatatkan pertumbuhan hasil 1.3 peratus kepada RM9.08 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 (FY13), dipacu oleh segmen data, perusahaan dan kediaman.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) juga meningkat 3.7 peratus kepada RM4.52 bilion manakala margin Ebitda 49.8 peratus.
Angka itu diperoleh selepas mengetepikan kos skim transisi pembawa berjumlah RM143 juta, kos kandungan dilupuskan RM4 juta dan peruntukan untuk obligasi kontrak berkaitan perkhidmatan kediaman RM65 juta, katanya.
Tanpa mengambil kira barangan sekali, keuntungan selepas cukai mencatatkan peningkatan 2.3 peratus kepada RM2.1 bilion. - BERNAMA