GamezStar
CG Hardcore Club

- Messages
- 66,811
Top Poster #1
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 66,811
- Reaction score
- 7,841
- Points
- 881
Nasional
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.
Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin
SHAH ALAM: Selangor mencatatkan hasil sebanyak RM3.021 bilion tahun lalu, meningkat RM154 juta berbanding tahun sebelumnya, sekali gus melepasi sasaran asal.
Sultan Selangor bertitah, pencapaian itu membuktikan keupayaan kerajaan negeri dalam mengurus kewangan secara berkesan.
ADVERTISING
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, bagi tahun ini, Kerajaan Negeri
menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM2.8 bilion dengan jangkaan prestasi lebih memberangsangkan.
Menurut baginda, pelbagai sumber baharu termasuk caj abstraksi air, penambahbaikan sistem tanah serta rangkaian gentian optik akan terus memperkukuh hasil negeri.
“Kesemua langkah ini akan memberikan sumbangan signifikan ke arah meningkatkan rizab negeri dari RM2.135 bilion pada 2018 kepada RM4.736 bilion pada akhir 2025.
“Beta menerima maklum bahawa pada tahun 2025, aktiviti ekonomi di Selangor telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM83.9 bilion, iaitu melebihi RM18.9 bilion berbanding sasaran RM65 bilion.
“Pelaburan tempatan serta luar negara telah menawarkan 61,311 peluang pekerjaan kepada rakyat Beta, yang merupakan jumlah kedua tertinggi dalam negara,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15, hari ini.
Tambahnya, lebih separuh pelaburan adalah daripada pelabur tempatan berjumlah RM48.9 bilion.
Menurut baginda, sektor perkilangan dan teknologi tinggi perlu terus diperkasa bagi menjana lebih banyak peluang pekerjaan.
Sehubungan itu, baginda turut menitahkan kerajaan negeri mengoptimumkan dasar kemudahan perniagaan, termasuk inisiatif Speed Selangor, bagi mempercepat urusan pelabur serta pembangunan industri sedia ada.
SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (198301011326)
×
Hasil Selangor cecah RM3.021 bilion, pelaburan RM83.9 bilion tahun lalu
20 April 2026, 11:24amOleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin