BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxim Perkukuh Ciri Keselamatan Dalam Aplikasi, Komited Toleransi Sifar Salah Laku

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ccf1c02106f335e3f24bbdcd04a6c55f6992ee964ed1b

Kredit : Maxim E-hailing Malaysia

Maxim Malaysia (Maxim) mengulangi komitmennya berkaitan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk gangguan dan salah laku berikutan insiden gangguan seksual baru-baru ini dalam industri e-panggilan yang mendapat perhatian meluas di seluruh negara.

Pengarah Maxim Malaysia Mohd Hazwan Musley berkata aspek keselamatan perlu kekal sebagai keutamaan yang tidak boleh dikompromi dan kejadian seumpama itu memperlihatkan tanggungjawab yang perlu digalas setiap pengendali.

“Maxim juga kekal komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan suasana perjalanan yang selamat, berhemah dan bertanggungjawab untuk semua pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebagai respons terhadap isu berkenaan, Maxim telah menghadiri mesyuarat bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 12 Feb lepas, dengan pada pertemuan terbabit pengendali e-panggilan diberi galakan untuk meningkatkan komunikasi keselamatan dan memperkukuh langkah perlindungan dalaman dalam aplikasi masing-masing.

“Selaras dengan panduan itu, Maxim telah menambah baik rangka kerja keselamatan dan ciri dalam aplikasi bagi menyediakan kadar tindak balas yang lebih pantas serta perlindungan yang lebih kukuh di seluruh platform.

“Syarikat telah mempertingkatkan sistem pemeringkatan aduan automatik bagi memastikan laporan berkaitan keselamatan dapat dikenal pasti dan ditangani dengan segera. Kes-kes yang mendesak kini disalurkan kepada petugas khas untuk penilaian segera,” menurut kenyataan itu.

Maxim memaklumkan setiap laporan kecemasan akan disemak melalui proses pengesahan dalaman bagi memastikan akauntabiliti, ketelusan dan penyelesaian sewajarnya.

Menurut kenyataan itu, Maxim turut meningkatkan kesedaran pengguna dengan menyepadukan peringatan keselamatan secara pop-up dalam aplikasi yang dipaparkan setiap kali pengguna membuka aplikasi, membimbing mereka mengenai langkah perlindungan penting sebelum memulakan setiap perjalanan.

“Peringatan terbabit menekankan ciri keselamatan utama termasuk fungsi SOS yang membolehkan penumpang mendaftarkan terlebih dahulu kenalan dipercayai. Apabila diaktifkan, fungsi itu membolehkan akses pantas terhadap bantuan kecemasan dan pada masa sama memberitahu kenalan yang telah didaftarkan.

 
Back
Top
Log in Register